*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt,
Di sini saya ingin memberi pendapat yg sedikit berbeza
drp pendapat Abu Az-Zuhri. Kerana saya menghormati
beliau, maka anggaplah tulisan ini sebagai muzakarah,
bukannya perdebatan.
Abu Az-Zuhri mengatakan:
-------------------------------------------------------
2. Bid'ah idafi -- Bid'ah idafi adalah bid'ah yang
ada asas pada dalil tetapi perlaksanaannya tidak
mengikut sunnah. Pelakunya boleh mengurangkan
kesempurnaan aqidah/tauhid.
Bid'ah jenis ini banyak org keliru. Ambil contoh
begini. Sembahyang sunat lepas asar. Sembahyang
sunat ada asas dlm ibadah. Tetapi tempat perlaksanaan
tidak kena pada sunnah. Zikir lepas solat(Subhanallah,
Alhamdulillah, AllahuAkbar) ada asasnya dlm sunnah
yakni secara sirr tetapi cara perlaksaan secara
berjemaah dan jahr tidak mengikut sunnah.
(Rujuk Risalah Taalim dan Syarh Risalah Taalim Li
Said Hawwa, Nazarat Fi Risalah Taalim Li Muhammad
Al-Khatib)
-------------------------------------------------------
Di sini saya mempunyai kemusykilan, dan pendapat yg
sedikit berbeza.
"Sembahyanglah kamu seperti mana aku sembahyang."
1. Hadis ini dgn terang menyuruh kita ummatnya utk
bersembahyang sebagaimana Nabi SAW. Namun sembahyang
itu merangkumi keseluruhan amalan fizikal dan zahir,
serta amalan hati dan batin. Yg fizikal spt
syarat-syaratnya, yg fardhu, yg sunat muakkad, sunat
haiah dll insyaallah, agak mudah utk diikut. Namun
dari segi hati, amatlah payah. Kita terlalu jauh
berbanding dgn Nabi dari aspek kekhusyukkan,
penghayatan dan kefahaman setiap apa yg kita lafazkan.
Itu belum dikaji pula dari aspek keikhlasan
pengabadian kita kpd Ilahi.
Solat kita belum sampai kpd tahap/makam "Sesungguhnya
solat itu boleh mencegah dari perbuatan keji dan
mungkar". Org yg banyak dalil tentang kekhusyukan
solat pun tidak tentu solatnya khusyu'. Sebab itulah
bila selesai shj kita solat, kita masih tidak
menghindarkan diri drp segala macam maksiat, baik yg
zahir mahupun yg batin.
Bagaimana kekhusyukan solat Nabi SAW dpt dipancarkan
melalui kisah sahabat yg tertusuk anak panah, di mana
sahabat tersebut telah 'lenyap' dlm solatnya sehingga
panah yg tertusuk tanpa disedari telah berjaya ditarik
keluar tanpa rasa sakit. Subhanallah, ini amat
menakjubkan.
Ini amat jauh dari kita, sebab kita solat masih lagi
berperang dgn seekor nyamuk.
Sekarang, bagaimana cara kita ingin mencontohi
kekhusyukan solat Nabi saw, agar kita dpt mematuhi spt
apa yg dikatakan dlm hadis yg tersebut diatas?
2. Apabila kita mengatakan tentang sesuatu ibadah
khusus, spt rukun Islam yg 5, maka sudah terang ia
telah dinyatakan dgn jelas dlm nas Quran, hadis, qias
dan ijmak. Jadi sesuatu penambahan atau pengurangan
itu mudah utk dinyatakan hukumnya, sama ada wajib,
sunat, makruh, haram, harus, sah ataupun batal. Bila
berlaku sebarang penambahan atau pengurangan, maka
mudah pula utk ditentukan sama ada bid'ah atau tidak.
Namun itupun tidak semudah yg dikatakan. Ie. setiap
mazhab sedikit berbeza dari segi perkara-perkara yg
membatalkan wudhu'. Begitu juga tentang bilangan
minimum utk solat Jumaat.
Sebagai contoh, kita tidak boleh mengatakan yg Saidina
Umar telah melakukan bid'ah dgn menambahkan bilangan
rakaat solat terawikh drp 8 kpd 40. Begitu juga dgn
doa qunut waktu solat subuh, mazhab lain tidak menuduh
mazhab Syafii melakukan bid'ah dgn mengatakan adanya
penambahan di situ. [Tuduhan bid'ah hanya dilakukan
oleh org yg anti-mazhab].
Bagi ibadah-ibadah umum, semestinya penetapan sesuatu
amalan itu yg dianggap bid'ah dholalah, bid'ah yg
sesat, bid'ah yg menyebabkan sipelakunya masuk neraka,
mestilah dilakukan dgn lebih berhati-hati. Ini
disebabkan nas-nas yg ada juga kebanyakannya berbentuk
umum. Kebanyakannya juga tidak ditetapkan rukun dan
syarat sah atau batalnya. Sama ada ia suruhan wajib
atau sunat. Exp. ialah zikir.
Sebagai contoh, hadis Nabi yg menerangkan bahawa
baginda beristighfar sebanyak 70 kali sehari semalam.
Maka adakah dianggap bid'ah jika kita menambahkan
bacaan istighfar melebihi 70 kali? Apa pula kedudukan
jika kita beristighfar kurang drp itu, atau tidak
beristighfar langsung dlm sehari semalam?
Kalau direnungkan, sekiranya Nabi saw yg maksum itu
beristighfar 70 kali sehari semalam, sudah
seperlunyalah kita sbgi umatnya yg terlalu banyak dosa
dan maksiat ni agar beristighfar lebih banyak drp itu,
utk mengharapkan keampunan Illahi. Tapi realitinya,
kita sendiri yg tahu ...
Begitu juga dgn bacaan Subhanallah 33x, Alhamdulillah
33x, dan Allahuakbar 33x. Apakah ada larangan
sekiranya bacaan tersebut ditambah lebih drp itu?
Adakah terus dikatakan bid'ah? Bagaimana pula
kedudukan org yg tidak membacanya langsung, yakni
membuat pengurangan pula di sini?
Adalah malang sekiranya sesuatu tuduhan bid'ah itu
dikeluarkan disebabkan kita belum menjumpai nas yg
berkaitan. Lebih-lebih lagilah kalau tuduhan itu hanya
berdasarkan kpd kejahilan semata-mata (bukannya Abu
Az-Zuhri ataupun Ust. Said Hawa).
Sebagai contoh, berkaitan dgn zikir selepas solat
secara kuat dan ramai-ramai:
a. Dari Ibnu Abbas ra katanya:
"Sesungguhnya zikir dgn suara keras setelah selesai
solat wajib adalah biasa pada masa Rasulullah saw".
Kata Ibnu Abbas lagi, "Aku segera tahu bahawa mereka
telah selesai solat kalau suara mereka membaca zikir
telah kedengaran". - Sahih Muslim
b. Dari Kaab bin 'Ujrah, dari Rasulullah saw sabdanya,
"Ada satu amal tiap-tiap sesudah solat wajib yang
tidak merugikan orang-orang yang mengamalkannya, ialah
: tasbih 33X, tahmid 33x dan takbir 34x." - Sahih
Muslim.
Sebenarnya banyak lagi hadis yang menganjurkan zikir
selepas solat didlm sahih bukhari, muslim dan
kitab-kitab sahih lain. Adakah sebab kita sendiri yg
belum menjumpainya, maka dgn mudah amalan spt zikir
beramai-ramai secara keras (terang) itu dikatakan
bid'ah yg boleh mengurangkan kesempurnaan aqidah dan
tauhid?
Maka begitulah juga dgn ibadat-ibadat umum yg lain
spt:
1. Bacaan tahlil, talqin dsb
2. Majlis maulid nabi, barzanji saw dan seumpamanya
3. Bacaan salawat ketika solat terawih
Apakah semua itu diluar lingkungan syariat Islam?
Apakah semua itu dikatakan sbgi penambahan kpd syariat
Islam?
Apakah semua itu amalan tercela?
Apakah semua itu bid'ah dholalah yg sesat dan membawa
kpd neraka?
Maaf cakaplah, hanya golongan Wahabi dan anti-tareqat
shj [bukan Abu az-Zuhri] yg sewenang-wenang mengatakan
"YA" bagi semua soalan di atas dgn hanya beralaskan
'Nabi tak buat'.
Wallahu'alam.
--- Abu Az-Zuhri <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Assalamualaikum warahmatullah,
>
> Utk memperbahaskan isu ini, rujuk semula matan
> hadith berkenaan. Boleh dikatakan semua kitab hadith
> (sunnah sittah) ada menyebut hadith ini.
>
> Definisi bid'ah dari syarak ialah mengada-adakan
> sesuatu perkara yang baru di dlm agama samada dari
> segi aqidah atau ibadah.
>
> Dari segi bahasa, mengada-adakan sesuatu perkara
> baru samada aqidah, ibadah, muamalat atau keduniaan.
> Ciptaan-ciptaan baru seperti kapal terbang, kereta,
> telefon, yang berhubung dengan urusan
> muamalat/keduniaan dimasukkan dalam kategori bid'ah
> dari segi bahasa. Dari segi syarak, inovasi baru ini
> tidak termasuk dlm bid'ah yg dilarang.
>
> Banyak ulamak membahaskan serta membahagikan bid'ah.
> Saya ambil perbahasan imam As-Syahid Hassan Al-Banna
> , Muhammad Al-Khatab dan Al-Marhum Said Hawwa.
> Bid'ah dibahagikan kpd bhgn berikut:
> 1. Bid'ah haqiqi -- Bid'ah haqiqi melibatkan akidah.
> Pelakunya boleh merosakkan aqidahnya sendiri.
> Bid'ah ini rasanya semuanya faham dan jelas.
>
> 2. Bid'ah idafi -- Bid'ah idafi adalah bid'ah yang
> ada asas pada dalil tetapi perlaksanaannya tidak
> mengikut sunnah. Pelakunya boleh mengurangkan
> kesempurnaan aqidah/tauhid.
> Bid'ah jenis ini banyak org keliru. Ambil contoh
> begini. Sembahyang sunat lepas asar. Sembahyang
> sunat ada asas dlm ibadah. Tetapi tempat
> perlaksanaan tidak kena pada sunnah. Zikir lepas
> solat (Subhanallah, Alhamdulillah, AllahuAkbar) ada
> asasnya dlm sunnah yakni secara sirr tetapi cara
> perlaksaan secara berjemaah dan jahr tidak mengikut
> sunnah.
> (Rujuk Risalah Taalim dan Syarh Risalah Taalim Li
> Said Hawwa, Nazarat Fi Risalah Taalim Li Muhammad
> Al-Khatib)
>
> Pendapat saya, Sunnah adalah datang dari Nabi dan
> khulafa ar-rasyidin dgn cara Nabi dan khulafa
> ar-rasyidin buat spt yg disebut Hadith yg masyhur
> "Sembahyanglah kamu seperti mana aku sembahyang."
> dan "Berpegang teguhlah kepada sunnahku dan khulafa
> ar-rasyidin."
>
> Untuk lebih adil, rujuk buku Al-Asbah Wan Nazair
> karangan As-Suyuti. Dalam kitab tersebut, menyatakan
> kaedah-kaedah usul fiqh menurut perspektif fiqh
> Syafie. Di sana (kitab tersebut) ada menyebut kaedah
> berikut:
> "al-aslu fil-�ibaadaat al-hadhru illaa maa waradah
> �anish-shaari� tashrii�ahu, wal-aslu fil-�aadaat
> al-ibaahaa illaa maa waradah �anish-shaari�
> tahriimahu" -- Asal ibadat adalah haram kecuali yang
> disyariatkan dan asal adat dan resam adalah harus
> kecuali ada dalil yg mengatakan ia haram.
>
> (Selamat membaca kitab tersebut)
>
> Wassalam.
>
>
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send instant messages & get email alerts with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>