*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jika saya suka memuji-memuji mahathir dan pembangunan yang mahathir 
tunaikan, mengkhabarkan berita mengenai kebaikan UMNO dan seumpamanya, 
sudah tentu sdr akan kata saya ini orang umno. Jika saya mengutuk 
tindakan-tindakan tertentu yang mahathir buat, menegur orang umno, dan 
sebagainya, tentu sdr kata saya ini dari pihak pembangkang.

Jika saya menyokong pihak A, sudah tentu saya akan menjadi jurucakap dan 
mempertahankan pihak A. Sebaliknya jika saya duduk dalam pihak A tetapi 
bercakap menyokong pihak B dan menentang pihak A pula, ada beberapa 
kesimpulan yang boleh di buat di sini :
- saya ini talibarut pihak B
- saya ini pengintip dari pihak B
- saya ini adalah ejen pihak B, yang mahu merosakkan pihak A dari dalam 
iaitu dengan memecah belahkan pihak A
Pendek kata saya ini akan dianggap bukan orang dari pihak A.

Jika seseorang itu mengaku ia beriman kepada Allah s.w.t dan hari 
akhirat, adakah mungkin ia akan menghina Islam dalam apa bentuk 
sekalipun, walaupun di dalam hati ?

Adakah seorang itu pembela Islam jika dia secara terang-terangan dan 
terus menerus menghina Islam (dari segi perundangan Islam, sistem 
kemasyarakatan, ekonomi, ibadah, peradaban, kebudayaan dan sebagainya) 
secara terbuka ?

Apakah seorang itu masih Islam, jika dia memperlekehkan Al-Quran dan isi 
yang terkandung di dalam Al-Quran ? Kita beriman bahawa Al-Quran itu 
datangnya dari Allah s.w.t Yang Maha Bijaksana, Yang Maha Mengetahui, 
Yang Maha Kuasa, yang menciptakan kita dan alam ini. Jika Al-Quran dan 
isinya diperlekehkan oleh seseorang, secara TERANG-TERANG orang itu 
menganggap dirinya lebih bijak dari Allah s.w.t yang menjadikan dirinya.

Adakah seorang itu Islam, jika datang sekumpulan kecil dari umat Islam 
(pelarian) yang datang meminta perlindungan kepadanya dari kejahatan 
musuh-musuh Islam, kemudian orang itu menyerahkan pelarian itu kepada 
musuh-musuh mereka (musuh-musuh Islam) dan kemudian musuh-musuh mereka 
membunuh mereka. Apakah membela orang-orang yang zalim itu itu adalah 
kerja orang Islam ?

Adakah seorang itu beriman kepada Allah s.w.t, jika dia menyamakan 
darjat Allah s.w.t Yang Maha Mulia dengan darjat manusia yang hina ?

Adakah seorang itu Islam jika dia menghalang guru-guru agama dari 
mengajar ilmu-ilmu agama dan memberi kesedaran dalam beragama kepada 
ahli-ahli di kariahnya ?

Adakah seorang itu beriman kepada Allah s.w.t jika dia 
mempersendakan-sendakan rasul-rasul utusan Allah ?

Adakah seorang itu beriman kepada Allah dan beriman kepada 
Rasul-rasul-Nya, jika dia menghina sunnah Nabi Muhammad s.a.w ?

Adakah seorang itu beriman kepada Allah dan beriman kepada hari akhirat, 
jika dia mengatakan jika hukum hudud dilaksanakan maka ramailah umat 
Islam yang kudong tangan dan kaki ?

Adakah seorang itu Islam jika dia menjalinkan persahabatan dengan 
musuh-musuh Islam yang disebut secara jelas dalam Al-Quran dan kemudian 
dia mencela Al-Quran dengan dakwaan ketinggalan zaman ?

Apakah seorang itu Islam jika dia sendiri menindas umat Islam dan sering 
menyebelahi bukan Islam ?

Apakah seorang itu Islam jika dia membiarkan golongan anti-hadis 
bermaharaja lela mencemarkan kesucian Islam ?

Apakah seorang itu Islam jika dia mefitnah ulama-ulama, para sahabat 
mempergunakan Islam bagi kepentingan peribadi ?

Saya tidak menyokong kerja melaknat (jauh dari rahmat Allah s.w.t) 
kerana itu hak Allah s.w.t . Jangan kita melaknat sesiapa kerana takut 
laknat itu kembali kepada mereka yang melaknat.

Jika mahathir sesuatu kebaikan, sudah tentu dia patut dipuji ? Tetapi 
jika mahathir melakukan sesuatu kejahatan, apakah dia patut dia dipuji 
juga ? Jika kejahatan mahathir mencemarkan kesucian Islam, apakah patut 
dia dipuji juga ? ATAU apakah patut di biarkan sahaja ? Dapatkah kamu 
membezakan sesuatu kesalahan kecil dengan kesalahan yang besar. Mana 
maruah kamu jika kamu ini dari kalangan umat Islam ?

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Celakalah kedua belah tangan Abi 
Lahab dan dia telah binasa. Tida bermanafaat baginya harta-bendanya dan 
apa-apa yang diusahakannya. Dia akan memasuki neraka yang 
bernyala-nyala, dan perempuannya yang mengangkut kayu api. Dilehernya 
(diikatkan) tali yang dipilin." - Surah Al-Lahab 1-5

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Allah tiada mengasihi mengeraskan 
perkataan yang jahat, kecuali (bagi) orang yang teraniaya. Allah Maha 
Mendengar, lagi Maha Mengetahui" - Surah An- Nisak 148

Jika umat Islam tidak mahu mempertahankan agama Islam, adalah mudah bagi 
Allah mengantikan mereka dengan umat yang baru. Umat yang baru ini akan 
berjuang dan mempertahankan agama Allah. Ini janji Allah s.w.t. Ada 
sapa-sapa boleh bacakan ayat Al-Quran yang dimaksudkan ini dengan lengkap.


Wallhualam

Imran Selamat wrote:
> 
> adakah tuan tuan semua mengatakan mahathir itu sudah kafir lalu boleh 
> dilaknat? Adakah laknat melaknat dan mencelakakan orang ini kerja orang 
> Islam?
> 
> 
> >From: "Web 7" <[EMAIL PROTECTED]>
> >To: "Pemburu Syahid" <[EMAIL PROTECTED]>, 
> ><[EMAIL PROTECTED]>,        <[EMAIL PROTECTED]>
> >Subject: Re: H-Net* CELAKA berkekalan utk Mahathir & UMNO
> >Date: Sun, 7 May 2000 02:19:43 +0800
> >
> >
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >Bila mahathir mencela Islam, menghina Islam, merendah-rendahkan martabat
> >Islam, menrendah-rendahkan Al-Quran dan merendahkan darjat Allah swt yang
> >Maha Mulia, tak siapa pun ambik kisah. Macam pekara biasa saja, maklumlah
> >mahathir dah tua nyanyok.
> >
> >Sebagai contoh paling dekat, sila rujuk balik ucapan mahathir sempena Maal
> >Hijrah. Apa yang dia kata ? Apakah kerana dia dikatakan bijak pandai, kita
> >tidak boleh pertikaikan pendapat dia ? Cuba fahamkan petikan teks di bawah
> >dengan akal yang waras, baca 10 kali jika perlu :
> >
> >"Ada yang berpendapat bahawa jika Nabi tidak berhijrah sekali pun, Allah
> >s.w.t akan menentukan agama Islam berkembang juga. Kita yakin bahawa agama
> >Islam akan dikembangkan oleh Allah s.w.t tetapi hakikatnya ialah nabi
> >berhijrah dan tentulah ada sesuatu pengajaran yang dikehendaki oleh Allah
> >s.w.t" - teks ucapan mahathir sempena Maal hijrah 1421.
> >
> >Ada sapa yang faham cakap lidah berbelit ini ? Nabi berhijrah adalah kerana
> >perintah Allah bukan kerana sebab musabab. Kita bersolat kerana kita
> >menunaikan menjunjung perintah Allah s.w.t bukan kerana sebab bersebab. 
> >Kita
> >berpuasa kerana kita mahu patuh kepada perintah Allah. Kita menunaikan 
> >zakat
> >dan kita pergi menunaikan fardu Haji kerana itu perintah dari Allah s.w.t.
> >Kita mahu menjadi hamba Allah dalam erti kata, kita mahu mengabdikan diri
> >kepada Allah s.w.t dan bukan kerana sebab bersebab, hikmah dan sebagainya.
> >
> >Maha Suci Allah s.w.t dari segala kekurangan. Allah s.w.t tidak memerlukan
> >pertolongan hambaNya untuk melakukan sesuatu. Jika Allah s.w.t berfirman
> >"Jadilah ia", maka jadilah sesuatu pekara. Allah s.w.t memerintahkan kita
> >untuk melakukan sesuatu ibadah adalah untuk menguji siapakah di antara kita
> >yang taat dan siapa pula yang derhaka. Subhanallah.
> >
> >Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Katakanlah : 'Sesungguhnya sembahyang
> >ku, ibadahku, hidupku dan matiku, (aku persembahkan) untuk Allah, Tuhan
> >seluruh alam" - Al-An'am 162.
> >
> >Lihatlah bagaimana mahathir meletakkan darjat Allah s.w.t yang Maha Tinggi
> >dalam petikan ayat di atas. Patutkah agama Islam dikembangkan oleh Allah
> >s.w.t ? Tahukah sdr/i, kenapa tak patut ? Cuba fikirkan. Patutkah darjat
> >Allah s.w.t yang Maha Mulia disamakan dengan manusia yang hina ?
> >
> >Bukan ini sahaja penghinaan mahathir terhadap umat Islam secara terbuka,
> >kita sudah lihat bagaimana hukum Allah s.w.t dipersenda, Al-Quran
> >diperlekahkan, ugama dan kehidupan cuba dipisahkan, sunnah Nabi dicela, dan
> >banyak lagi. Apakah kita tidak peka ?
> >
> >Tapi yang peliknya, setiap kali bila mahathir dicela ada pula manusia yang
> >menjadi pembela... menyuruh orang lain berbaik sangka, menyuruh orang lain
> >menghentikan celaan kepada mahathir dan lain-lain tindakan yang 
> >seumpamanya.
> >Kenapa bila mahathir melanyak maruah umat islam dengan sehina-hinanya,
> >mereka tidak peka pun ? Begitu juga, tiada siapa pun dapat bertindak
> >apa-apa, tiada sesiapa pun sanggup buat demontarsi ?
> >
> >Jika mahathir sesuatu kebaikan, sudah tentu dia patut dipuji ? Tetapi jika
> >mahathir melakukan sesuatu kejahatan, apakah dia patut dia dipuji juga ?
> >


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Web 7 <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke