*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam~
Justru itu iman kpd Allah dibahagikan kpd 3:Iman kpd Tauhid Rububiyah, Uluhiyah &
Asma'waSifat.
1. TAuhid Rububiyah ialah tauhid ma'rifat, atau tauhid ilmu, atau teori ilmiyah, atau
TAuhid Rabbi. Allah sebagai sumber rezeki, Pencipta, yg menghidup/mematikan, etc.
Tauhid Rububiyah tidak sempurna, melainkan disertai Uluhiyah & Asma'waSifat
2. Tauhid Uluhiyah atau TAuhid Ilahi, atau Tauhid Ubudiyah /Ibadah atau Tauhid Amal
adalah terjemahan Tauhid Rububiyah secara amali. Teori atau ilmu diotak diterjemahkan
ke dlm hati dan anggota badan dan diamalkan. Yg pertama-tama ialah mengamalkan pada
diri, kemudian pada keluarga, kemudian pada masyarakat & negara. Termasuk dlmnya ialah
ibadah yg disyariatkan spt jihad, solat, haji, zakat, saum, amar ma'ruf nahi mungkar,
etc, berhukum dgn hukum ALlah, bersumpah dgn nama ALlah saja, beribadah kpd ALlah saja
tanpa menyegutukanNya, etc.
Eg. Kita mengetahui riba itu haram, maka kita menjauhi segala pinjaman kereta/rumah yg
beriba. kita mengetahui bahwa solat jumaat itu fardhu, maka kita meninggalkan kilang2
bila tiba waktunya, w/pun mereka menggugut membuang kerja dsbnya kerana Rezki Allah yg
bagi. Kita mengetahui jihad itu fardhu, maka kita meninggalkan pekerjaan kita, rumah
kita, kereta, katil, anak, bini, duniawi demi membela syariat Allah.
3. ASma'waSifat. Kita mengimani apa saja nama2 yg baik (asmaul husna) bagi Allah dan
segala sifatNya yg dinyatakan dlm Quran & hadith shohih, misalnya Allah bersemayam di
Atas 'Arsy, Allah mempunyai 2 mata, ALlah mempunya tangan, etc, (tanpa menyatakan
bagaimana/kaif, atau ditakwil). Kita mengimani bahwa Allah turun dr langit bumi 1/3
malam terakhir (tanpa bertanya bagaimana turunNya)., etc.etc.
Tauhid yg benar akan menghasilkan amal yg benar.
------Original Message------
From: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
To: ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: April 27, 2000 5:05:47 AM GMT
Subject: Re: Tauhid -4
Salam
Berkenaan dengan keterangan Allah , Dia Mengetahui, Mendengar dan sebagainya itu
sehinggalah kepada yang belum dizahirkan di dalam hati manusia. Perkara ini semuanya
adalah benar.
Tetapi tahu perkara ini seperti yang tercatat dalam Kitab Allah baru pada tahap ilmu.
Bagaimanakah ilmu ini dapat direalisasikan dalam amal dan penghayatan. Ini lebih
penting. Kerana setiap Ayat Allah itu adalah merupakan petunjuk dan bimbingan untuk
beriktiqad, berakidah, beribadah dan beramal.
Tahu memetik Ayat Allah sahaja tidak memadai. Jika tidak ada tindakan susulan.
Sebagaimana juga Ayat solat.
Allah SWT memerintahkan solat kepada orang-orang berIman mendirikan pada waktu-waktu
tertentu.
Yang terlebih penting dalam Ayat itu ialah wajib "mendirikan solat". Bagaimanakah mahu
mendirikan solat itu menjadi kewajipan manusia berImanlah belajar, beramal dan
sebagainya.
Begitu juga Ayat berkenaan iktiqad, akidah, ibadah dan amal-amal yang lain.
Jadi ilmu tidak setakat untuk berhujah di hadapan manusia. Yang terlebih utama ialah
memahami dan mencernakan apa yang difahami daripada ilmu itu menjadi sebati dalam
diri. Agar dapat melepaskan kita daripada hanya semata-mata bertaklid. Kerana
sebenar-benar ilmu ialah hasil daripada apa yang kita dapat dan amalkan. Selagi belum
diamalkan ia belum lagi berilmu namanya kerana
belum lagi ada hasilnya.
Lalu dengan berilmu dengan keterangan Allah itu bagaimanakah mahu menterjemahkannya
dalam realiti hidup kita istilah-istilah yang berkait dengan apa yang kita Imani dalam
Kitab Allah, menurut iktiqad ASWJ.
Apakah istilah Tauhid?
Mampukah manusia menTauhidkan Allah?
Tauhid terbit daripada iktiqad, akidah dan ibadah.
Apakah kaitan antara iktiqad dan akidah?
Bagaimanakah berakidah dengan iktiqad yang benar?
Apakah kaitan antara akidah dan ibadah?
Bagaimanakah beribadah dengan akidah yang benar?
Apakah sebenar-benar ibadah yang benar itu?
Ibadah itu satu atau banyak?
Sehingga menjadilah ilmu, Iman dan Amal itu sebagai sesuatu yang kita dapat dan boleh
menjadi pendapat. Kerana sebenar-benar pendapat itu adalah apa yang kita dapat.
Wassalam.
ibn muhajir wrote:
> salam~
>
> mungkin tuan akan lebih terkezut bila membaca ini:
>
> ["wa huallahu fissamawat..(al-anam 3)" bermaksud: 'dan Dialah Allah (yg disembah) di
>langit.'
>
> Ibn Kathir menafsirkan:'Para mufassirin berpendapat, kita tidak akan berkata spt
>ucapan kaum Jahmiyah (SESAT) yg mengatakan Allah itu berada di setiap tempat. Maha
>suci Allah dr ucapan mereka'.
>
> Adapun firman Allah:"wahua ma'akum 'ainama kuntum (hadid 4)..Dan Allah bersamamu
>dimana kamu berada.(hadid 4) maksudnya Dia bersama kita, mengetahui, mendengar,
>melihat kita dimanpun kita berada] Taujihat Islamiyah -shk Muhammad Jamil Zainu.
>
> Maha suci Allah dr apa yg mereka sangkakan.
______________________________________________
FREE Personalized Email at Mail.com
Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]>