*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam~

1. "Wallahubikullisyain Muhith"  : Dan Allah itu meliputi akan segala sesuatu.(you 
wrote)

Meliputi tidak bermakna Allah berada di mana saja kamu berada, kerana pemahaman 
sebegitu adalah pemahaman muktazilah & jahmiyah.Pemahaman Sahabat & Imam yg 4 
mengatakan meliputi adalah kekuasaan, ilmu, pendengaran, penglihatan Allah.(Rujuk 
Singgahsana ALlah- Ibnu Qayim, & Taujihat Islamiyah - Syaikh Muhammad JAmil Zainu)

2. "Wahuwa ma'akum ainamakuntum " : Dan Dia (Allah) berada dimana jua kamu berada. 
(Allah tetap Ada dimana jua anda berada).(You wrote)

Itulah tafsiran yg salah kerana (ma'akum) ditafsirkan (berada) sedangkan ia bermaksud 
(bersama). (Lihat Aqidah Wasithiyah Ibnu Taimiyah, juga lihat Syarah Aqidah Thawiyah).

3."Wafianfusikum afalatubsirun". Dan Dia ada pada diri kamu betapa kamu tidak 
melihatnya".(U wrote)

Ayat diatas selalu disalahtafsirkan oleh pengikut wehdatul wujud yg mengatakan dia 
adalah Allah  dan Allah adalah dia (Tasawuf - ABdul Qader Jelani).

4. "Nahnuakrabuilaihimurib". Dia (Allah) lebih hampir kepada kamu daripad urat tengkuk 
kamu sendiri.(U wrote)

Hampir tidak bermaksud Zat Allah hampir kpd tengkuk kamu. (lihat kitab2 yg tersebut 
diatas)

5. "Fainnama tuwallu fasummawajhah". Kemana sahaja kamu berhadap disitu Ada Allah.(U 
wrote)

Ini adalah tafsiran yg tersasar kerana Alah tidak berada di tempat kotor. Zat Allah 
bersemayam di atas Arsy, ALlah Maha Tinggi, Maha suci Allah dari apa yg mereka 
sangkakan.

Allahu'alam





From: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
To: ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: April 26, 2000 9:51:23 AM GMT
Subject: Re: Tauhid -1


Assalamualaikum wbt.

Saya agak terkejut berkenaan tuduhan sdr.ibn Muhajir.
Apakah sdr. ibn Muhajir  tidak merujuk kepada al Quran.

1. "Wallahubikullisyain Muhith"  : Dan Allah itu meliputi akan segala sesuatu.
2. "Wahuwa ma'akum ainamakuntum " : Dan Dia (Allah) berada dimana jua kamu berada. 
(Allah tetap Ada dimana jua anda berada).
3. "Wafianfusikum afalatubsirun". Dan Dia ada pada diri kamu betapa kamu tidak 
melihatnya".
4. "Nahnuakrabuilaihimurib". Dia (Allah) lebih hampir kepada kamu daripad urat tengkuk 
kamu sendiri.

5. "Fainnama tuwallu fasummawajhah". Kemana sahaja kamu berhadap disitu Ada Allah.

6. "Wajahtuwajhiyya". Aku hadapkan wajahku kepada Wujud Allah.

7. "Beribadahlah kamu seolah-olah kamu melihat Allah ...(makam Ihsan), jika kamu tidak 
melihat ALlah sesungguhnya Allah sentiasa melihat kamu".

Saya rupanya tersilap. Saya ingatkan sdr. ibn Muhajir ni ingin menunjukkan kebenaran 
rupanya hanya untuk mencari kemenangan. Dia menuduh orang lain tidak berpandukan Quran 
dan Hadis. Menuduh ilmu orang lain sesat, salah, ringan timbangan dan mengambil ajaran 
selain daripada Islam. Tetapi itulah kedudukannya, setakat nak menuduh, itu memang 
kerja senang.... saya pun tidak gamak nak berhujah dengannya apabila
kata-katanya hanya untuk memuaskan hatinya.

Usahlah menuduh orang lain sesat. Sedangkan Ayat Allah dalam Quran pun masih belum 
sdr. jumpa. Menunjukkan dan membuktikan betapa kecilnya sdr. dan saya terhadap agama 
Islam itu sendiri. Saya tidak anggap saya banyak tahu. Dan tidak pula menganggap sdr. 
kurang tahu.

Oleh kerana sdr. ibn Muhajir menolak keterangan Allah (Ayat Allah) saya mula berfikir 
betapa perselisihan pendapat yang membawa penolakan Ayat Allah lebih tinggi risikonya 
daripada hanya untuk mencari kemenangan dan kepuasan hati.

Tujuan berhujah sebenarnya ialah untuk menambahkan ilmu dan amal. Bukannya untuk 
bersikap kepetahan mematahkan hujah lawan semata. Tauhid adalah istilah makam yang 
terpuji. Sepatutnya orang yang berTauhidlah yang lebih kenal Allah dan Ayat-Ayat Allah.

Saya rasa, pendapat yang sdr. ibn Muhajir mengatakan seperti yang sdr. tolak dalam 
Ayat ALlah itu adalah pendapat sdr. sendiri. Usah cuba mahu mengaitkan dengan pendapat 
ulama-ulama lain yang beliau belum pernah berguru dan berjumpa. Dan adalah mustahil 
sesaorang itu bergelar ulama, tetapi menolak Kitab Allah. Setiap pendapat yang 
bertentangan Kitab Allah adalah murdud, tertolak dan batal sekalian amalnya,
kerana penentangan iktiqadnya terhadap Kitab ALlah.

Menurut istilah, Langit adalah tempat yang tinggi. Tetapi Langit dunia yang di atas 
kepala kita ini bukannya sesuatu yang tinggi. Kerana bumi ini bulat. Bayangkan kita di 
sebelah sini, langit kita yang di atas kepala kita. Bagaimanakah manusia yang di 
sebelah sana yang bertentangan dengan kita. Langit dunia kita adalah di bawah tapak 
kaki mereka.

Istilah langit yang digunakan dalam bahasa Quran tidak dapat diterjemahkan dalam 
bahasa lisan atau pertuturan. Sesuatu yang tinggi di sisi ALlah adalah sesuatu yang 
tidak dapat dicapai dengan fakulti intelek (daya dan upaya pemikiran manusia). Ia 
memerlukan kepada fakulti rohani (alam kerohanian) iaitu Yakin (atas rahmat, anugerah 
ALlah SWT jua).



Salam.


ibn muhajir wrote:

> salam~
>
> 1. Allah tidak bertempat?
>
> NAs Quran, hadith & fahaman sahabat & imam yg 4 mengatakan bahwa ALlah bersemayam di 
>'Arsy (Thoha 5). HAdith2 shohih mengatakan Allah berada di tempat yg tinggi di langit.
>
> 2. Allah berada dimana jua anda berada?
>
> Menurut ARrazi, ini adalah fahaman mu'tazilah & Jahmiyah yg membuahkan wahdatul 
>wujud (lihat Tafsir Azhar - Thoha 5)
>
> 3. TAuhid yg murni akan menghasilkan amal yg benar & timbanagn yg berat diakherat. 
>Ilmu yg tidak benar akan menghasilkan gambaran yg salah tentang Pencipta. TAuhid yg 
>tidak beres akan menghasilkan amal yg bidaah.
>
> 4. Point 1 & 2 adanya pertentangan hasil dr teori fisafat ilmu kalam.
>
> Wslm
>
> From: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
> salam
>
> Istilah yang disebut dalam Al Quran bagi orang yang ringan timbangannya ialah orang 
>yang rugi atau muflis (Khasirin). Antaranya ialah pada - Al Ashar: 1&2,  Al Mujadilah 
>: 19, al Munafikun : 9.
>
> Tauhid yang murni ialah yang menepati seperti mana yang diterangkan oleh Allah 
>melalui Kalamullah. Allah SWT tidak bertempat, tidak dahulu sahaja, tidak sekarang 
>sahaja dan tidak akan datang. Tidak ada sempadan waktu atau zaman bagiNya, malahan 
>Dia meliputi akan segala sesuatu, Dia berada dimana jua anda berada. Kemana jua anda 
>menghadap Allah sentiasa berhadap.
>
> Orang yang ada Tauhid sentiasa dalam keadaan tidak lalai dalam keadaan mengingatiNya 
>dan berhadap kepadaNya. Bukan tunggu atau nanti seolah-olah Allah hanya ada pada 
>waktu tertentu atau zaman tertentu !
>
> Ilmu tidak mampan hanya semata-mata teori sahaja tanpa penyaksian atau pengamalan. 
>Ilmu yang benar yang disertai dengan amalan yang konsisten, insya Allah akan 
>membuahkan hasilnya. Hasil bagi Ilmu yang benar akan menyampaikan matlamat untuk 
>menjadi orang-orang yang benar (siddikin). Iaitu orang-orang yang benar-benar 
>menyaksikan tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad ialah Rasul Allah. Yang 
>pentingnya,
> Tauhid mestilah dengan bukti penyaksian!
>
> Demikian juga orang-orang yang berperang dengan bersenjata pada Jalan Allah 
>semata-mata untuk mengikhlaskan dinnya serta Allah lantaran hanya mengharapkan 
>WajahNya adalah ahli Tauhid. Namun begitu setiap waktu dan saat, jihad adalah suatu 
>kemestian. Orang-orang yang bersungguh-sungguh bermujahadah sepanjang masa dan 
>keadaan terhadap nafsunya juga adalah ahli Tauhid.
>
> "Kita kembali dari peperangan yang kecil kepada peperangan yang besar (jihad 
>nafsu)..." Hadis.
>
> Ikhlas itu semaknalah dengan Tauhid. Orang yang ikhlas adalah orang yang Tauhid. 
>Betapa pentingnya Tauhid ialah sinonim dengan Ikhlas. Betapa pentingnya 
>Ikhlas,sehinggakan Allah SWT menurunkan satu surah yang khas dinamakan SuratulIkhlas.
>
> "Dan tidaklah mereka itu diseru melainkan hanya untuk beribadah kepada Allah dengan 
>mengikhlaskan (Tauhid) agamanya" AL Baiyinah : 5.
>
> Persoalan yang lebih penting ialah bagaimanakah praktisnya untuk mengamalkan sesuatu 
>ilmu yang benar untuk mencapai Tauhid (Ikhlas)?  Pendekatan atau penghayatannya? Agar 
>tercapai - ilmu , amal , ikhlas itu satu jua.
>
> Wallahu 'alam
> Salam
>
> Pengirim: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
> ______________________________________________
> FREE Personalized Email at Mail.com
> Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup

--
-----------------------------------------------------
Click here for Free Video!!
http://www.gohip.com/freevideo/
______________________________________________
FREE Personalized Email at Mail.com
Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke