*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt,
Pertama, mari kita renungkan maksud firman Allah
berikut (Al-Hasyr:7):
"Apa-apa yg diberikan(diperintahkan) oleh Rasul maka
terimalah ia, dan apa-apa yang DITEGAH/DILARANG bagimu
maka tinggalkanlah, dan bertaqwalah kpd Allah.
Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya"
Ringkasnya:
1. Apa-apa yg diperintahkan, maka sudah jelas ia WAJIB
dilaksanakan spt melaksanakan rukun Islam yg lima.
Kalau meninggalkannya akan berdosa.
2. Apa-apa yg DITEGAH, maka sudah jelas WAJIB
ditinggalkan spt membunuh, minum arak, berzina dll.
Jika dibuat juga maka akan berdosa.
3. Bagaimana pula bagi sesuatu amal yg Nabi tak suruh,
dan tidak pula Nabi MENEGAH, maka adakah WAJIB
dilakukan, atau WAJIB ditinggalkan? Hadis di atas
hanya menyebutkan 'apa-apa yg DITEGAH/DILARANG' bukan
'apa-apa yg DITINGGALKAN'. Ada perbezaan besar antara
yg DILARANG dgn yang DITINGGALKAN.
Kedua, tentang maksud hadis "Sesungguhnya amal itu
bergantung kpd niat".
Kita renung pula maksud hadis di atas. Apakah amal itu
hanya bagi amal yg WAJIB sahaja? Bahkan tidak.
Cuba renungkan:
a. Niat menjadi penentu bagi AMALAN KHUSUS sama ada
amal itu SAH atau BATAL.
b. Apakah sama bagi org yg meninggalkan sesuatu yg
DITEGAH (HARAM) tanpa sebarang niat, dgn seseorg yg
meninggalkannya dgn niat kerana Allah swt. Cthnya: Si
A tidak mengumpat kerana malas nak ambil tahu hal org,
dgn Si B yg tidak mengumpat kerana takut dgn azab
siksa Allah.
c. Apakah makan, tidur, bekerja, berkahwin dan
perbuatan-perbuatan lain yg asalnya HARUS itu tidak
boleh menjadi amal ibadah? Pasti boleh, tapi b/mana
syarat-syaratnya?
"Senyum itu satu sedekah". Tapi bagaimana kalau
senyuman anda MENGGODA insan lain?
Jadi apa syarat-syarat agar sesuatu perbuatan itu
menjadi ibadah? Maka jawabnya ada 5 syarat iaitu:
1. Niat mesti betul
2. Perbuatan itu sendiri tidak bertentangan dgn syarak
3. Perlaksanaannya mesti ikut syariat
4. Natijahnya mesti baik
5. Tidak meninggalkan amalan fardhu.
Ketiga, manusia tidak terlepas dari 5 hukum iaitu
WAJIB, SUNAT, HARAM, MAKRUH DAN HARUS. Contohnya,
ialah makan durian:
Makan durian akan jadi WAJIB misalnya dlm keadaan jika
kita ada penyakit, dan sakit itu hanya boleh diubati
dgn makan durian, maka pada masa itu hukum makan
durian akan jadi WAJIB. Ini kerana salah satu asas dlm
hukum-hakam Islam ialah utk menjaga nyawa dan
tubuh-badan. WAJIB juga misalnya jika kita telah
bernazar utk menjamu org miskin makan durian dan makan
bersama-sama dgn mereka.
Makan durian akan jadi SUNAT misalnya jika kita
bertandang kerumah sahabat, lalu dihidangkan dgn buah
durian. Maka SUNAT kita makan durian tersebut utk
mengambil hati tuan rumah. Nyata di sini bahawa kita
ziarah dapat pahala kerana merapatkan silaturrahim,
tuan rumah dapat pahala kerana meraikan tetamu dgn
menghidangkan buah durian. Malah kita sekali lagi
dapat pahala kerana menggembirakan tuan rumah sebab
sudi makan durian yg dihidangkan. Kan cantik Islam tu!
Tapi apa kata jika sambil makan, kita merungut dlm
hati, "Aii ... takkan durian aje! Mana kopinya? Takkan
tak ada nasi kot?".
Makan durian akan jadi MAKRUH misalnya kita hanya
mampu makan 5 ulas durian, bila makan lebih dari itu
maka biasanya kita akan pening. Maka makan durian bagi
ulas yg ke 6 itu sudah jatuh makruh. Begitu juga bila
makan durian sebelum solat berjamaah.
Makan durian juga boleh jadi HARAM misalnya kita ada
penyakit tak boleh makan durian sama-sekali, atau bila
bau durian je kita akan mabuk, maka makan durian pada
kes demikian akan jatuh haram. Bau dah tak boleh, nak
makan pulak, apa hal!
Harus makan durian misalnya kita pergi dusun pungut
buah durian. Masa tu harus utk kita sama ada nak makan
atau tidak buah durian itu.
Di sini jelas, dlm hal kecil begini pun manusia tidak
dpt terlepas dari 5 hukum tersebut di atas.
Sekarang kita lihat perihal maulud nabi:
1. Apakah niat kita?
Adakah utk meniru kaum Nasrani? Sekali-kali tidak
melainkan utk mengenang kembali junjungan besar Nabi
Muhammad saw bagi menambahkan cinta kita kpd baginda.
2. Adakah perbuatan tersebut ditegah oleh syarak?
Tidak. Tiada nas yg menegahnya. Disebabkan kalau tiada
nas yg menegahnya, maka asal perbuatan tersebut adalah
harus.
3. Apa yg kita lakukan dlm majlis maulid?
Adakah dgn memotong kek dan meniup lilin? Tidak,
melainkan mengenang kembali sirah dan perjuangan
baginda Nabi saw, membaca selawat, ceramah dan
seumpamanya.
4. Apakah natijahnya?
Adakah utk menggalakkan maksiat? Sekali-kali tidak.
Malah ia boleh menambahkan ilmu dan membangkitkan
semangat utk beramal, menambahkan cinta kpd junjungan
Rasulullah.
5. Adakah kita meninggalkan ibadah yg khusus/fardhu?
Tidak, malahan memberikan semangat utk memperbaiki
mutu amalan-amalan tersebut.
Jika 5 syarat di atas telah dipatuhi, maka dlm hukum
apakah ia tergolong? Adakah wajib, sunat, makruh,
haram ataupun harus?
Persoalannya, mengapa para sahabat tidak melakukannya?
Benar, setakat nas yg dijumpai, para sahabat tidak
melakukan sambutan maulud nabi spt sekarang. Tanpa
majlis maulud pun sahabat telah benar-benar mencintai
baginda Nabi SAW melebihi ibu-bapa dan anak-anak
mereka sendiri.
Sekarang, kita kembalikan soalan kpd diri kita
sendiri. Adakah kita cintakan kpd Nabi? Masing-masing
tak mahu kalah, akan jawab "YA". Tapi setakat mana
kecintaan kita kpd Nabi? Berapa per sen sunnah Nabi yg
kita ikut? Dah lah kita tak pernah nampak wajah Nabi,
model Nabi di kalangan para ulama' pun sukar dicari.
Maka dgn sambutan majlis maulud Nabi yg dibuat setahun
sekali inilah diharapkan dapat memberikan sedikit
suntikan semangat utk mengikut sirah hidup baginda
Nabi SAW.
Mengapa dibuat setahun sekali?
Ya benar. Kenapa setahun sekali? Nah ... di sinilah
peranan para ulama' utk berdakwah dan mentarbiyah
ummat agar sentiasa mencontohi cara hidup baginda SAW.
Ajak masyarakat agar sama-sama menghidupkan kembali
amalan sunnah. Hadapi segala cemuhan dan tentangan dgn
penuh hikmah. Bukan setakat berkempen utk mengejar
satu undi. Atau jgn pula mengisi majlis maulid dgn
ceramah yg hanya mengangkat tinggi pemimpin negara
oleh ulama'-ulama' rasmi.
Sebab itulah ada tareqat yg menganjurkan bacaan tahlil
dan maulid ni dua kali seminggu atau seminggu sekali,
bukan setakat setahun sekali.
Kelemahan majlis maulid sekarang ialah dari segi
pengisiannya. Tiada roh. Tiada penghayatan. Bercampur
antara ibadah dan mungkar. Perarakan membawa sepanduk,
diadakan pula pertandingan antara kumpulan perarakan,
bercampur pula antara lelaki dan perempuan, gelak
ketawa, bertepuk tangan ketika hadiah dan anugerah
disampaikan, nyata semua ini adalah datangnya dari
kejahilan masyarakat. Perkara-perkara mungkar dlm
majlis maulid inilah yg WAJIB diperbetulkan.
Kesimpulannya: Usahlah terlalu gelojoh dan lancang
mulut utk membid'ahkan sesuatu perkara sekiranya diri
sendiri belum faham duduk perkara tersebut.
Sila rujuk tulisan sdr Abu Az Zuhri (DRTN):
Asal ibadat adalah haram kecuali yang disyariatkan dan
asal adat dan resam adalah harus kecuali ada dalil yg
mengatakan ia haram.
Wallahu'alam dan Wassalam.
------------------------------------------------------
Ikutilah artikel seterusnya yg saya petik dari laman
Darul Nuqman.
Menurut Imam As Sakhawi, sambutan maulid Nabi berlaku
selepas kurun ke 3. Sejak itu umat Islam di seluruh
kota dan bandar-bandar besar mengadakannya. Mereka
bersedekah di malam harinya dengan berbagai sedekah,
mereka mengambil berat dalam soal membaca maulid nabi.
Ibnu Jawzi pula menegaskan diantara keistimewaan
sambutan maulid nabi ini ialah beroleh keamanan kepada
masyarkat dan negara disamping termakbul segala yang
diimpikan.
Al Imam Sayuti dan Ibn Hajar Al Haithami berpendapat
perayaan maulid nabi adalah bid'ah tetapi bid'ah
hasanah. Al Imam ibnu Hajar berdalilkan dengan sabda
Rasulullah SAW ketika tiba di Madinah, baginda
mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura, lalu
baginda bersabda: "Hari apa ini yang kamu sedang
berpuasa untuknya ? Mereka menjawab: "Ini adalah hari
yang agung, hari dimana Allah menyelamatkan Musa as.
dan kaumnya dan menenggelamkan Firaun dan kaumnya,
lantas Musa as. berpuasa kerana bersyukur kepada
Allah. Kami turut berpuasa. Kemudian Rasulullah SAW
bersabda:
"Kami lebih berhak dan lebih awal mengukuti jejak
langkah Musa as. daripada kamu". Lantas Rasulullah SAW
berpuasa dan menyuruh umatnya berpuasa". (Riwayat
Bukhari dan Muslim)
Menurut Ibn Al Haj, Nabi SAW dan para salafussaleh
meninggalkan sambutan maulid Nabi, sebagai menunjukkan
rahmat terhadap umatnya dan belas kasihan baginda ke
atas mereka. Nabi tidak berbuat demikian kerana takut
diwajibkan ke atas umatnya.
Ibnu Hajar menjelaskan juga perayaan sambutan maulid
dan pembacaan zikir-zikir sebagaimana yang dilakukan
masyarkat kita sekarang, kebanyakannya mengandungi
unsur-unsur kebaikan seperti bersedekah, berzikir,
berselawat dan salam ke atas Rasulullah SAW. Tetapi
ada juga sambutan itu mengandungi keburukan seperti
antara kaum wanita dan lelaki asing (tidak muhrim)
meraikan secara bersama. Maka jika ini yang terjadi
membuat sambutan itu dilarang. Ini berdasarkan kaedah
yang masyhur: "Membendung kefasadan (kemungkaran)
hendaklah didahulukan dari mengutamakan kemaslahatan".
Orang yang yakin berlaku sesuatu keburukan dalam
sambutan majlis Maulid Nabi yang diadakan, tetapi
diadakan juga majlis tersebut, ia dikira telah
melakukan maksiat. Wallhu A'lam
Sila rujuk buku Khilafiah, Bid'ah dan Maslahah Umum
terbitan Darul Nuqman.
--- ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Salam~
>
> Bismillah, alhamdulillah..
>
> Tidak dijadikan jin & manusia kecuali utk beribadah
> kpd Allah.
> Hendaklah kita menyembah Allah shj dan janganlah
> kita menyengutukan sesuatu denganNya. Apakah yg
> dikatakan ibadah itu?
>
> Ibadah adalah apa yg telah diSYARIATkan Allah dari
> Quran dan melalui Hadith Nabi , berupa PERENTAH &
> Larangan, penghalalan dan pengharaman, berupa
> kewajiban samada fardhu atau sunnat, dan berupa
> larangan spt haram dan makruh.
>
> Unsur2 ibadah antaranya ialah ikhlas, taat, berhukum
> dgn hukum Allah, berdoa, cinta dan benci, muwalah
> dan mu'addah, ...
>
> Siapakah yg paling baik ibadahnya? Sudah tentu Nabi
> dan generasi sahabat. Dan siapakah yg paling
> mencintai Nabi? jawabnya para sahabatlah yg paling
> mencintai Allah & Rasulnya.
>
> Menurut keterangan, mrk2 (sahabat)lah yg paling
> mencintai nabi tetapi tidak pernah menyambut maulud.
> Sekiranya maulud itu sebagai ibadah, sebagai sesuatu
> dari Sunnah, sudah tentu para sahabat lebih
> mendahului kita dlm mengerjakannya.
>
> MAnhaj ASWJ ialah tidak mendahului Allah dan
> RasulNya. Tiada perentah dr Nabi yg menyuruh
> menyambut MAulud. Yg ada ialah larangan mengadakan
> sesuatu yg baru dari syariat. Yg ada ialah larangan
> berlebihan dlm mentaati Nabi & org Alim kerana ianya
> permulaan segala bidaah dan syirik.
>
> Janganlah kita terjerumus dgn mengada-ngadakan
> syariat baru yg tiada sumbernya dari quran hadith &
> ijma' sahabat. Allah mengancam mengadakan syariat
> baru spt tertera dlm surah as-syuraa 21.
>
> Mengapakah kita tidak mengerjakan PERENTAH syariat
> yg telas jelas sumbernya dr Quran Sunnah seperti
> perentah BERJAMAAH, MENDENGAR, TAAT, BERHIJRAH dan
> BERJIHAD QITAL? dan menjauhi LARANGAN yg telah jelas
> spt SYIRIK dlm AQIDAH dan IBADAH spt apa yg
> dilakukan oleh golongan sufi tasauf sesat yg
> beri'tiqad hulul, wahdatul wujud, beribadah dgn cara
> tawasul doa kpd para wali?
>
> Dan siapkah yg sombong dan angkuh? mrk2 yg tidak
> mahu kembali kpd Quran dan sunnah dr kalangan ahli
> bidaah sufi/tasauf.
>
> Allahua'lam
> ______________________________________________
> FREE Personalized Email at Mail.com
> Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup
>
>
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online and get email alerts with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>