*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Heboh diperkatakan akhir-akhir ini mengenai permit
akhbar tabloid Eksklusif yang tidak diperbaharui oleh
KDN. Apakah Eksklusif juga akan mengikut jejak langkah
Harakah yang "diturunkan pangkat" dari 8 penerbitan
kepada 2 penerbitan sahaja sebulan? Atau ini hanyalah
satu lakonan terbaru KDN bagi mengaburi mata rakyat
bahawa mereka tidak memilih bulu dalam mengambil
tindakan terhadap mana-mana majalah atau akhbar.
Hebat sangatkah berita yang termuat dalam Eksklusif?
Menyengat sangatkah tulisan-tulisan yang terpapar
dalam Eksklusif? Siapa pula sebenarnya
yang berdiri megah di belakang Eksklusif?
Saya sendiri tidaklah kerap sangat membeli Eksklusif.
Walaupun berita yang tersiar dalam Ekslusif kadangkala
bersifat dua alam ( ada pro dan
kontra), mesej sebenar yang ingin disampaikan kepada
pembaca tidak berapa jelas. Kadang-kadang nampak macam
tak sokong, kadang-kadang nampak
macam pro sebelah sana saja. Itu yang tak jelasnya.
Muka depan cerita pasal Keadilan. Muka dalam penuh
dengan cerita mengenai UMNO. Tak ada
pulak satu kolum khas yang membuat perbandingan
bersifat kontemporari.
Oleh itu, tindakan melambatkan pengeluaran permit
Eksklusif kali ini, tidak lebih dari satu lakonan
semula beberapa episod lama dalam filem Tiga Abdul!
Wassalam
****pendapat peribadi ajer.............***
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online and get email alerts with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Pak Ng Ku <[EMAIL PROTECTED]>