*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


>
> A'kum
> Maaf menyampuk sikit .... si sufi atau dakwa seorang sufi ni macam pening je
> .... apa dok sibuk nak cerita ke orang hal kesufian .. rasanya disiplin sufi
> lebih kepada beramal dan munajat ke TUHAN ... apa dok sebok kat depa tu ...
> kalau nak sebok pun .. seboklah sesama ahlinya  ... walaumacamana pun sunnah
> Nabi kene jaga .!!!
> Dan yang kerjanya mengutuk habis-habisan jalan kesufian ni .. apahal kamu
> dah khusyuk sembahyang ke , dah beres lahir batin kamu ... segala sifat cela
> dah out ... dan sifat baik dah melekat jadi pakaian kamu !! tengok pada
> perangai tu macam dak je !! ..
>

Ini satu SALAH FAHAM yang biasa dihadapi oleh rata2 orang.

Asas kepada PEMBENTUKAN batin seseorang ialah AKIDAH.  Yakni., sekiranya AKIDAH
SESEORANG itu ROSAK, dia khusyuk macamamanapun solat dia TIDAK BERMAKNA.
Jadi, tidak usahlah membawa isu lapok seperti solat dah khusyuk dsbnya kerana
INI BUKAN ISU IBADAH tetapi ini ISU AKIDAH.

Persoalan berkenaan SUFI ini adalah bersangkut paut dengan persoalan AKIDAH,
yakni persoalan AL ITTIBA'.  Jadi, tidak usahlah hendak DISAMARKAN isu ini
dengan membawa isu2 ibadah seperti solat dah khusyuk dsbnya.

> ilmu tinggi gua banyak tak faham istilah kedua-dua pihak ... tapi sifat
> terpuji yang Nabi SAW kita anjurkan tu tak nampak bayang pun....macam tak
> berapa berkat je ilmu .. akhlak masih tak setabil...

Antara sifat MULIA Nabi SAW ialah AT TABLIGH yakni menyampaikan.  NAbi SAW akan
menyampaikan KEBENARAN ISLAM walaupun ianya PAHIT UNTUK DITELAN.

> gua ni orang tua nak panas sangat tak boleh cepat over heated....
> sorry lah kalau terasa ... saya orang tua ni lagi sensitif .. tak caya
> tanyalah bapak kamu atau tok kamu .

Takpa kita sama2 belajar.

>
>
> Dan kutuk tu jangan lebih sangat pada orang dulu-dulu ... kita ni yang tak
> tentu lagi kubur kat mana !!!..
>
> Bis dann ..
>
> >From: Abdul Rahman <[EMAIL PROTECTED]>
> >To: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>
> >CC: Faqir Fillah <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED],
> >   [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
> >[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
> >Subject: Re: H-Net* Ahli Sufi
> >Date: Sun, 23 Apr 2000 05:34:39 +0800
> >
> >
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > > Assalamualaikum wbt,
> > >
> > > Bagi mereka yg mengatakan bahawa sufi tidak ada dlm zaman Nabi dan para
> > > sahabat, maka di sini saya
> > > sertakan sebuah artikel bagi rujukan bersama. Bacalah
> > > dgn hati terbuka. Bukan niat utk mencari kemenangan
> > > drp Rahman dan Ibnu Muhajir.
> > >
> > > Kepada netters lain, bolehlah baca utk menambahkan
> > > ilmu pengetahuan.
> >
> >Bukan kah saya dah kata.  Sufi ni pusing kot mana pun, akhirnya akan cuba
> >untuk SAMPAI KE TAHAP para Nabi dan Rasul serta PENYATUAN di dalam
> >KEESAAN ALLAH SWT.
> >
> >Semua ni TAKDA NAS dalam AL Quran atau SUNNAH.
> >
> >Paling tinggi pun taraf manusia untuk sampai adalah taraf Saidina Abu
> >Bakr As SIddiq.
> >
> >Itupun tiada orang yang boleh sampai.
> >
> > > 7: Kerohanian Islam Dan Ahli Sufi
> > >
> > > Sufi adalah perkataan Arab – saf, yang bererti tulen. Alam batin sufi
> > > dipersucikan, menjadi tulen dan diterangi oleh cahaya makrifat,
> > > penyatuan dan keesaan.
> >
> >Perkataan SAF tidak ada KATA TERBITAN dalam bahasa Arab menjadi SUFI.
> >Ertinya mengikut keadah bahasa Arab, perkataan SUFI tidak berasal dari
> >perkataan SAF.
> >
> > > Istilah sufi dikaitkan juga dengan bidang kerohanian mereka yang
> > > sentiasa berhubung dengan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w yang
> > > dikenali sebagai ‘puak yang memakai baju bulu’.  Saf, pakaian bulu yang
> > > kasar menggambarkan keadaan mereka yang miskin lagi hina.
> > > Kehidupan dunia di dalam kesempatan. Mereka berjimat cermat di dalam
> > > makanan, minuman dan lain-lain.
> >
> >Dalam artikel ini tidak disebutkan golongan sahabat yang mana yang
> >dimaksudkan. Apa yang kita tahu ialah Nabi SAW sendiri TIDAK MEMAKAI
> >pakaian BULU seperti yang disebutkan di atas.
> >
> >Ada dua kemungkinan:
> >
> >1) Pertama golongan sahabat ini dimaksudkan ialah AHLUS SUFFAH.  Ahlus
> >Suffah BUKANLAH golongan Sahabat yang TERBAIK. MAlah mereka adalah
> >golongan sahabat yang PALING RENDAH tarafnya kerana mereka menjadi SUFFAH
> >disebabkan oleh keadaan mereka yang DAIF dan MISKIN.
> >
> >Walaubagaimanapun, sahabat2 yang menjadi SUFFAH tidak KEKAL dalam SUFFAH
> >kerana SUFFAH adalah perhentian smeentara para sahabat sebelum mereka
> >mendapat pekerjaan atau peluang bekerja yang lebih baik.
> >
> >Oleh sebab itulah, As Suyuti meriwayatkan bahawa jumlah AHLUS SUFFAH
> >adalah tidak lebih dari 300 orang keseluruhannya dan tidak lebih dari 40
> >orang ( kalau tidak silap saya) sahabat menjadi Ahlus Suffah pada satu2
> >masa.
> >
> >Oleh sebab itu, cara kehidupan AHLUS SUFFAH bukan cara kehidupan para
> >sahabt yang BOLEH KITA IKUTI. Kalau tidak mengapa para sahabat yang
> >SUFFAH ini meninggalkan SUFFAH apabila mereka mendapat peluang untuk
> >berbuat demikian.
> >
> >Di zaman Saidina Umar, baginda pernah MENGHALAU sekumpulan orang yang
> >hanya duduk di masjid untuk beribadah dengan pelepah kurma.
> >
> >2) Golongan yang datang kepada Nabi SAW dan berikrar untuk meninggalkan
> >makan, minum, isteri mereka dan hanya beribadah sahaja kepada Allah.
> >
> >Golongan ini DIKEJI oleh Nabi SAW dan golongan inilah yang menjadi contoh
> >pertama AHLUL BIDAAH.
> >
> >Ertinya TIADA GOLONGAN sahabat yang dimaksudkan di atas yang diiktiraf
> >oleh Islam sebagai ikutan.  Dengan kata lain kehidupan yang FAQIR, MISKIN
> >dan HINA ini bukan cara ikutan yang ditunjukkan oleh Islam.
> >
> >Nabi SAW sendiri hidup SEDERHANA, tidak miskin dan tidak kaya.  Nabi SAW
> >tidak pakai pakaian bulu seperti di atas, dan kalau ada pun sahabat yang
> >pakai pakaian bulu adalah kerana mereka semulajadi miskin dan kalau
> >mereka ada wang mereka akan beli pakaian yang lebih baik.
> >
> >Yang sebenarnya sunnah kehidupan miskin dan hina ini adalah cara
> >kehidupan kerahiban KRISTEN dan Hindu yang diikuti oleh Sufi.
> >
> >Ini terbukti dengan pengakuan Ibrahim Adham yang mengaku mempelajari Ilmu
> >Hakikat dari seorang paderi kriten bernama Sama'an ( Talbis Iblis) dan
> >pembelajaran ilmu Ma'rifat oleh Abu Yazif Al Bistami dari seorang SAMI
> >HINDU yang baru masuk Islam bernama Abu Jaa'far ( Manaqib Al bistami).
> >
> > > Dalam buku ‘al-Majm’ ada dikatakan, “Apa yang terjadi kepada ahli suluk
> > > yang suci ialah pakaian dan kehidupan mereka sangat sederhana dan
> > > hina”. Walaupun mereka kelihatan tidak menarik secara keduniaan tetapi
> > > hikmah kebijaksanaan (makrifat) mereka ternyata pada sifat
> > > mereka yang lemah lembut dan halus, yang menjadikan mereka menarik
> > > kepada sesiapa yang mengenali mereka. Mereka menjadi contoh kepada alam
> > > manusia.
> >
> >Ini berlawanan dengan ajaran Islam sendiri yang menyuruh kita MENCARI
> >KEKAYAAN dunia di samping mencari kebahagian di akhirat.
> >
> >Saidina Umar pernah berkata:
> >
> >     " Amaln yang paling aku sukai selepas Jihad ialah keluar di bumi
> >Allah SWT  untuk mencari
> >     kekayaan " ( Az Zakat- Al Qardhawi)
> >
> >Siapakah golongan sufi ini berbanding dengan SAIDINA USMA yang terkenal
> >dengan kekayaannya, dengan Imam Abu Hanifah yang terkenal dengan
> >kekayaannya dan lebih2 lagi dengan Nabi Sulaiman yang memiliki kekayaan
> >seluas seluruh bumi???.  Mengapakah golongan yang MISKIN dan HINA ini
> >boleh menjadi HEBAT dengan tiba2???.  Apakah kelebihan mereka dari segi
> >Al Quran dan Sunnah.
> >
> >
> > > Mereka berpandukan ilmu Ilahi.
> >
> >Maksudnya ilmu ilahi yang datang dari sumber lain dari AL quran dan
> >Sunnah yakni ilham, kasyf dan mimpi.  Nah terbukti sudah.
> >
> > > Pada pandangan Tuhan mereka berada pada martabat pertama kemanusiaan.
> > > Dalam pandangan mereka yang mencari Tuhan puak sufi ini kelihatan
> > > cantik walaupun pada zahirnya buruk. Mereka mesti dikenali dan berupaya
> > > mengenali, dan mereka dengan mesti dengan cara itu iaitu satu dan
> > > semua, kerana mereka semua berada pada makam keesaan dan mesti nyata
> > > sebagai satu.
> > >
> >
> >Bagaimana penulis ini tahu akan apa dia pandangan tuhan tersebut????.
> >Pelik bin ajaib.
> >
> > >
> > > Dalam bahasa Arab perkataan tasawwuf, kerohanian
> > > Islam, terdiri daripada empat huruf – ‘ta’, ‘sin’,
> > > ‘wau’ dan ‘pa’ (t,s,w,f).
> >
> >Di dalam bahasa Arab, perkataan TASAWUF ini TIDAK WUJUD.  TASAWUF bukan
> >perkataan yang diambil dari bahasa Arab.
> >
> > > Huruf pertama, t, bermaksud taubat. Ini adalah langkah pertama perlu
> > > diambil pada
> > > jalan ini. Ia adalah seolah-olah dua langkah, satu zahir dan satu
> > > batin. Taubat zahir dalam perkataan, perbuatan dan perasaan, menjaga
> > > kehidupan agar bebas daripada dosa dan kesalahan dan cenderung untuk
> > > berbuat kebaikan dan ketaatan; meninggalkan keingkaran dan penentangan,
> > > mencari kesejahteraan dan kedamaian. Taubat batin dilakukan oleh hati.
> > > Penyucian hati
> > > daripada hawa nafsu duniawi yang huru hara dan hati bulat berazam mahu
> > > mencapai alam ketuhanan. Taubat – mengawasi kesalahan dan
> > > meninggalkannya, menyedari
> > > kebenaran dan berjuang ke arahnya – membawa seseorang kepada langkah
> > > kedua.
> >
> >Okay kita boleh terima konsep taubat di atas kerana ada nas.
> >
> > > Langkah kedua ialah keadaan aman dan sejahtera, safa.Huruf ‘s’ adalah
> > > simbolnya. Dalam peringkat ini jugaada dua langkah perlu diambil.
> > > Pertama ialah ke arah
> > > kesucian di dalam hati dan kedua pula ke arah pusat hati. Hati yang
> > > tenang datang daripada hati yang bebas daripada kesusahan, keresahan
> > > yang disebabkan oleh masalah semua kebendaan ini, masalah makan, minum,
> > > tidur, perkataan yang sia-sia. Dunia ini seumpama tenaga tarikan bumi,
> > > menarik hati ke bawah, dan untuk membebaskan hati daripada masalah
> > > tersebut menyebabkan
> > > berlaku tekankan kepada hati. Di sana ada pula ikatan-ikatan – hawa
> > > nafsu dan kehendak, pemilikan, kasihkan keluarga dan anak-anak – yang
> > > mengikat hati seni kepada bumi dan menghalangnya terbang tinggi.
> >
> >Wah sekarang kita lihat betapa JAUHNYA konsep ini dari ajaran Islam.
> >
> >konsep kesucian di atas adalah AMAT PELIK dan GANJIL kerana ianya TIDAK
> >PERNAH DI AJAR oleh Islam sedemikian rupa.
> >
> >Misalnya DUNIA adalah AMANAH dari ALLAH SWT kepada kita sebagai KHALIFAH.
> >
> >Di atas di ajar kita untuk membersihkan diri kita dari perasaan sayang
> >kepada makhluk, kepada perkara2 dunia dsbnya.  Sedangkan perasaaan ini
> >wujud dalam tingkah laku serta perlakuan Nabi SAW sendiri.  Nabi
> >menyayangi isteri2nya, anak2 nya serta Nabi SAW bersifat menjaga harta2
> >yang dimilikinya di samping Baginda seorang yang pemurah.
> >
> >Bagaimanakah kita hendak membebaskan diri dari perasaan2 demikian
> >sedangkan Nabi SAW tak pernah ajar kita berbuat demikian???.  Sunnah
> >siapakah ini???.
> >
> > > Cara membebaskan hati, bagi menyucikannya, adalah dengan mengingati
> > > Allah. Pada permulaan ingatkan ini berlaku secara luaran, dengan
> > > mengulangi nama-nama Tuhan, menyebutnya kuat-kuat sehingga kamu dan
> > > orang lain boleh mendengarnya.
> >
> >Zikir kuat2 serta zikir nama2 ALLAH SWT adalah BUKAN DARI SUNNAH NABI
> >SAW.
> >Bagaimanakah ini dapat dijadikan amalan kaum sufi???.
> >
> >
> > > Apabila ingatkan kepada-Nya sudah berterusan ingatkan tersebut masuk ke
> > > dalam hati
> > > dan berlaku di dalam senyap. Allah berfirman:
> > > “Sesungguhnya orang mukmin itu ialah mereka yang apabila disebut (nama)
> > > Allah, takutlah hati-hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah
> > > menambahkan lagi keimanan mereka, dan kepada Tuhan merekalah mereka
> > > kembali”. (Surah Anfaal, ayat 2).
> >
> >PErktaan yang digunakan dalam ayat di atas adalah DZUKIRA bermaksud
> >DIINGATKAN.
> >
> >DZUKIRA berasal dari perkataan ZIKIR bererti MENGINGATI.  Dan ZIKRULLAH
> >di dalam AL QURAN mempunyai MAKNA yang LUAS dan tidak TERBATAS kepada
> >berzikir akan nama3 ALLAH SWT.  Amaln seperti itu dipanggil sebagai WIRID
> >di dalam bahasa Arab.
> >
> >Ertinya BERZIKIR di atas TIDAK TERBATAS kepada MENYEBUT kalimah2 tertentu
> >sahaj tetapi MELUAS MAKSUDNYA.
> >
> > > Takutkan Allah dalam ayat tersebut bermaksud takut dan harap, hormat
> > > dan kasihkan Allah. Dengan ingatan dan ucapan nama-nama Allah hati
> > > menjadi jaga dari ketiduran dan kelalaian, menjadi suci bersih dan
> > > bersinar. Kemudian bentuk dan rupa dari alam ghaib menyata di dalam
> > > hati.
> >
> >Di sini juga satu fahaman yang SESAT dan KHURAFAT kerana jel;as dalam Al
> >Quran ALLAH SWT menyatakan yang rahsia alam Ghaib tidak diketahui manusia
> >melainkan dari WAHYU ALLAH semata.
> >
> >Bagaimanakah kita hendak mengetahui samada bentuk dan rupa alam gahib
> >yang kononya berada dalam hati kita itu DATANG DARI ALLAH SWT dan
> >bukannya datang dari SYAITAN????.
> >
> >Jadi, apa yang hendak dinyatakan oleh SUFI di sini ialah dengan jalan
> >SUFI seseorang itu DAPAT melihat akan ALAM GHAIB melalui cara BERZIKIR
> >dan BERWIRID yang ditunjukkan oleh SUFI.
> >
> >Ini adalah satu fahaman yang SANGAT2 berlawanan dengan AL QURAN dan
> >SUNNAH dan bidaah yang SANGAT NYATA.
> >
> > > Nabi s.a.w bersabda, “Ahli ilmu zahir mendatangi dan menerkam sesuatu
> > > dengan akal fikirannya sementara ahli ilmu batin sibuk membersihkan dan
> > > menggilap hati mereka”.
> >
> >Sekali lagi contoh hadeeth palsu yang cukup suka dipakai oleh KAUM SUFI.
> >
> >Zaman Nabi, mana ada AHLI ZAHIR dan AHIL BATIN.  Kalau nak tipu hadeeth
> >pun buat lah betul2.
> >
> > > Kesejahteraan pada pusat rahsia bagi hati diperolehi dengan
> > > membersihkan hati daripada segala sesuatu dan menyediakannya untuk
> > > menerima Zat Allah semata-mata yang memenuhi ruang hati apabila hati
> > > sudah diperindahkan dengan kecintaan Allah. Alat pembersihannya ialah
> > > berterusan mengingati dan menyebut di dalam hati, dengan lidah rahsia
> > > akan kalimah tauhid “La ilaha illa Llah”. Bila hati dan pusat hati
> > > berada dalam suasana tenang dan damai maka peringkat kedua yang
> > > disimbolkan sebagai huruf ‘s’ selesai.
> >
> >Bagaimanakah hati boleh menerima ZAT ALLAH sedangkan ZAT ALLAH SWT adalah
> >sesuatu yang MAJHUL dan TIDAK BOLEH DIKAITKAN dengan MAKHLUK????.
> >
> >
> > > Huruf ketiga ‘w’ bermaksud wilayah, suasana kesucian dan keaslian
> > > pencinta-pencinta Allah dan
> > > sahabat-sahabat-Nya. Keadaan ini bergantung kepada kesucian batin.
> > > Allah menggambarkan
> > > sahabat-sahabat-Nya dengan firman-Nya:
> > > “Ketahuilah, sesungguhnya pembantu-pembantu Allah tidak ada ketakutan
> > > atas mereka dan tidak mereka berdukacita. Bagi merekalah kegembiraan di
> > > penghidupan dunia dan akhirat…”. (Surah Yunus, ayat 62 – 64).
> > >
> > > Seseorang yang di dalam kesucian menyedari sepenuhnya tentang Allah,
> > > mencintai-Nya fan berhubungan dengan-Nya. Hasilnya dia diperelokkan
> > > dengan peribadi, akhlak dan perangai yang terbaik. Ini merupakan hadiah
> > > suci yang dikurniakan kepada mereka. Nabi s.a.w
> > > bersabda, “Perhatikanlah akhlak yang mulia dan berbuatlah sesuai
> > > dengannya”.
> >
> >Kalau kita perhatikan, ayat Yunus:62  yang diambil seperti di atas TELAH
> >DI BUANG penafsirannya di dalam ayat Yunus:63.
> >
> >Yang dimaksudkan dengan: “Ketahuilah, sesungguhnya pembantu-pembantu
> >Allah tidak ada ketakutan atas mereka dan tidak mereka berdukacita"
> >adalah seperti yang diterangkan dalam ayat YUNUS:63 :
> >
> >     " (yaitu) orang2 yang BERIMAN dan mereka SELALU BERTAKWA".
> >
> >Ertinya deskripsi yunus: 62 bukanlah deskripsi yang diberikan oleh KAUM
> >SUFI kerana deskripsi ini adalah untuk mereka yang BERIMAN dan selalu
> >bertakwa.  DAn definasi BERIMAN dan BERTAKWA ini tidak termasuk definasi
> >UNTUK MENSUCIKAN HATI seperti yang dinyatakan di atas.
> >
> >Ertinya, definasi MENSUCIKAN HATI seprti di atas ini TIDAK ADA KAITAN
> >dengan AL QURAN kerana ayat yang mereka bawa ini TIADA KAITAN derngan
> >definasi mereka.
> >
> >
> >
> >Dalam peringkat ini orang yang di dalam kesedaran tersebut meninggalkan
> >
> > > sifat-sifat keduniaannya yang sementara dan kelihatanlah dia diliputi
> > > oleh sifat-sifat Ilahi yang
> > > suci. Dalam hadis Qudsi Allah berfirman:
> > > “Bila Aku kasihkan hamba-Ku, Aku menjadi pendengarannya,
> > > penglihatannya, percakapannya,
> > > pemegangnya dan perjalanannya”.
> > >
> > > Keluarkan segala-galanya dari hati kamu dan biarkan Allah sahaja yang
> > > berada di sana.
> > > “Dan katakanlah telah datang kebenaran dan telah lenyap kepalsuan
> > > kerana sesungguhnya kepalsuan itu akan lenyap”. (Surah Bani Israil,
> > > ayat 81).
> >
> >Dalam nas2 yang dipakai di atas pun sekali lai kita lihat kaum sufi AMAT
> >MUDAH mentafsir Al Quran dan Sunnah dengan kaedah MAKNA ZAHIR dan MAKNA
> >BATIN mereka.
> >
> >Hadeeth di atas TIDAK BOLEH DI AMBIL secara literal kerana sudah ada ayat
> >dalam Surah As'Syuaraa:21 yang menyatakan ALLAH SWT adalah BERLAINAN dari
> >yang lain.
> >
> >Dan ayat Bani Israil:81 adalah dalam KONTEKS perjuangan dan penentangan
> >terhadap musuh2 ALLAH dan bukannya dalam konteks HATI.  Tidak ada kaitan
> >ayat Bani Israil:81 dengan hati.
> >
> > > Bila kebenaran telah datang dan kepalsuan telah lenyap maka selesailah
> > > peringkat wilayah.
> > >
> > > Huruf keempat ‘f’ bermakna fana, lenyap diri sendiri ke dalam
> > > ketiadaan. Diri yang palsu akan hancur dan hilang apabila sifat-sifat
> > > yang suci memasuki seseorang, dan apabila sifat-sifat serta
> > > keperibadian yang banyak menghalang tempatnya akan diganti oleh satu
> > > sahaja sifat keesaan.
> > >
> > > Dalam kenyataan hakikat sentiasa hadir. Ia tidak hilang dan tidak juga
> > > berkurangan. Apa yang berlaku adalah orang yang beriman menyedari dan
> > > menjadi satu dengan yang menciptakannya. Dalam suasana berada
> > > dengan-Nya orang yang beriman memperolehi kurniaan-Nya; manusia yang
> > > sementara menemui kewujudan yang sebenar dengan menyedari rahsia abadi.
> >
> > > “Semua akan binasa kecuali Wajah-Nya”. (Surah Qasas, ayat 88).
> >
> >Pertama sekali, saya takl perlu untuk MEMASUKI jalan tasauf pun saya
> >boleh memasukkan hakikat keeasaan ALLAH di dalam hati saya.  Cara
> >bagaimana?  Dengan kaedah ILMU AKIDAH
> >atau ILMU TAUHID.  Mengapa perlu menyusahkan diri dalam TASAUF??.
> >
> > > Cara untuk menyedari hakikat ini ialah melalui anugerah-Nya, dengan
> > > kehendak-Nya. Bila kamu berbuat kebaikan semata-mata kerana-Nya dan
> > > bersesuaian dengan
> > > kehendak-Nya kamu akan menjadi hampir dengan hakikat-Nya, Zat-Nya.
> > > Kemudian semua akan lenyap kecuali Yang Esa yang meredai dan yang Dia
> > > diredai, bersatu. Perbuatan baik adalah ibu yang melahirkan bayi
> > > kebenaran; kehidupan dalam kesedaran bagi manusia yang
> > > sebenar-benarnya.
> > >
> >
> >Ini semua adalah TEORI SUFI semata2.  Tidak ada nas dalam AL Quran dan
> >Sunnah yang menyatakan apabila kita berbuat kebaikan sesuai dengan
> >kehendakNya maka kita akan hampir kepada hakikat-Nya, Zat-Nya dsbnya.
> >Ini semua TEORI Kesufian dan tidak pernah dinyatakan oleh Nabi SAW.
> >
> >Lagi pula, apa yang dimaksudkan dengan BERSATU seperti di atas?.
> >Bagaimanakah Allah SWt boleh bersatu dengan makhluk???.
> >
> >Di manakah NAS yang menyokong teori ini??.
> >
> >Jawapnya tiada kerana fahaman BERSATU seperti di atas adalah fahaman yang
> >berasaskan kepada KEBATHILAN SEMATA2 dan tidak asas dalam Islam.
> >
> > > Jika seseorang berbuat sesuatu dan jika kewujudannya bukan untuk Allah
> > > sahaja maka dia mengadakan sekutu bagi Allah, dia meletakkan yang lain
> > > pada tempat Allah
> > > – dosa yang tidak diampunkan yang akan memusnahkannya, lambat atau
> > > cepat. Tetapi bila diri dan kepentingan diri fana seseorang itu
> > > mencapai peringkat bersatu
> > > dengan Allah. Allah menggambarkan makam tersebut:
> > > “Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (adalah) dalam kebun-kebun dan
> > > (dekat) sungai-sungai. Di tempat duduk kebenaran, di sisi Raja Agung
> > > yang sangat berkuasa”.
> > > (Surah Qamar, ayat 54 & 55)
> >
> >Pertama sekali, ayat Al Qamar:54 dan 55 adalah ayat berkenaan dengan
> >NIKMAT di dalam SYURGA dan bukannya kedudukan manusia di dunia.
> >
> >Keduanya, bagaimanakah seseorang itu boleh MELINDUNGI diri dari
> >PENYEKUTUAN kepada ALLAH sedangkan ia percyaa yang ia boleh BERSATU
> >dengan ALLAH???.
> >
> > > Tempat itu ialah tempat bagi hakikat yang penting, hakikat kepada
> > > hakikat-hakikat, tempat penyatuan dan keesaan. Ia adalah tempat yang
> > > disediakan untuk nabi-nabi, untuk mereka yang dikasihi oleh Allah,
> > > untuk para sahabat-Nya. Allah beserta orang-orang yang
> > > benar. Bila kewujudan bersatu dengan wujud yang abadi ia tidak boleh
> > > dipandang sebagai kewujudan yang terpisah. Bila semua ikatan keduniaan
> > > ditanggalkan dan seseorang itu dalam suasana kesatuan dengan Allah,
> > > dengan kebenaran (hakikat) Ilahi, dia menerima
> > > kesucian yang abadi, tidak akan tercemar lagi, dan masuk ke dalam
> > > golongan:
> > > “Mereka itu ahli syurga yang kekal di dalamnya”.
> > > (Surah A’raaf, ayat 42).
> > >
> >
> >Lagi sekali taktik kotor para Sufi.  Pertama sekali mereka berikan
> >DEFINASI mereka sendiri tentang ahli syurga tanpa merujuk kepada AL QURAN
> >dan SUNNAH.  Kemudian mereka bawa satu ayat yang umum kononya golongan
> >mereka akan masuk syurga.
> >
> >
> > >
> > > Mereka adalah: “Orang-orang yang beriman dan beramal salih”. (Surah
> > > A’raaf, ayat 42).
> > >
> > > Bagaimanapun:
> > > “Kami tidak memberatkan satu diri melainkan sekadar
> > > kuasanya”. (Surah A’raaf, ayat 42).
> > > Tetapi seseorang memerlukan kesabaran yang kuat:
> > > “Dan Allah beserta orang yang sabar”. (Surah Anfaal,
> > > ayat 66).
> >
> >
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> >Pengirim: Abdul Rahman <[EMAIL PROTECTED]>
>
> ________________________________________________________________________
> Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "tua dah kubur" <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Abdul Rahman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke