*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Hmmm, dalam sedar tak sedar, banyak juga rupanya berita2 jihad mutakhir yang
berlaku di sekeliling kita; tak jauh pun cuma dua tiga tanak nasik saja dari
kampung halaman kita:
1. 200 orang Angkatan Jihad ASWJ dari Indonesia sudah pun berlepas ke Ambon
dua tiga hari lepas; pemergian mereka ke sana diiringi dengan kawalan beberapa
buah kapal perang/ bot Polis Indonesia. Berita mutakhir menyatakan ada hampir
3000 orang lagi masih terkandas di Surabaya kerana ketiadaan perkhidmatan Feri
untuk ke Malaku. Mereka kini sedang menunggu buat sementara di asrama-asrama
sekitar Surabaya. Mereka yang sudah berjaya mencecah kaki ke Maluku
dikhabarkan kini menetap dan berkawal di masjid-masjid di sana.
2. Sekumpulan Angkatan Mujahid Acheh dari GAM telah menyerang hendap satu
konvoi lori & bas askar di Acheh, menyebabkan kecederaan di pihak tentera.
Tidak ada maklumat terbaru setakat ini; tetapi bagi mereka yang berminat, dan
ingin merasa nostalgia tragedi Memali, ada baiknya cubalah ikuti perbicaraan
terhadap askar2 yg dituduh membunuh dan menyembelih seorang Tok Guru dan
berpuluh-puluh orang pengikutnya di Acheh beberapa tahun lalu.
3. Di belantara Pattani, telah berlaku satu pertempuran antara angkatan
Mujahid Pattani dengan angkatan tentera Siam; 3 mujahid telah pun orang gugur
syahid dan seorang cedera parah. Tidak pasti pula kecedaraan atau kematian di
pihak tentera. Untuk yg tidak tahu, pejuang2 Pattani ini adalah sebahagian
daripada ranting2 sejarah yang terus berjuang untuk menegakkan fatwa ulamak
silam yang menyatakan bahawa adalah satu fardu ain untuk setiap ummat Islam di
sana berjuang untuk membebaskan diri mereka dari pemerintahan penjajah. Saya
tidak berapa tahu sangat mengenai perjuangan mereka ini, cumanya kita belum
pernah dengar ada mana-mana pihak yang menarik balik fatwa ini seperti mana
juga dengan fatwa Iran terhadap kepala Salman Al-Rushdie.
4. Di Filipina pula, telah berlaku satu pertempuran sengit antara pihak
tentera dan kumpulan Abu Sayyaf di Pulau Sipadan; 13 orang tentera Filipina
terbunuh dan 3 orang Mujahid Abu Sayyaf gugur syahid. Berita Harian hujung
minggu lalu pula melapurkan kenyataan tentera Filipina yang buat pertama
kalinya menyatakan secara terbuka bahawa MILF bekerjasama dengan Abu
Sayyaf....satu kenyataan yang besar implikasinya kepada perkembangan "Perang
Jihad" di Filipina.
Orang mungkin bertanya, benarkan perang di Filipina ini boleh dikategorikan
sebagai "Perang Jihad"?
Wallah hu aklam, sebab kita cuma mengupas dari sudut akademik, sekadar
berkongsi pendapat, kita sendiri tak pasti, tapi one thing for sure, satu
benda yang saya pasti dan boleh tulis dengan penuh yakin di sini ialah:
"Utusan Malaysia 8/5/2000 menyiarkan gambar Estarada sedang menganugerahkan
pingat SALIB EMAS kepada salah seorang tenteranya yang sedang terbaring di
hospital akibat serangan tentera Abu Sayyaf!!"
SALIB EMAS????
Cuma sikit saja lagi nak tambah; apakah kisah-kisah jihad semasa yg dipaparkan
di atas, menandakan bahawa Islam sedang bangkit di Nusantara atau pun
cerita-cerita jihad di atas sebenarnya melambangkan bahawa Islam sedang
dicengkam oleh puak-puak munafikun dan kafirun di serata dunia.....dan kita di
sebelah Timur ini juga tidak terkecuali...?
Akhukum fil-Islam,
Ahmad Baharudin Kasbi
p.s: berita2 di atas diperolehi dari s/khabar tempatan, internet dan email2 yg
dihantar kpd saya secara peribadi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>