Piala Thomas : Rakyat diminta beri sokongan penuh

KOTA BHARU 24 April (hrkh) - Rakyat di negeri ini diminta mengenepikan fahaman politik dalam usaha memberi semangat pada pemain negara bagi merebut Piala Thomas dalam perlawanan badminton bulan Mei ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Sukan negeri, Ustaz Hassan Muhammad berkata, kempen Malaysia Boleh sempena Uber 2000 ini perlu dijayakan oleh sepenuhnya dalam usaha merampas semula piala Thomas yang pernah dimiliki negara.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Pelancaran Kempen Malaysia Boleh: Piala Thomas/ Uber 2000 Kuala Lumpur peringkat negeri Kelantan.

Katanya, kerajaan Kelantan yang bersikap terbuka turut memberi sokongan terhadap perkembangan sukan di negara ini selagi ianya tidak bercanggah dengan kehendak Islam.

"Islam adalah agama fitrah yang sesuai dengan sifat semulajadi manusia seperti menghendakkan hiburan termasuk bersukan bukan sahaja makan dan minum," ujarnya.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Send online invitations with Yahoo! Invites.

Kirim email ke