*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ekoran kenyataan akhbar Berita Harian bertarikh 24 April 2000
berkenaan "Pas tidak tepat janji-Hanya bersetuju bayar gaji 60 hari
cuti bersalin",berikut adalah penjelasan berkenaan pekeliling Pejabat
Setiausaha Kerajaan Bil 8 Tahun 2000.
1. Kemudahan Cuti bersalin 90 hari merupakan satu kemudahan
yang menepati dengan segala peraturan-peraturan berkaitan
dengan kemudahan cuti bagi penjawat awam sebagaimana
Perintah Am bab C iaitu Perintah Am 25 Bab C-cuti bersalin,
Perintah Am 26(a),(b),(c)-Cuti bersalin 5 kali,Cuti Menjaga
Anak, dan Cuti Isteri Bersalin.
2. Kerajaan Negeri Terengganu sekarang masih menerimapakai
kesemuaperaturan yang ada berkaitan dengan cuti bersalin
dan juga cuti isteri bersalin sebagaimana pindaan kepada
peraturan tersebut sepertimana Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2
Tahun 1998.
3. Bagi melaksanakan kemudahan ini,pegawai/guru wanita diberi
opsyen tambahan 30 hari cuti bersalin dimana cuti ini
direkod sebagai cuti menjaga anak(cuti tanpa gaji)
Kerajaan Negeri telah bersetuju membayar gaji penuh 30 hari
tambahan cuti pegawai/guru wanita tersebut dan bayaran
tersebut dikira sebagai Elaun Khas Bersalin.
4. Didalam keadaan sebenar,pegawai/guru wanita yang menerima
opsyen ini akan menerima pendapatan 90 hari bergaji penuh.
5. Bagi Cuti bersalin,seseorang pegawai lelaki secara automatik
akan diberi Cuti Tanpa Rekod selama 3 hari untuk membantu isteri
bersalin sebagaimana Perintah Am 26(c).Kerajaan negeri bersetuju
memberi opsyen tambahan 4 hari cuti menjadikan 7 hari dimana
Elaun Khas Isteri Bersalin akan dibayar pada hari-hari didalam
tempoh opsyen tambahan 4 hari tersebut yang diambil daripada
cuti rehat yang yang berkelayakan atau cuti tanpa gaji sekiranya
cutirehat tidak berbaki.
6. Kemudahan cuti ini secara opsyen kerana ianya melibatkan perkiraan
pencen
sebagaimana perkara 98,Perlembagaan Persekutuan dimana ianya adalah
dibawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN,
TERENGGANU.
WISMA DARUL IMAN
20503 KUALA TERENGGANU
24 HB APRIL 2000
------------------------------------------------------------
Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access at:
http://MailAndNews.com and http://MailAndNews.co.uk
Create a new mailbox, or access your existing IMAP4 or
POP3 mailbox from anywhere with just a web browser.
------------------------------------------------------------
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Salam Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>