*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt,

Tarikh : 6 Mei 2000

Web 7 telah mengemas kini laman web. Berikut adalah beberapa artikel yang
menarik untuk kali ini :

a) GetRight
Getright adalah salah sebuah program pengurus download yang terbaik. GetRight
adalah perisian shareware. Getright mempunyai kebolehan untuk mencari mirror
bagi sesuatu fail yang didownload dan download sehingga empat bahagian dari 4
mirror yang berlainan. Seperti pengurus download yang lain, Getright dapat
membolehkan anda menangguh download, menyambung proses download yang terhenti
akibat talian terputus atau sesak dan banyak lagi.

b) ZoneAlarm
Jika anda risau akan keselamatan PC anda ketika melayari Internet, ada baiknya
jika anda mengunakan ZoneAlarm. ZoneAlarm adalah sebuah program kawalan
keselamatan Internet. Ia terdiri dari proxy server, pengawal perisian yang
cuba mencapai Internet, kawalan pencerobohan dan banyak lagi. Satu
keistimewaan ZoneAlarm ialah ia adalah perisian freeware (untuk kegunaan
peribadi sahaja).

c) Xdrive
Pernahkah anda menghadapi masalah pengkongsian data antara komputer ? Anda
memerlukan banyak disket 1.44Mb untuk memindahkan sesuatu fail dari satu
tempat ke satu tempat yang lain. Satu kaedah yang lebih mudah ialah dengan
menggunakan pemacu harddisk maya. Di sini kita mengunakan perkhidmatan
Intranet di mana hanya mereka yang mendapat kebenaran anda sahaja yang boleh
mencapai dan berkongsi sesuatu dokumen dalam drive maya. Drive maya juga boleh
digunakan bagi kegunaan backup fail-fail atau dokumen penting.

d) Arahan DOS, bahagian ke 2
Kali ini kita akan berkenalan dengan beberapa lagi arahan DOS iaitu FORMAT,
FDISK, SYS, ATTRIB,SCANDISK, DISKCOPY dan EDIT.

e) Senarai Enjin Carian dikemas kini
Kali ini Web 7 menambah dua enjin carian tempatan yang popular dan
dikendalikan dalam Bahasa Melayu. Jika anda seorang webmaster, jangan lupa
untuk mempromosikan laman web anda di sini. Sebaliknya jika anda ingin mencari
sesuatu bahan atau maklumat dalam Bahasa Melayu, jangan lupa mencari maklumat
tersebut di sini.

URL homepej Web 7 : http://buku.virtualave.net/

Untuk memudahkan anda ke laman ini, sila masukkan URL ini ke dalam bookmark
browser kegemaran anda.


Sekian harap maklum,

Terima kasih

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<< Signature >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Mengenai Web 7
==============
Web 7 adalah sebuah laman web yang memberikan pelbagai panduan mengenai
software, hardware, sistem operasi, permainan video games, dan berita
teknologi semasa. Web 7 juga menyediakan pelbagai link ke laman web OEM,
driver hardware, gedung perisian, enjin carian, keselamatan komputer dan
banyak lagi. 

Selain itu Web 7 juga menerbitkan buku panduan pembinaan laman web peribadi,
dan perisian penukaran tarikh masihi ke hijrah yang dinamakan "Taqwim Hijrah
2000". Web 7 juga menyediakan pelbagai freestuff untuk webmaster-webmaster
laman web yang berunsur kerohanian seperti koleksi bacaan basmalah, bacaan
al-quran, gambar latar geomatri, dan sebagainya.

Objektif Web 7
==============
Laman Web 7 adalah laman web sokongan kepada pembaca buku terbitan Web 7 dan
sebagai salah satu cara bagi Web 7 untuk bersedekah ilmu pengetahuan kepada
muslimin dan muslimat yang memerlukan bantuan.

URL Web 7
=========
Homepej : http://buku.virtualave.net/
Perisian Komputer : http://buku.virtualave.net/software/
Perkakasan Komputer : http://buku.virtualave.net/hardware/
Sebutharga komponen PC :
http://buku.virtualave.net/hardware/sebutharga-1.shtml
Sistem Operasi Komputer : http://buku.virtualave.net/os/
Windows : http://buku.virtualave.net/os/win9x.shtml
Linux : http://buku.virtualave.net/os/linux.shtml
Buku : http://buku.virtualave.net/buku/
Link : http://buku.virtualave.net/link.shtml

____________________________________________________________________
Get free email and a permanent address at http://www.netaddress.com/?N=1

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Web 7 Publication <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke