*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam~

Bila kita bercakap tentang Nama dan Sifat Allah, ianya mesti didasari dan disandarkan 
kpd dalil/nas quran & sunnah.

Keterangan yg mengatakan "Allah berada dimana jua kamu berada" itu hendaklah 
disertakan dengan dalil quran & sunnah yg menguatkan keterangan itu.

Allahua'lam, Wslm

------Original Message------
From: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>

Salam

Sekali lagi suka saya menegaskan di sini bahawa Kitabullah adalah Kalamullah yang 
Qadim di sisi Allah. Allah menurunkan KitabNya sebagai HIdayah, Nur atau Petunjuk 
kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Setiap orang yang Allah kurniakan Petunjuk tidak sama pemahamannya berkenaan kandungan 
Kitabullah. Ada yang sedikit kefahamannya, ada yang banyak dan ada yang terlalu banyak 
(kefahaman melalui Petunjuk). Orang yang sedemikianlah yang dimaksudkan sebagai fakih, 
iaitu orang yang Allah SWT kurniakan Hikmat (keberuntungan dan kebajikan yang amat 
banyak). Di sini menunjukkan kefahaman sesaorang itu tidak sama malahan bertahap-tahap
atau berperingkat-peringkat. Begitu juga Iman sesaorang. Tidak sama, malahan 
berbeza-beza.

Sdr. Ibn Muhajir berpegang kepada Ayat yang Allah berada di Langit ke 7. Hal ini 
kerana ada dalilNya. Jadi ada alasan sdr. ibn muhajir untuk berpegang , iaitu 
berpegang kepada dalil.

Tetapi jika berpegang kepada dalil Quran, keterangan berkenaan Allah ini ada banyak 
Ayat mengenainya. Takkanlah Ayat itu kontradik antara satu sama lain, melainkan 
Petunjuk ALlah sahaja yang belum sampai kepada kita.

Kerana Allah menerangkan orang yang berTakwa itu adalah orang yang percaya kepada Alam 
Ghaib...(Al Baqarah : 3). Allah berada dimana jua kamu berada itu sesiapa yang Allah 
beri faham dengan Petunjuknya itu fahamlah. Sesiapa yang belum faham lalu memahamkan 
sebagaimana kefahaman puak Wujudiyah dan sebagainya yang sesat itu sesatlah. Kerana 
puak ini masih memahamkan Allah itu bertempat dan bersuku atau bersekutu.

Kita wajib memohon Petunjuk Allah untuk memahamkan Ayat-Ayat Allah secara menyeluruh 
bukannya mengambil atau memetik satu Ayat dan meninggalkan Ayat yang lain. Nanti akan 
berlaku kontradik antara satu sama lain.

Tetapi sekiranya kita masih tidak faham tentang Ayat Allah, masih bertaklid lagi 
kepada orang lain, macam mana mahu beriqtiqad yang sempurna. Akidah yang sempurna 
pula, terbit dari iktiqad yang betul, bukannya taklid. Demikian juga ibadah yang 
syumul, terbit dari akidah yang jazam. Kesemua ini tidak dapat dicapai melalui bacaan, 
pendapat orang lain, buku dan kitab tulisan orang lain , melainkan dengan kurnia, 
petunjuk, hidayah,
bimbingan dan tuntunan Allah.

Dalam Kitab Allah, ada menyebutkan ada bukit, ada gunung, ada padang pasir, ada unta, 
ada pokok zaitun, ada langit, ada bumi. Mana barang itu semua? Tetapi yang terlebih 
penting dan awla ialah kitab Allah menegaskan ADA Allah, kenapa tidak cari dan kenal 
sungguh-sungguh?

Kita asyik bertengkar pendapat orang lain, kata orang lain dan sebagainya, kewajipan 
masing-masing terhadap Tuhannya, beriktiqad, berakidah dan beribadah sudahkah 
sempurna, sah dan sampai diterimaNya. Ini yang lebih penting.

Dalil yang mengatakan orang berIman semua sudah jelas dalam Kitabullah.
Pernahkah kita mencapai "Apabila disebut nama Allah gementarlah hati kita". "Beroleh 
kejayaanlah orang yang berIman iaitu yang Kyusuk dalam solatnya..."
"Beribadahlah kamu kepada Allah seolah-olah kamu melihat Allah..."
"Bermula Islam itu ialah engkau menyaksikan tiada Tuhan melainkan Allah..." (Hadis).

Berbalik kepada Iman dan Islam, sebenar-benarnya, sebenar-benar Iman dan Islam itu 
ialah di sisi Allah. Bukan di sisi manusia, di sisi kitab, di sisi ulama dan 
sebagainya.


Salam.
______________________________________________
FREE Personalized Email at Mail.com
Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke