*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Semalam ketika membelek-belek buah-buahan di sebuah
pasar raya di tengah kota, aku terserempak dengan
seorang bekas politikus yang kini tidak 
memegang sebarang jawatan dalam parti. Satu ketika
dulu beliau begitu popular dan sering dikelilingi
wartawan dan juru gambar, terutama apabila ada isu-isu
hangat yang berkaitan dengan bidang pelancongan dan
pemecatan ahli-ahli UMNO. Beliau adalah tidak lain dan
tidak bukan, Sabarudin Chik.

Wajahnya kelihatan tidak berapa ceria. Badannya ada
sedikit kurus. Mungkin masih menjalani rawatan bagi
sakit buah pinggang yang dideritainya. 
Dia cuma berpakaian biasa, berbaju T dan berselipar.
Sesekali dia akan menoleh ke kiri dan ke kanan,
takut-takut kalau ada orang yang 
terperasan akan kehadirannya di situ barangkali.
Begitulah nasib seorang politikus sepertinya. Hilang
madu, sepah dibuang.

Berlawanan degan seorang personaliti lain yang kulihat
begitu segak dalam kereta Mercedesnya di satu
persimpangan jalan di Bandar Anggerik 
petang Sabtu lalu. Wajahnya cerah dan ceria di samping
isteri tercinta. Mungkin sedang menuju ke sebuah
masjid atau surau untuk program ceramah 
agama. Sebelah siangnya aku dimaklumkan yang beliau
berforum perdana di kilang Hitachi, Bangi. Itulah dia
bekas Mufti Negeri Selangor, Datuk 
Ishak Baharum. Walau diperlakukan seburuk mungkin oleh
golongan yang tidak suka kepada kebenaran, dia tetap
disanjung dan dikerumuni di setiap tempat yang
dikunjunginya.

Allah berfirman:

Semulia-mulia di kalangan kamu di sisi Allah adalah
mereka yang bertaqwa.

Penemuanku terhadap dua situasi ini mengajar aku erti
kehidupan yang diredai Allah.

Wassalam

KU MED

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send online invitations with Yahoo! Invites.
http://invites.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: PaK EnGkU <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke