*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam~
1. Ahli suffah wujudnya hanyalah sementara & bilangannya juga terhad. Islam itu
lengkap & mestilah diambil secara keseluruhan & bukannya hanya sejuzuk (ahli suffah).
NAsrani ahli kitab & sekuler dikatakan kafir & sesat krn mengambil sebahagian. (lihat
sirah)
2. Baju bulu
Nabi juga memakai baju drp kapas. Diwaktu perang Nabi memakai baju BESI. (Rujuk Zaadul
Maad)
3. Hati yg ikhlas.
Hati yg ikhlas tidak dapat dilihat kecuali direalisasikan dgn amal yg benar.
Bagaimanakah kita mengenali org2 yg benar. Surah attaubah ayat 119-120 mengatakan org
taqwa & benar adalah org yg berperang/jihad bersama NABI.
4. Cinta Allah.
Mencintai Allah tidak sempurna kecuali mencintai yg dicintai & diredhai Allah.
Siapakah yg dicintai Allah? Mereka yg berjihad (surah asShaf)
5. Nur & petunjuk.
Org2 yg mendapat petunjuk ialah org2 yg berjihad (lihat alankabut 69).
6. Kehidupan yg sebenar.
Kehidupan yg ditafsirkan ulama muktabar dalam surah alanfal adalah alJihad. Hati yg
hidup adalah hati manusia yg berjihad.
7. Iman
Alquran selalu mengaitkan Iman dgn jihad fisabilillah sebaris, selari, satu ayat yg
berkait. Iman & amal sholeh. Termasuk amal sholeh ialah membuat murka org kafir
(attaubah 120).
8. Melihat Syurga
syurga adalah dibawah bayangan Pedang fisabilillah (alHadith).
Allahua'lam.
From: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
Assalamualaikum wbt.
Istilah sufi amat berkait rapat dengan "bersih" , "suci" , "saf (barisan hadapan)" ,
"bulu (pakain bulu)" , "suffah".
1. Ahli sufi digelar sufi kerana kebersihan (suffa) hati mereka dan kesucian amalan
dan tindak tanduk mereka.
Mereka digelar sufi kerana mereka menyerupai ahli suffah yang hidup di zaman Nabi
SAW.
2. Orang Sufi adalah orang yang mempunyai hati yang ikhlas (suffa) terhadap Allah.
3. Mereka adalah orang-orang yang duduk di barisan hadapan (suffa) sekali di hadrat
Allah, melalui kecintaan mereka kepada Allah, tetap berhadap hati mereka kepada Allah,
dan tetap lubuk hati (sirr) mereka berhadap Allah".
4. Berkenaan dengan pakaian bulu itu hanya pakain zahir sahaja.
"Mereka digelar sufi kerana tabiat mereka suka memakai pakaian daripada bulu
(suff)."
"Pakaian bulu adalah juga pakaian para anbia dan aulia". Hadis.
"70 orang Nabi yang terdahulu yang lalu berhampiran dengan batu diRuhaasan. Mereka
berkaki ayam dan berpakaian bulu dan menuju ke Kaabah". Hadis.
"Nabi Musa alaihissalam memakai pakaian bulu, memakan buah-buahan, tidur pada
malam hari di mana sahaja ia hendak tidur". al Hassan al Basri.
"Nabi SAW berpakain bulu , menunggang keldai, dan menerima jemputan orang-orang
daif untuk makan bersama". Abu MUsa al Ash'ari.
"Saya mengetahui terdapat 70 orang yang terlibat dalam peperangan Badar memakai
pakaian bulu". Al Hassan al Basri.
5. Kehidupan mereka ala kadar. Dunia dan keduniaan sudah tidak penting dan diutamakan
oleh mereka.
"Apabila Nur sudah masuk ke dalam hati maka ia akan membesar dan berkembang".
Sahabat bertanya,"Apakah tandanya ya Rasul Allah?" "Meninggalkan negeri yang fana' dan
berpaling kepada negeri yang baqa', dan bersedia untuk MATI sebelum mati (bercerai
nyawa dengan badan)".
"Bahkan kamu lebih menginginkan dunia, sedangkan akhirat jualah yang terlebih baik
dan terlebih kekal". AL A'Ala : 17 & 18.
7. Cara hidup orang sufi ini telah bermula sejak zaman sebelum Nabi SAW, zaman Nabi
SAW dan sesudahnya . Tidak timbul satu Firman atau Hadis yang menghukumkan , wajib
disyariatkan atau diamalkan kerana , telah terang bagi orang yang beroleh petunjuk,
bahawa INTISARI QURAN DAN HADIS itu sendiri telah
tersemai kukuh, sebati dan selari dengan diri mereka. Hingga Nabi SAW sendiri sentiasa
berserta mereka.
Nabi SAW menyatakan bahawa apabila sesaorang itu tidak dipengaruhi dunia, mesti
ada bukti dan kenyataan. Nabi pernah bertanya kepada Sahabat Harithah.
"Apakah hakikat Iman?" Beliau jawab. "Saya telah jauhkan hati saya daripada dunia,
saya puasa di siang hari dan berjaga di malam hari, dan seolah-olah saya lihat 'Arasy
Tuhanku datang, seolah-olah ahli syorga kunjung mengunjungi antara satu sama lain dan
ahli neraka bermusuhan antara satu sama lain".
(perhatikan berkenaan 'Arasy Allah dan syorga serta neraka yang dilihat oleh Sahabat
Harithah. Perkara ini tidak dibantah oleh Nabi SAW).
______________________________________________
FREE Personalized Email at Mail.com
Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]>