*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ KINI 2 May 2000 Edisi 131 27 Muharram 1421 Pekerja Tuntut Akta Gaji Minima Tidak ada para menteri. Tidak ada pemimpin-pemimpin besar kesatuan sekerja. Tetapi seribu orang pekerja telah berhimpun menyambut 1 Mei di sebuah ladang bernama Ladang Strathisila, di Cemor Ipoh. Perhimpunan Hari Buruh itu dianjurkan bersama oleh beberapa buah pertubuhan NGO, PSM dan juga parti-parti politik dari Barisan Alternatif. Pada pagi yang cerah itu, perhimpunan pekerja yang kebanyakannya dari sektor perladangan berlangsung dengan meriah. Majlis bermula jam sepuluh pagi dengan pelbagai acara seperti ucapan, pembacaan puisi, muzik dan nyayian serta tarian. Juga dipersembahkan beberapa buah drama ringkas menceritakan kisah perjuangan kaum pekerja di beberapa tempat di Malaysia ini. Kain sepanduk yang membawa tema 1 Mei tahun ini, iaitu "Pekerja Menuntut Akta Gaji Minima" telah dilepaskan ke udara bersama belon-belon yang berwarna-warni. Ia dilepaskan oleh pekerja-pekerja sendiri, bukannya para menteri atau tokoh-tokoh VIP. Dalam perhimpunan 1 Mei di Ipoh itu, tidak ada protokol rasmi. Semuanya sama, sama ada para aktivis sosial atau pun kaum pekerja. Para pekerja pelbagai kaum, dari Ipoh, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan lain telah datang dengan bas yang disewa khas, kereta, van serta bermotorsikal. Turut serta ialah para pekerja di Ladang Strathisila itu sendiri. Mereka yang sedang menghadapi masalah pengusiran dari ladang itu telah diberi penghormatan sebagai tuan rumah. Teman-teman kaum pekerja yang lain datang ke ladang itu sebagai tanda sokongan moral terhadap perjuangan mereka. Sambutan Hari Buruh di kawasan amat sederhana di tengah ladang, tidak jauh dari Tol Plaza Jelapang, Ipoh yang dikelilingi oleh Lebuhraya Utara-Selatan dan banjaran bukit dan gunung, berlangsung dengan begitu bersemangat dan keratif. Ada acara perarakan dari jalan besar masuk ke estet itu. Perarakan diiringi dengan pukulan gendang dan irama muzik. Acara seterusnya dijalankan di tanah lapang dan juga di dewan bersebelahan. Dewan di estet yang beratap asbestos dan berdinding sekerat itu amat jauh sifatnya dari Dewan Merdeka PWTC atau dewan-dewan mega lain di Kuala Lumpur. Tepat pukul 11 pagi dibacakan sepuluh tuntutan kaum pekerja. Tuntutan-tuntutan itu ialah 1.Akta gaji minima dilaksanakan, 2.Hari bekerja lima hari; 3.Cuti bersalin 90 hari, 4.Penggunaan KWSP - Biar pekerja menentukan, 5.Hak perumahan atau tanah untuk kaum pekerja, 6.Perkhidmatan kesihatan percuma dan berkualiti, 7.Hak pendidikan untuk semua, 8.Penswastaan yang membebankan rakyat dimansuhkan, 9.Hak bersuara, berhimpun dan berpersatuan dan 10.Perlindungi saksama hak pekerja asing. Demikianlah tuntut asas, malah paling asas bagi sebuah negara seperti Malaysia yang telah merdeka hampir 43 tahun! Kejayaan perhimpunan pekerja itu atas usaha dan kegigihan para pekerja dan juga aktivis masyarakat serta NGO yang telah terlibat bertahun-tahun membela nasib kaum pekerja yang teranianya itu. Misal paling jelas ialah tentang nasib para pekerja ladang Strathisila itu sendiri, di mana perhimpunan itu diadakan. Mereka adalah pekerja ladang getah. Tetapi ladang getah itu telah dijual oleh tuanpunya kepada pihak pemaju. Dengan sekelip mata para pekerja itu hilang pekerjaan dan tempat tinggal. Perbuatan majikan yang tidak adil dan tidak bertimbangrasa itu telah ditentang oleh para pekerja ladang itu. Setakat ini, mereka masih mampu bertahan. Kelihatan para pekerja itu masih tinggal di rumah-rumah kuaters di ladang itu. Tetapi pekerjaan mereka telah hilang. Mereka tidak dapat pampasan. Sebaliknya mereka diancam pengusiran pada setiap masa. Di sekeliling rumah kuaters mereka itu, kawasan bekas ladang itu sedang dibangunkan. Bukit-bukit telah gondol ditarah oleh mesin jentolak. Nasib malang para pekerja di Ladang Strathisila itu adalah contoh jelas bagaimana pembangunan telah dilakukan atas kesengsaraan rakyat biasa yang lemah dan miskin. Isu keadilan, hak untuk hidup dan hak bersuara begitu ketara sekali dituntut oleh para pekerja, terutama sekali para pekerja ladang dari kaum India. Golongan pekerja India yang miskin, terabai dan tertekan telah hadir dengan begitu ramai dalam perhimpunan 1 Mei di Ipoh itu. MIC dan Samy Vellu serta Barisan Nasional gagal memberikan keadilan kepada para pekerja ladang. Di samping itu, ramai juga para pekerja Cina, khususnya petani yang menanam sayur menceritakan nasib susah hidup mereka. Mereka berucap di atas pentas dalam bahasa Cina dan diterjemahkan oleh rakan petani di kalangan mereka ke dalam Bahasa Malaysia dan juga Tamil. Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia dalam batas-batas tertentu ternyata menjadi "lingua franca". Bahasa Inggeris langsung tidak relevan dalam perhimpunan rakyat kelas bawahan Melayu, Cina dan India itu. "Kami petani tanam sayur." Kata seorang petani Cina berucap di atas pentas dalam bahasa ibundanya. "Kami telah bercucuk tanam selama 80 tahun. Kami memohon pada kerajaan. Kami tidak minta banyak. Kami minta empat lima ekar sahaja. Tetapi kerajaan tidak bagi. Kerajaan bagi pada korporat. Bukan empat lima ekar." "Tapi kerajaan bagi sampai ratus-ratus dan ribu ekar. Perdana Menteri, Dr Mahathir baru kata suruh rakyat tanam sayur. Kami tanam sayur. Tapi sini, di Perak, kebun sayur kami mereka kasi tolak habis. Adakah ini adil?" tanya petani itu. Wakil-wakil dari PSM, PRM, PAS, dan Parti Keadilan Nasional turut dijemput memberi ucapan ringkas masing-masing bersempena perhimpunan 1 Mei itu. Tetapi pesembahan sebuah drama oleh pelajar universiti dari KL telah menangkap perhatian para hadirin di perhimpunan Hari Buruh itu. Dua orang pelakon lelaki yang masih muda dan berbakat itu telah menceritakan tentang isu kekerasan dasar sebuah kerajaan yang menggunakan undang-undang untuk menangkap dan menghukum para penentang yang berani bersuara bagi menegakkan kebenaran dan keadilan. Ada baiknya orang-orang seperti Senator Zainal Rampak, Samy Vellu, Fong Chan Onn dan para pemimpin Cuepacs, MTUC serta kesatuan sekerja lainnya sekali sekala menyertai perhimpunan pekerja seperti yang berlangsung di Ipoh pada 1 Mei ini. Tanpa rasmi-rasmian, tanpa basa-basi, para pekerja itu telah menyuarakan isu sebenar tentang nasib kehidupan mereka. Subscribe to KINI & The Malaysian __________________________________________________ Do You Yahoo!? Send instant messages & get email alerts with Yahoo! Messenger. http://im.yahoo.com/ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: si tora jebat <[EMAIL PROTECTED]>