*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Sani Norku wrote:

> Sebelum Rahman menjual pula nama Syeikh Ibnul Hajar
> Al-Asqalani, di sini saya sertakan kisah-kisah Nabi
> Khidir yg merupakan terjemahan dari kitab karangan
> beliau.
>
> Dipetik dari laman Darul Nuqman
> http://www.darulnuman.com/coretan/coretan24.htm
>
> Walaupun ada hadis yg didhaifkan, tetapi itu tidak
> bermakna bahawa Nabi Khidir telah wafat. Sebab itu,
> saya telah katakan terlebih dahulu, bahawa soal Nabi
> Khidir masih hidup atau telah wafat bukan soal pokok
> ASWJ. [Tak tahulah kalau mazhab Wahabi menjadikannya
> soal pokok yg boleh merosakkan aqidah seseorg].

Nampak sangat tak baca buku tu.  Jelas Imam Ibnu Hajr menukilkan
pendapat Imam Bukhari dan Muslim berkenaan dengan kewafatan Nabi Khidir
dan Ibnu Hajr JELAS menyokong pendapat sedemikian.

Berbohong atas nama Nabi kalau bukan soal AKIDAH saya tak tahulah!!!.

> So, kalau nak kata Nabi Khidir telah wafat pun tak
> apa. Setiap manusia akan merasai mati.
> Sesiapa yg nak katakan bahawa baginda masih hidup pun
> tak mengapa. Banyak kisah spt dibawah yg menyokongnya.
>
> YG TAK BOLEH IALAH MENIDAKKAN SESUATU YG TIDAK
> MUSTAHIL DGN CARA EGO, SERTA DGN CARA MEMBUAT
> TUDUHAN-TUDUHAN CELUPAR YG PENUH KELENTONG SPT YG
> DILAKUKAN OLEH SI RAHMAN.

Apa dia yang kelentong Sani oii???.


>
>
> ---KatakanTidakPadaWahabi---Kisah Nabi Khidir
> =================
> Takziah kepada keluarga Rasulullah SAW
> ======================================
> Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dalam kitab Tafsir:
> “Bercerita kepadaku ayahku, yang didengarnya dari
> Abdul Aziz Al-Ausiy, dari Ali bin Abu Ali, dari Jakfar
> bin Muhammad bin Ali bin Husain, dari ayahnya, katanya
> Ali bin Abi Talib berkata:
> “Ketika wafat Rasulullah SAW, datanglah ucapan
> takziah. Datang kepada mereka (keluarga Nabi SAW)
> orang yang memberi takziah. Mereka mendengar orang
> memberi takziah tetapi tidak melihat orangnya. Bunyi
> suara itu begini: ‘Assalamu Alaikum Ahlal Bait
> Warahmatullahi Wabarakatuh. Setiap yang bernyawa akan
> merasakan mati. Hanyasanya disempurnakan pahala kamu
> pada hari kiamat. Sesungguhnya dalam agama Allah ada
> pemberi takziah bagi setiap musibah, bagi Allah ada
> pengganti setiap ada yang binasa, begitu juga
> menemukan bagi setiap yang hilang. Kepada Allah-lah
> kamu berpegang dan kepada-Nya mengharap. Sesungguhnya
> orang yang diberi musibah adalah yang diberi ganjaran
> pahala.”
>
> Berkata Jakfar: “Bercerita kepadaku ayahku bahawa Ali
> bin Abi Talib ada berkata:
> “Tahukah kamu siapa ini? Ini adalah suara Nabi
> Khidir.”
> Berkata Muhammad bin Jakfar: “Adalah ayahku, iaitu
> Jakfar bin Muhammad, menyebutkan tentang riwayat dari
> ayahnya, dari datuknya, dari Ali bin Abi Talib bahawa
> datang ke rumahnya satu rombongan kaum Quraisy
> kemudian dia berkata kepada mereka: “Mahukah kamu aku
> ceritakan kepada kamu tentang Abul Qasim (Muhammad
> SAW)?”
> Kaum Quraisy itu menjawab: “Tentu sahaja mahu.”
>
> Ali bin Abi Talib berkata: “Jibril Alaihis salam
> pernah berkata kepada Rasulullah SAW: “Selamat
> sejahtera ke atas kamu wahai Ahmad. Inilah akhir
> watanku (negeriku) di bumi. Sesungguhnya hanya
> engkaulah hajatku di dunia.” Maka tatkala Rasulullah
> SAW wafat, datanglah orang yang memberi takziah,
> mereka mendengarnya tetapi tidak melihat orangnya.
> Orang yang memberi takziah itu berkata: “Selamat
> sejahtera ke atas kamu wahai ahli bait. Sesungguhnya
> pada agama Allah ada pemberi takziah setiap terjadi
> musibah, dan bagi Allah ada yang menggantikan setiap
> ada yang binasa. Maka kepada Allah-lah kamu berpegang
> dan kepada-Nya mengharap. Sesungguhnya orang yang
> diberi musibah adalah yang diberi ganjaran pahala.”
> Mendengar yang demikian Ali bin Abi Talib berkata:
> “Tahukah kamu siapa yang datang itu? Itu adalah
> Khidir.”
>
>     Berkata Saif bin Amr At-Tamimi dalam kitabnya
> Ar-Riddah, yang diterimanya dari Sa’id bin Abdullah,
> dari Ibnu Umar mengatakan: “Ketika wafat Rasulullah
> SAW, datanglah Abu Bakar ke rumah Rasulullah. Ketika
> beliau melihat jenazah Rasulullah SAW, beliau berkata:
> “Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun.” Kemudian beliau
> bersama sahabat-sahabat yang lain menyembahyangkan
> jenazah Rasulullah SAW. Pada waktu mereka
> menyembahyangkan jenazah Rasulullah SAW, mereka
> mendengar suara ajaib. Selesai solat dan mereka pun
> semuanya sudah diam, mereka mendengar suara orang di
> pintu mengatakan: “Selamat sejahtera ke atas kamu
> wahai Ahli Bait. Setiap yang bernyawa akan merasakan
> kematian. Hanyasanya disempurnakan pahala kamu pada
> hari kiamat. Sesungguhnya pada agama Allah ada
> pengganti setiap ada yang binasa dan ada kelepasan
> dari segala yang menakutkan. Kepada Allah-lah kamu
> mengharap dan dengan-Nya berpegang. Orang yang diberi
> musibah akan diberi ganjaran. Dengarlah itu dan
> hentikan kamu menangis itu."
>
>     Mereka melihat ke arah suara itu tetapi tidak
> melihat orangnya. Kerana sedihnya mereka menangis
> lagi. Tiba-tiba terdengar lagi suara yang lain
> mengatakan: “Wahai Ahli Bait, ingatlah kepada Allah
> dan pujilah Dia dalam segala hal, maka jadilah kamu
> golongan orang mukhlisin. Sesungguhnya dalam agama
> Allah ada pemberi takziah setiap terjadi musibah, dan
> ada pengganti setiap ada yang binasa. Maka kepada
> Allah-lah kamu berpegang dan kepada-Nya taat.
> Sesungguhnya orang yang diberi musibah adalah orang
> yang diberi pahala.” Mendengar yang demikian itu
> berkata Abu Bakar: “Ini adalah Khidir dan Ilyas.
> Mereka datang atas kematian Rasulullah SAW.”
>
>     Berkata Ibnu Abu Dunia, yang didengarnya dari
> Kamil bin Talhah, dari Ubad bin Abdul Samad, dari Anas
> bin Malik, mengatakan: “Sewaktu Rasulullah SAW
> meninggal dunia, berkumpullah sahabat-sahabat beliau
> di sekeliling jenazahnya menangisi kematian beliau.
> Tiba-tiba datang kepada mereka seorang lelaki yang
> bertubuh tinggi memakai kain panjang. Dia datang dari
> pintu dalam keadaan menangis. Lelaki itu menghadap
> kepada sahabat-sahabat dan berkata: “Sesungguhnya
> dalam agama Allah ada pemberi takziah setiap terjadi
> musibah, ada  pengganti setiap ada yang hilang.
> Bersabarlah kamu kerana sesungguhnya orang yang diberi
> musibah itu akan diberi ganjaran.”
>
>     Kemudian lelaki itu pun menghilang daripada
> pandangan para sahabat. Abu Bakar berkata: “Datang ke
> sini lelaki yang memberi takziah.” Mereka memandang ke
> kiri dan kanan tetapi lelaki itu tidak nampak lagi.
> Abu Bakar berkata: “Barangkali yang datang itu adalah
> Khidir, saudara nabi kita. Beliau datang memberi
> takziah atas kematian Rasulullah SAW.”
>
>     Dari tadi sudah banyak kita lihat ucapan-ucapan
> takziah yang hampir sama kata-katanya. Ada yang
> mengatakan hadis ini daif. Ubad yang meriwayatkan
> hadis ini tidak diiktiraf oleh Imam Bukhari.
>
>     Berkata Ibnu Syahin dalam kitabnya Al-Jana’iz:
> “Bercerita kepada kami Ibnu Abu Daud, dari Ahmad bin
> Amr, dari Ibnu Wahab, dari Muhammad bin Ajlan, dari
> Muhammad bin Mukandar, berkata: “Pernah pada suatu
> hari Umar bin Khattab menyembahyangkan jenazah,
> tiba-tiba beliau mendengar suara di belakangnya: “Ala,
> janganlah duluan dari kami mengerjakan solat jenazah
> ini. Tunggulah sudah sempurna dan cukup orang di
> belakang baru memulakan takbir.” Kemudian lelaki itu
> berkata lagi: “Kalau engkau seksa dia ya Allah, maka
> sesungguhnya dia telah derhaka kepada-Mu. Tetapi kalau
> Engkau mahu mengampuni dia, maka dia betul-betul
> mengharap keampunan daripada-Mu.” Umar bersama
> sahabat-sahabat yang lain sempat juga melihat lelaki
> itu. Tatkala mayat itu sudah dikuburkan, lelaki itu
> masih meratakan tanah itu sambil berkata:
> “Beruntunglah engkau wahai orang yang dikuburkan di
> sini.”
>
>     Umar bin Khattab berkata: “Tolong bawa ke sini
> lelaki yang bercakap itu supaya kita tanya tentang
> solatnya dan maksud kata-katanya itu.” Tiba-tiba
> lelaki itu pun sudah menghilang dari pandangan mereka.
> Mereka mencari ke arah suaranya tadi tiba-tiba mereka
> melihat bekas telapak kakinya yang cukup besar. Umar
> bin Khattab berkata: “Barangkali yang datang itu
> adalah Khidir yang pernah diceritakan oleh Nabi kita
> Muhammad SAW.”
> Ada juga yang mengatakan hadis ini tidak sahih. Kata
> Ibnu al-Jauzi hadis ini majhul (tidak dikenal) dan
> dalam sanadnya ada yang terputus di antara Ibnul
> Mukandar dengan Umar.
>
> Khidir datang menegur peniaga
> =============================
>     Berkata Ibnu Abu Dunia: “Bercerita kepadaku
> ayahku, yang didengarnya dari Ali bin Syaqiq, dari
> Ibnu Al-Mubarak, dari Umar bin Muhammad bin
> Al-Mukandar, berkata: “Ada seorang peniaga yang banyak
> memuji-muji barangnya dan banyak bersumpah untuk
> meyakinkan orang lain (pembeli). Tiba-tiba datang
> kepadanya seorang tua dan berkata: “Wahai peniaga,
> juallah barangmu tetapi jangan banyak bersumpah.”
> Peniaga itu masih banyak bercakap dan bersumpah, yang
> menyebabkan orang tua itu berkata lagi: “Wahai
> pedagang, berniagalah secara jujur dan jangan banyak
> bersumpah.” Bahkan orang tua itu berkata lagi:
> “Berniagalah secara yang patut sahaja.” Peniaga itu
> berkata: “Inilah yang patut saya lakukan.” Kemudian
> orang tua itu berkata: “Utamakanlah kejujuran walaupun
> berat melakukannya dan tinggalkan berbohong walaupun
> ia akan membawa keuntungan.”
>     Akhirnya peniaga itu berkata: “Kalau begitu
> tuliskanlah semua apa yang engkau sebutkan ini. “Orang
> tua itu berkata: “Kalau ditakdirkan sesuatu itu maka
> adalah ia.” Menurut mereka yang datang menegur itu
> adalah Nabi Khidir.
> Diriwayatkan oleh Abu Amr, dari Yahya bin Abi Talib,
> dari Ali bin Ashim, dari Abdullah, berkata: “Pernah
> Ibnu Umar duduk-duduk di satu tempat, sedangkan
> seorang lelaki (tidak berapa jauh dari tempatnya)
> sudah mula membuka jualannya. Peniaga itu banyak
> bersumpah untuk melariskan jualannya. Tiba-tiba datang
> kepadanya seorang lelaki dan berkata: “Takutlah kepada
> Allah dan jangan berbohong. Hendaklah engkau berkata
> jujur walaupun berat melakukannya dan jauhilah
> berdusta walaupun ia membawa manfaat. Dan jangan
> tambah-tambah dari cerita orang lain (apa yang ada).”
>
>     Ibnu Umar yang mendengar teguran orang tua itu
> berkata kepada peniaga itu: “Pergi ikuti dia dan suruh
> supaya dia tulis apa yang disebutkannya tadi.” Peniaga
> itu pergi mengikutinya dan meminta supaya menuliskan
> apa yang disebutkannya tadi tetapi orang tua itu hanya
> berkata: “Kalau sesuatu itu sudah ditentukan Allah,
> maka adalah ia.” Kemudian orang tua itu pun tiba-tiba
> sahaja menghilang. Peniaga itu kembali menjumpai Ibnu
> Umar serta menceritakan apa jawapan orang tua itu.
> Ibnu Umar berkata: “Yang datang itu adalah Nabi
> Khidir.”
>
>     Tetapi kata Ibnu Al-Jauzi hadis-hadis yang
> diriwayatkan oleh Ali bin Ahsim daif. Bahkan katanya
> Ali bin Ashim itu lemah ingatannya.
>
>     Ada juga riwayat yang hampir sama dengan ini
> menyebutkan: “Ada dua orang lelaki yang berjualan
> tidak berapa jauh dari Abdullah bin Umar. Salah
> seorang dari peniaga itu banyak bersumpah untuk
> melariskan barang-barang jualannya. Ketika ghairah
> bercerita mempromosikan jualannya, tiba-tiba datang
> seorang lelaki kemudian berkata kepada peniaga yang
> banyak bersumpah itu: “Wahai hamba Allah, takutlah
> kepada Allah dan jangan banyak bersumpah. Sesungguhnya
> tidak akan bertambah rezekimu jika engkau banyak
> bersumpah. Dan sebaliknya, tidak akan mengurangkan
> kepada rezekimu jika engkau tidak bersumpah. Oleh itu
> bercakaplah yang wajar-wajar sahaja.”
>
> Peniaga itu menjawab: “Inilah yang saya anggap wajar.”
>
>     Lelaki tua itu mengulang nasihatnya lagi. Dan
> ketika dia sudah mahu pergi, dia berkata lagi:
> “Ketahuilah bahawa termasuk daripada iman ialah
> mengutamakan kejujuran walaupun berat melaksanakannya
> dan meninggalkan pembohongan walaupun dianggap membawa
> keuntungan.”
>
>     Setelah memberi nasihat atau teguran, lelaki itu
> pun pergi. Ibnu Umar berkata kepada peniaga itu:
> “Kejar dia dan minta supaya ditulisnya apa yang
> disebutkannya tadi.” Peniaga itu pergi mengejarnya dan
> berkata kepadanya: “Wahai hamba Allah, tuliskanlah apa
> yang engkau sebutkan tadi supaya tuan dirahmati
> Allah.” Lelaki itu tidak ada menulisnya tetapi
> mengulangi apa yang disebutkannya tadi. Jadi, menurut
> Ibnu Umar yang datang itu adalah Nabi Khidir.
>
>
> Kisah Khidir dan Abu Mahjan
> ===========================
>     Diriwayatkan oleh Saif dalam kitab Al-Futuh,
> bahawa satu jemaah berada bersama Saad bin Abi Waqqas,
> maka mereka melihat Abu Mahjan berperang, maka yang
> meriwayatkan ini pun menceritakan kisah Abu Mahjan
> secara panjang lebar. Dari kesimpulan cerita-cerita
> mereka mengatakan bahawa Nabi Khidir masih hidup pada
> zaman itu.
>     Berkata Abu Abdullah bin Battah: “Bercerita kepada
> kami Syuaib bin Ahmad, yang didengarnya dari ayahnya,
> dari Ibrahim, bin Abdul Hamid, dari Ghalib bin
> Abdullah, dari Hasan Basri berkata: “Seorang lelaki
> berfahaman Ahli Sunnah Waljamaah berlainan pendapat
> dan berhujah dengan seorang lelaki bukan Ahli Sunnah.
> Mereka berdebat mengkaji masalah qadar. Mereka
> berdebat di tengah-tengah perjalanan. Masing-masing
> mereka mempertahankan pendapatnya dan berbantah dengan
> suara yang kuat tetapi akhirnya sepakat siapa yang
> duluan datang ke tempat mereka berhujah itu akan
> diangkat sebagai pemutus di antara mereka.
>
>     Tidak lama kemudian, muncullah seorang lelaki
> memikul bungkusan sedangkan rambut dan pakaiannya
> sudah berabu dan jalannya menunjukkan seolah-olah
> sudah kepenatan. Mereka berkata kepada lelaki itu:
> “Tadi kami berdebat tentang qadar dan masing-masing di
> antara kami memberikan hujah dan dalilnya tetapi tidak
> tahu siapa di antara kami yang benar. Kami sudah
> sama-sama setuju bahawa siapa orang yang mula-mula
> datang ke tempat ini akan kami angkat sebagai hakim.
> Maka sekarang kami minta tolong kepada tuan untuk
> menghakimi kami.”
>
>     Lelaki itu meletakkan bungkusannya kemudian duduk.
> Setelah berehat sebentar dan nafasnya sudah mulai
> tenang, dia berkata: “Kalau begitu duduklah kamu
> disini.” Kemudian lelaki itu menghakimi mereka secara
> bijaksana.” Menurut Hasan Basri lelaki yang mengadili
> mereka itu adalah Nabi Khidir.
>
>
> Nabi Khidir memberi pengajaran
> ==============================
>     Diriwayatkan oleh Hammad bin Umar, dari A-Sara bin
> Khalid, dari Jakfar bin Muhammad, dari ayahnya, dari
> datuknya Ali bin Husain, katanya pembantu mereka pergi
> berlayar menaiki kapal. Ketika dia mahu mendarat
> tiba-tiba dia melihat di atas pantai duduk seorang
> lelaki yang sedang menerima hidangan makanan dari
> langit. Makanan itu diletakkan di hadapannya kemudian
> dia pun memakannya. Setelah dia kenyang, makanan itu
> diangkat semula ke langit. Pembantu yang merasa hairan
> itu memberanikan dirinya mendekati orang itu sambil
> berkata kepadanya: “Hamba Allah yang manakah engkau
> ini?” Lelaki itu berkata: “Aku adalah Khidir yang
> barangkali engkau sudah pernah mendengar nama itu.”
> Pembantu itu bertanya lagi: “Dengan (amalan) apakah
> didatangkan kepadamu makanan dan minuman ini?”
> Lelaki itu menjawab: “Dengan nama Allah yang Maha
> Agung.”
>
>     Diriwayatkan oleh Ahmad dalam kitab Al-Zuhdi, yang
> diterima dari Hammad bin Usamah, dari Mas’ar, dari
> Maan bin Abdul Rahman, dari Aun bin Abdullah, dari
> Utbah, dari Ibnu Mas’ud, mengatakan: “Ada seorang
> lelaki di Mesir sedang bercucuk tanam di kebunnya.
> Ketika itu dia sedang gelisah dan dia tunduk
> mengerjakan ladangnya. Ketika dia mengangkat
> kepalanya, tiba-tiba di melihat di hadapannya ada
> seorang lelaki sedang berdiri memperhatikan apa yang
> dilakukannya dan memandangi wajahnya. Lelaki itu
> berkata kepadanya: “Kuperhatikan dari tadi engkau
> murung dan gelisah, mengapa begitu?” Lelaki yang
> bercucuk tanam itu berkata: “Tidak ada apa-apa.”
>
>     Kemudian lelaki yang datang tadi berkata: “Dunia
> adalah kesenangan yang sedikit dan masanya amat
> terhad, dan kesenangan itu dinikmati oleh orang baik
> dan orang jahat. Sedangkan akhirat kesenangan yang
> hakiki dan abadi.”
> Mendengar yang demikian lelaki yang bercucuk tanam itu
> berkata: “Sebenarnya saya sedih memikirkan keadaan
> kaum muslimin sekarang ini. Orang yang datang itu
> berkata: “Allah SWT akan membebaskanmu dari kesusahan
> kerana engkau ambil-berat terhadap nasib kaum
> Muslimin. Cuba tanya siapakah orangnya yang meminta
> kepada Allah kemudian Allah tidak memenuhi
> permintaannya, siapakah orang yang doanya tidak
> terkabul? Siapakah yang berserah kepada Allah lalu
> Allah tidak melindunginya?” Mus’ir berkata: “Menurut
> mereka orang yang memberi pengajaran itu adalah
> Khidir.”
>
> Nabi Khidir datang ke Baitul Haram
> ==================================
>     Berkata Abu Naim dalam kitab Al-Hilyah: “Bercerita
> kepada kami Ubaidullah bin Muhammad, dari Muhammad bin
> Yahya, dari Ahmad bin Mansur, dari Ahmad bin Jamil,
> katanya berkata Sufyan bin Ainah: “Pada waktu saya
> tawaf di Baitullah, tiba-tiba saya melihat seorang
> yang sedang memimpin satu kumpulan manusia mengerjakan
> tawaf. Saya bersama orang yang berdiri di sekelilingku
> memperhatikan lelaki itu. Ada di antara mereka yang
> berkata: “Lelaki yang memimpin kumpulan yang tawaf itu
> nampaknya seorang yang ikhlas dan berilmu.” Kami amati
> dia bahkan kami ikuti ke mana dia pergi. Lelaki itu
> pergi ke maqam kemudian mengerjakan solat di situ.
> Selesai solat dia menadahkan kedua tangannya dan
> berdoa. Setelah itu dia melihat ke arah kami dan
> berkata: “Tahukah kamu apa kata Tuhan kamu?”
>     Kami jawab: “Tidak.” Dia berkata: “Tuhan kamu
> berkata: “Aku adalah raja. Kamu mendakwa diri kamu
> sebagai raja.” Kemudian dia memalingkan wajahnya ke
> arah kiblat, menadahkan tangannya sebagai tanda berdoa
> kemudian berpaling kepada kami dan berkata: “Tahukah
> kamu apa kata Tuhan kamu?” Kami jawab: “Tidak.” Dia
> berkata: “Tuhan kamu berkata: “Akulah yang hidup dan
> tidak akan mati untuk selamanya. Kamu mendakwa diri
> kamu hidup dan tidak akan mati."
>
>     Setelah itu dia menghadap ke arah kiblat dan
> mendoa. Selesai berdoa berpaling kepada kami sambil
> berkata: “Tahukah kamu apa kata Tuhan kamu?” Kami
> jawab: “Tidak.” Dia berkata: “Tuhan kamu berkata:
> “Akulah Tuhan yang apabila menghendaki sesuatu akan
> ada ia. Ada di antara kamu yang mengaku apabila
> menginginkan sesuatu akan ada.”
>
>     Kata Ibnu Ainah lagi: “Kemudian dia pun pergi dan
> kami tidak melihatnya lagi. Setelah itu saya berjumpa
> dengan Sufyan As-Tsauri dan dia berkata: “Barangkali
> lelaki itu adalah Khidir atau wali Allah yang lain.”
>
>     Ada diceritakan ketika Hasan Basri berceramah di
> hadapan jemaahnya, tiba-tiba datang seseorang yang
> matanya kehijau-hijauan. Melihat yang demikian Hasan
> Basri bertanya kepadanya: “Apakah memang begini engkau
> dilahirkan oleh ibumu atau ini sebagai tanda?” Orang
> yang baru datang itu berkata: “Apakah sememangnya
> engkau kenal kepadaku wahai Abu Said?” Hasan Basri
> berkata: “Siapa engkau sebenarnya?” Lelaki itu
> memperkenalkan dirinya sehingga jelas bagi semua
> jemaah yang ada di tempat itu. Hasan Basri berkata
> lagi: “Tolong ceritakan bagaimana kisahmu.”
>
>     Lelaki itu berkata: “Pernah pada suatu hari dahulu
> aku mengangkut semua barang-barangku ke dalam kapal.
> Aku pun berlayar menuju Cina. Ketika berlayar
> mengharungi lautan yang dalam, tiba-tiba angin bertiup
> kencang. Terjadi ombak yang begitu hebat dan kapal
> yang saya naiki pun terbalik. Rupanya ajalku belum
> tiba, aku dibawa oleh ombak ke pantai. Aku terdampar
> di satu pulau yang tidak didiami oleh manusia. Empat
> bulan lamanya aku keseorangan di pulau itu. Makanan
> tidak ada kecuali daun-daunan dan batang kayu yang
> lapuk. Bahkan minuman pun tidak ada kecuali air mata
> yang sentiasa mengalir kerana sedihnya.
>
>     Tidak terdaya lagi menahankan hidup seperti itu
> sehingga aku sudah bermaksud berenang menyeberangi
> lautan yang luas itu. Ketika berjalan mendekati laut
> yang ombaknya melambai-lambai itu, tiba-tiba di
> hadapanku sudah ada istana yang pintunya seperti
> perak. Kubuka pintunya rupanya di dalam ada
> bilik-bilik dan beberapa ruang tamu yang lengkap
> dengan perhiasan. Di dalam istana itu juga ada
> beberapa buah peti yang dihiasi dengan permata. Aku
> buka salah satu peti itu. Aku dekati peti itu kemudian
> terasalah semerbak yang cukup harum. Aku buka
> perlahan-lahan, rupanya di dalam ada mayat yang masih
> segar seperti orang tidur. Aku tutup semula peti itu
> kemudian aku keluar dari istana itu.
>
>     Sebaik sahaja turun dari tangga istana, aku
> berjumpa dengan dua orang pemuda kacak dan nampak
> ramah.
> Mereka bertanya siapa aku dan aku pun memberikan
> butir-butir peribadiku. Mereka berkata: “Pergilah ke
> pohon sana. Di bawah pohon itu ada taman yang indah.
> Dan di situ nanti ada orang tua yang sedang
> mengerjakan solat. Dia itu baik orangnya. Ceritakan
> dirimu dan keadaanmu kepadanya kemudian nanti dia akan
> menunjukkan jalan kepadamu.”
>
>     Aku pun pergi ke pohon yang mereka tunjukkan itu.
> Memang benar, di bawahnya ada seorang lelaki tua
> sedang duduk berzikir. Aku ucapkan salam kepadanya
> kemudian dia pun menjawabnya. Dia tanya siapa diriku
> kemudian aku pun menerangkannya. Dia tanya mengapa aku
> sampai di tempat itu kemudian aku ceritakan semuanya.
> Lelaki itu terdiam sejenak merenungkannya. Dia tanya
> mengapa aku sampai di tempat itu kemudian aku
> ceritakan semuanya.
>
>     Lelaki itu terdiam sejenak merenungkan
> perjalananku dan macam-macam yang aku lihat
> sebelumnya. Dia tanya lagi di mana kampungku kemudian
> aku ceritakan. Kemudian lelaki itu berkata: “Kalau
> begitu duduklah dahulu.”
> Aku duduk sahaja memperhatikan lelaki itu. Tidak lama
> kemudian datanglah tumpukan awan mendekati beliau.
>
> Anehnya awan itu sanggup berkata seperti manusia
> dengan ucapan: “Assalamu Alaikum ya wali Allah.”
> Beliau menjawab salam awan itu kemudian awan itu pun
> berhenti di hadapan beliau.
>
>     Beliau bertanya kepada awan itu: “Ke mana engkau
> mahu pergi?” Awan itu menjawab: “Aku mahu pergi ke
> kampung ini dan kampung ini.” Kemudian awan itu pun
> pergi seperti ditiup angin. Datang lagi awan-awan yang
> lain dan kesemuanya berhenti di depan beliau. Beliau
> bertanya lagi kepada awan yang datang kemudian: “Ke
> mana engkau mau pergi?” Awan itu menjawab: “Saya mahu
> pergi ke Basrah.” Beliau berkata: “Kalau begitu turun
> dahulu.” Awan itu turun dan berhenti di hadapan
> beliau. Beliau berkata: “Bawa orang ini ke depan
> rumahnya dengan selamat.”
>
>     Nampaknya awan itu sudah siap untuk mengangkut
> saya. Sebelum berangkat, saya bertanya kepada orang
> tua itu: “Demi Tuhan yang telah memuliakan engkau,
> tolong ceritakan kepadaku apa itu istana tadi, siapa
> dua orang pemuda itu dan siapa engkau.”
>
>     Orang tua itu berkata: “Istana yang engkau lihat
> tadi adalah tempat para syuhada yang gugur di laut.
> Orang-orang yang mati syahid di laut telah diangkut
> oleh malaikat. Mayat para syuhada itu mereka masukkan
> ke dalam peti yang dihiasi dengan emas dan permata,
> disembur dengan wangi-wangian dan mereka masukkan
> (simpan) di dalam istana seperti yang engkau lihat
> tadi. Dua orang pemuda tampan yang engkau jumpai tadi
> adalah malaikat yang disuruh Allah untuk menguruskan
> mereka pada waktu pagi dan petang. Sedangkan aku ini
> adalah Khidir. Aku dahulu ada memohon kepada Allah
> supaya mengumpulkan atau menggabungkan aku dengan umat
> nabi kamu Muhammad SAW.”
>
> Lelaki yang dibawa awan dan datang menjumpai Hasan
> Basri itu berkata lagi: “Sewaktu terbang bersama awan,
> aku terperanjat kerana melihat sesuatu yang
> mengejutkan. Dan itulah sebabnya mataku seperti yang
> engkau lihat ini.”
>
> Mendengar yang demikian Hasan Basri berkata: “Sungguh
> mengagumkan pengalaman hidupmu.”
>
>     Menurut satu riwayat, Raja Sulaiman bin Abdul
> Malik telah menyuruh menterinya menangkap seorang
> lelaki yang sangat dikehendaki untuk dibunuh. Sebaik
> sahaja mengetahui perintah raja itu, lelaki yang
> dicari tadi segera melarikan diri. Lelaki itu lari ke
> kampung lain. Di kampung itu dia mendengar berita
> hangat bahawa orang bernama ini disuruh tangkap untuk
> dibunuh. Dia semakin ketakutan kemudian lari lagi ke
> kampung lain. Di kampung itu pun rupanya sudah gempar
> berita itu yang menyebabkan dia lari lagi ke kampung
> lain. Begitulah yang dia dengar setiap pergi ke satu
> kampung. Akhirnya dia terfikir untuk lari ke negeri di
> luar kekuasaan Sulaiman bin Abdul Malik.
>
>     Sekarang dia sudah sampai di satu padang pasir
> yang amat luas, yakni di tempat itu tidak ada pokok
> yang tumbuh, tidak ada air dan makanan apapun, bahkan
> nampaknya tempat itu adalah tanah yang tidak pernah
> diinjak oleh manusia.
>
>     Di situ dia melihat seorang lelaki tengah
> mengerjakan solat. Dia pandang  di sekeliling orang
> yang solat itu, ternyata tidak ada tunggangan, tidak
> ada bekalan dan sebagainya. Dia begitu hairan melihat
> lelaki itu mengapa berada seorang diri di tempat itu.
> Dia ingin mendekati lelaki itu tetapi tidak jadi
> kerana ketakutan. Hatinya bertanya: “Ini manusia atau
> jin ini.” Dia beranikan dirinya untuk mendekati lelaki
> itu. Kemudian lelaki itu memandang ke arahnya dan
> berkata: “Barangkali Sulaiman bin Abdul Malik yang
> membuatmu ketakutan sehingga tersesat ke tempat ini.”
> Dia berkata: “Betul tuan.” Lelaki itu berkata:
> “Mengapa tidak engkau buat pendinding dirimu?” Dia
> bertanya: “Pendinding apa maksudnya?” Lelaki itu
> berkata: “Bacalah zikir seperti ini (yang maksudnya):
>
> Maha Suci (Tuhan) Yang Maha Esa yang tidak ada Tuhan
> selain-Nya.
> Maha Suci (Tuhan) Yang Maha terdahulu dan tidak ada
> yang menjadikan-Nya.
> Maha Suci (Tuhan) Yang Maha Kekal dan tidak akan
> binasa.
> Maha Suci (Tuhan) Yang Dia setiap hari dalam
> kesibukan.
> Maha Suci (Tuhan) Yang Maha Menghidupkan dan Maha
> Mematikan.
> Maha Suci (Tuhan) yang telah menciptakan apa yang
> dilihat dan tidak kelihatan.
> Maha Suci (Tuhan) yang mengajari segala sesuatu tanpa
> pengajaran secara langsung.
>     Dalam zikir di atas ada dikatakan bahawa Allah
> setiap hari atau waktu berada dalam kesibukan. Ini
> sebenarnya ada dijumpai di dalam Quran, iaitu ayat
> yang mengatakan:
> Setiap waktu Dia (Allah) dalam kesibukan.
> (Al-Rahman: 29)
>     Maksudnya Allah SWT sentiasa dalam keadaan
> menciptakan, menghidupkan, mematikan, memelihara,
> memberi rezeki kepada semua makhluk dan sebagainya.
>     Orang itu berkata: “Bacalah zikir ini.” Lelaki itu
> berkata: “Maka saya pun menghafal zikir itu dan
> membacanya. Tiba-tiba lelaki itu sudah menghilang dan
> tidak nampak lagi. Tetapi berkat amalan itu, perasaan
> takut sudah hilang dari diriku. Aku sudah bermaksud
> pulang ke kampungku menjumpai keluargaku, bahkan aku
> ingin pergi menjumpai Sulaiman bin Abdul Malik.
>
>     Pada suatu hari, yang mana rakyat jelata
> dibolehkan berjumpa dengannya, saya pun masuk ke
> istananya. Sebaik sahaja saya masuk ke ruang tamunya,
> dia memandangiku seakan ada sesuatu yang ingin
> dikatakannya. Dia mendekati aku kemudian berkata:
> “Engkau telah menyihir aku.” Saya jawab dengan tenang:
> “Wahai Amirul Mukminin, saya tidak ada mengguna-guna
> tuan. Saya tidak pernah belajar ilmu sihir dan saya
> tidak ada menyihir tuan.”
>
>     Sulaiman bin Abdul Malik menerangkan apa yang ada
> dalam hatinya secara jujur: “Dulu aku begitu marah
> melihat engkau. Aku sudah bertekad akan membunuh
> engkau. Rasanya kerajaanku ini tidak sempurna kalau
> tidak membunuh engkau. Tetapi setelah melihat wajahmu
> tadi, aku begitu sayang kepada engkau. Sekarang
> ceritakan secara jujur apa yang engkau amalkan itu.
> Dia pun menyebutkan zikir tadi. Mendengar yang
> demikian Sulaiman bin Abdul Malik berkata: “Demi Allah
> Khidirlah yang mengajarkan amalan itu kepadamu.”
> Akhirnya raja memaafkan segala kesalahannya dan
> menyayanginya.
>
> Amalan yang paling disukai Allah
> ================================
>     Dari Raja’, beliau berkata: “Pernah pada suatu
> hari ketika saya berada di samping Sulaiman bin Abdul
> Malik, tiba-tiba datang seorang lelaki tampan. Lelaki
> itu memberi salam kemudian kami jawab. Kemudian dia
> berkata: “Wahai Raja’, sesungguhnya telah diuji
> keimananmu ketika engkau dekat dengan lelaki ini (Raja
> Sulaiman). Kalau engkau dekat dengan dia, maka engkau
> akan celaka. Wahai Raja’, engkau mesti sentiasa
> berbuat baik dan menolong orang-orang lemah.
> Ketahuilah wahai Raja’, sesiapa yang mempunyai
> kedudukan di kerajaan sultan, lalu dia mengangkat
> hajat orang-orang lemah yang mereka tidak sanggup
> menyampaikannya, maka orang yang mengangkat atau
> menyampaikan itu akan menjumpai Allah pada hari kiamat
> dalam keadaan kedua tumitnya tetap ketika berhisab.
> Ketahuilah wahai Raja’ bahawa sesiapa yang menunaikan
> hajat saudaranya sesama muslim maka Allah akan
> menunaikan hajatnya. Dan ketahuilah wahai Raja’ bahawa
> amalan yang paling disukai Allah ialah amalan
> menyenangkan hati orang mukmin.”
>     Setelah memberikan pengajaran yang bernas itu,
> tiba-tiba lelaki itu sudah menghilang. Ramai yang
> berpendapat bahawa yang datang memberikan pengajaran
> itu ialah Nabi Khidir.
>
>     Mas’ab bin Thabit bin Abdullah bin Zubair adalah
> seorang yang rajin beribadat. Dia selalu berpuasa dan
> mengerjakan solat tidak kurang dari seribu rakaat
> sehari semalam. Dia ada berkata: “Pernah ketika aku
> berada di dalam masjid sedangkan orang semuanya sudah
> pulang, ke rumah masing-masing, tiba-tiba datang
> seorang lelaki yang tidak saya kenal. Lelaki itu
> menyandarkan badannya ke dinding masjid sambil
> berkata: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau tahu bahawa
> aku berpuasa sejak kelmarin. Sampai sekarang pun aku
> masih berpuasa. Aku tidak mendapatkan makanan dan
> minuman dan aku menginginkan al-Tharid (nama makanan).
> Berikanlah kepadaku ya Allah makanan dari sisi
> Engkau.”
>
> “Tiba-tiba saya melihat seorang pelayan datang membawa
> hidangan. Pelayan itu nampaknya tidak seperti orang
> biasa. Orangnya tampan, bersih dan pakaiannya kemas.
> Dia berjalan ke arah lelaki yang berdoa tadi sambil
> meletakkan hidangan itu di hadapannya. Lelaki itu pun
> membetulkan duduknya menghadap hidangan itu. Sebelum
> mencicipi makanan itu dia memandang saya dan mengajak
> saya supaya ikut makan bersamanya. Hatiku berkata:
> “Syukur dia mengajak saya makan bersama.” Ketika itu
> saya yakin makanan itu didatangkan dari syurga
> sehingga saya pun ingin betul mencuba. Baru sedikit
> saya cuba tahulah saya bahawa makanan itu bukan
> makanan yang biasa di dunia ini.
>
>     Sebenarnya saya merasa segan dan malu kepada orang
> yang tidak saya kenal itu. Belum lagi kenyang rasa
> perutku saya sudah mengucapkan terima kasih dan pergi
> ke tempatku semula tadi. Tetapi saya masih terus
> memperhatikan lelaki itu. Setelah dia selesai makan,
> datang lagi pelayan tadi mengambil hidangan itu. Dia
> pergi lagi ke arah tempat datang tadi. Lelaki yang
> baru selesai makan itu pun sudah berdiri dan nampak
> pergi. Aku kejar dia kerana ingin tahu siapa dia
> sebenarnya. Tetapi malangnya dia tiba-tiba saja
> menghilang dan saya tidak tahu ke mana perginya. Besar
> kemungkinan lelaki itu adalah Nabi Khidir.”
>
>     Diriwayatkan oleh Ibnu Asakir, dari Ibrahim bin
> Abdullah bin Al-Mughirah, dari Abdullah, berkata:
> “Telah bercerita kepadaku ayahku bahawa pengurus
> sebuah masjid berkata kepada Walid bin Abdul Malik:
> “Sesungguhnya Nabi Khidir sembahyang setiap malam di
> masjid.”
>
>     Dari Daud bin Yahya, katanya bercerita seorang
> lelaki yang selalu berada di Baitul Maqdis: “Pada
> waktu saya berjalan di salah satu lembah di Jordan,
> saya melihat di lembah bukit itu ada orang yang sedang
> mengerjakan solat. Saya lihat di atasnya ada awan yang
> melindunginya daripada panas matahari. Menurut
> tekaanku lelaki itu adalah Nabi Ilyas. Saya dekati dia
> kemudian kuucapkan salam kepadanya. Dia berpaling
> kepadaku sambil menjawab salamku. Aku tanya: “Siapa
> anda sebenarnya wahai orang yang dirahmati Allah?” Dia
> diam sahaja dan tidak menjawab soalanku. Kutanya lagi
> seperti soalan pertama kemudian dia menjawab: “Aku
> adalah Ilyas An-Nabi.”
>
>     Tiba-tiba sahaja merinding bulu romaku. Aku
> gementar, dan yang paling kutakutkan dia menghilang
> sebelum saya sempat menanyakan itu dan ini. Aku
> berkata kepadanya: “Tolong doakan supaya Allah
> menghilangkan penyakitku ini." Dia pun berdoa.
> Tiba-tiba penyakitku terasa sudah sembuh.
>
> Aku tanya lagi: “Kepada siapa tuan diutus?” Beliau
> menjawab: “Aku diutus kepada penduduk Baklabakka.”
> Kutanya lagi: “Apakah sekarang ini tuan masih ada
> menerima wahyu?” Beliau menjawab: “Bukankah sudah
> diutus Muhammad sebagai nabi penutup? Aku tidak ada
> menerima wahyu lagi.”
>
> Katanya lagi: “Kalau begitu berapa lagi nabi yang
> masih hidup sekarang ini?” Beliau menjawab: “Sekarang
> ada empat orang lagi nabi yang masih hidup, iaitu saya
> sendiri (Ilyas), Khidir di bumi (darat), dan Nabi
> Idris bersama nabi Isa di langit.”
>
> Kutanya lagi: “Apakah tuan pernah berjumpa dengan Nabi
> Khidir?” Beliau menjawab” “Ya, setiap tahun kami
> berjumpa di padang Arafah, yakni pada musim haji.”
>
> Kutanya: “Apa yang kamu lakukan jika berjumpa di
> sana?” Beliau menjawab: “Aku ambil rambutnya kemudian
> dia pun mengambil (mencukur rambutku).”
>
> Kutanya lagi: “Berapa orang lagi Al-Abdal (Wali Allah
> yang lain)?” Beliau menjawab: “Ada 60 orang lelaki. 50
> orang berada di kawasan Mesir sampai pantai Furat, 2
> orang di Masisah, 1 orang di Antokiah dan 7 orang di
> pelbagai penjuru dunia. Merekalah yang mengatur hujan
> dan mereka yang menolong untuk mengalahkan musuh
> Allah, bahkan di tangan mereka berdirinya dunia ini,
> dia matikan mereka semua supaya dunia ini pun hancur.”
> Ini menurut satu pendapat sangat tidak sahih.
>
> Nabi Khidir mengubati dengan Asmaul Husna
> =========================================
>     Berkata Abul Hasan bin Al-Munadi: “Bercerita
> kepada kami Ahmad bin Mulaib, dari Yahya bin Said,
> dari Abu Jakfar Al-Kufi, dari Abu Umar Al-Nasibiy,
> berkata: “Aku pergi mencari Maslamah bin Masqalah di
> Syam. Ramai yang mengatakan Maslamah termasuk wali
> Allah juga. Setelah berusaha mencarinya, saya
> menjumpainya di salah satu lembah di Jordan.
>     Beliau berkata kepadaku: “Mahukah engkau
> kuceritakan kepadamu tentang apa yang kulihat tadi di
> lembah bukit ini?” Kujawab: “Tentu aku ingin
> mendengarnya.” Beliau berkata: “Ketika saya datang
> tadi ke lembah ini, saya melihat seorang syekh yang
> sedang mengerjakan solat di bawah pokok itu. Besar
> kemungkinan lelaki itu adalah Nabi Ilyas. Aku berjalan
> mendekatinya kemudian memberi salam kepadanya
> sekalipun dia sedang mengerjakan solat. Saya lihat dia
> rukuk, kemudian iktidal, dan kemudian sujud.Selesai
> solat dia memandang ke arah suaraku datang kemudian
> menjawab salamku setelah melihat aku berdiri di situ.
>
> Aku tanya dia: “Siapakah engkau wahai orang yang
> dirahmati Allah.” Dia menjawab : “Aku adalah Ilyas
> Al-Nabi.”
>
>     Aku begitu gugup mendengar kata-katanya itu.Dia
> datang mendekati aku. Dia letakkan tangannya di dadaku
> sehingga aku merasakan kesejukan tangannya.
>
>     Aku berkata kepadanya: “Wahai nabi Allah,
> doakanlah supaya Allah menghilangkan  penyakitku ini.”
> Kemudian beliau pun berdoa dengan menggunakan nama
> Allah, lima di antaranya dalam bahasa Arab dan tiga
> lagi dalam bahasa Siryani. Beliau membaca: “Ya Wahid,
> Ya Ahad, Ya Somad, Ya Fardun, Ya Witrun. Beliau
> menyebut tiga potong perkataan lagi yang saya sendiri
> tidak tahu maknanya. Kemudian beliau menarik tanganku
> sambil mendudukkan aku.Ketika itu rasanya penyakitku
> sudah hilang.
>
>     Aku bertanya kepadanya: “Wahai nabi Allah,
> Bagaimana pendapatmu tentang orang ini (saya sebutkan
> Mirwan bin Muhammad), yang ketika itu menahan beberapa
> orang ulama. Beliau berkata: “Bagaimana hubungan kamu
> ?” Aku menjawab “Wahai nabi Allah kalau aku berjumpa
> dengannya dia berpaling. Dia tidak memberi sebarang
> komen.
> Aku bertanya lagi: “Wahai nabi Allah,apakah sekarang
> ini masih ada di dunia ini Al-Abdal. (wali-wali
> Allah)?Beliau menjawab:”Ada” Mereka semua ada sebanyak
> 60 orang. 50 orang di kawasan Mesir sampai pantai
> Furat, 3 orang di Masisah, 1 orang di Antokiah dan
> yang lainnya di daerah Arab lainnya.”
>
>     Aku bertanya lagi:”Wahai nabi Allah, Apakah tuan
> ada berjumpa dengan nabi Khidir?” Beliau menjawab “Ya
> setiap musim haji kami berjumpa di Mina.” Aku
> bertanya: Apa yang kamu lakukan jika berjumpa?” Beliau
> menjawab: “Aku mengambil rambutnya dan dia pun
> mengambil rambutku.”
>
>     Aku berkata kepadanya: “Wahai nabi Allah.
> sebenarnya saya ini adalah orang yang hidup sebatang
> kara, tidak mempunyai isteri dan anak. Kalau tuan
> bersetuju biarlah saya ikut bersama tuan  ke mana
> sahaja tuan pergi.” Beliau menjawab: Engkau tidak
> sanggup berteman denganku.”
>
>     Ketika bercerita dengan beliau tiba-tiba aku
> melihat satu hidangan makanan keluar dari akar pohon
> itu kemudian diletakkan di hadapan beliau. Sementara
> orang yang mengangkatnya tidak kelihatan. Dalam
> hidangan itu ada tiga ketul roti. Beliau sudah
> menghulurkan tangannya untuk makan makanan itu. Tetapi
> tiba-tiba beliau belum jadi memakannya dan beliau
> mengajak aku supaya sama-sama makan.
>
>     Saya duduk di sebelah beliau, kemudian beliau
> berkata kepadaku: “Mulailah dengan Bismillah dan
> ambilah dari yang terdekat kepadamu “Kami pun
> memakannya bersama-sama. Selepas makan saya lihat
> jelas dulang itu diangkat lagi tetapi tidak kelihatan
> orang yang mengangkatnya. Kemudian didatangkan lagi
> kepada beliau minuman tetapi tidak kelihatan orang
> yang membawanya. Beliau membagi dua minuman itu,
> separuh beliau minum dan separuh lagi beliau serahkan
> kepadaku. Saya cuba minuman itu, oh rasanya cukup
> lazat. Minuman itu lebih putih daripada susu dan lebih
> manis daripada madu. Selesai minum saya letakkan
> tempatnya. Tiba-tiba saya lihat terangkat lagi tetapi
> tidak tahu siapa mengangkatnya.
>
>     Kemudian beliau memandang ke bawah (tempat yang
> lebih rendah lagi), rupanya di situ sudah ada binatang
> menunggu yang lengkap dengan tempat duduknya. Binatang
> itu lebih besar dari keldai dan tidak sampai sebesar
> baghal. Beliau berjalan ke arah tunggangan itu. Aku
> kejar beliau dan aku minta supaya ikut bersamanya.
> Tetapi beliau berkata: “Bukankah sudah aku katakan
> bahawa engkau tidak sanggup mengikuti perjalananku?”
> Saya merasa kecewa dan hanya mampu berkata: “ Kalau
> begitu bagaimana caranya supaya saya berjumpa lagi
> dengan tuan?” Beliau menjawab: “ Kalau betul-betul
> ingin berjumpa denganku, kita akan berjumpa lagi
> nanti.” Tambah beliau lagi: “Semoga engkau dapat
> menjumpai aku lagi nanti pada bulan Ramadhan di Baitul
> Maqdis dalam keadaan iktikaf.” Beliau pergi ke bawah
> pohon dan aku ikuti dari belakang tetapi tiba-tiba
> beliau menghilang.”
>
> Dipetik Dari Buku: Kisah Nabi Khidir a.s.
> Oleh: Al Hafiz Ibnu Hajar Al Asqalaniy
>
> > -----Original Message-----
> > From:    Sani Norku [EMAIL PROTECTED]
> > Sent:    Fri, 5 May 2000 02:36:07 -0700 (PDT)
> > To:      [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
> > Subject: Re: H-Net* Nabi Khidir dan Klentong Si
> > Rahman
> >
> >
> > ADAKAH NABI KHIDIR MASIH HIDUP ATAU TELAH WAFAT?
> >
> > Jawapannya, wallahua'lam.
> >
> > Namun itu bukan soal pokok dlm i'tiqad ASWJ.
> > Kewafatan atau masih hidupnya baginda mungkin tiada
> > dlm nas.
> > Mungkin ada, tapi kita belum jumpa. Ilmu saya dan
> > anda pun bukannya banyak sangat. Jadi kalau anda
> > kata baginda telah wafat, tidak mengapa. Sebaliknya
> > jika
> > anda pula nak katakan bahawa baginda masih hidup pun
> > tidak mengapa.
> >
> > Tapi bila ia dikaitkan pula dgn org Sufi, maka
> > tergerak pula saya utk menjawabnya.
> >
> > Pertama, pada kali ini Rahman 'MENJUAL' nama Imam
> > Bukhari dan Imam Muslim utk menyokong pendapatnya.
> > Apakah benar kedua-dua Imam tersebut berpendapat
> > begitu pun kita tak tahu. Yg penting, Rahman tak
> > sertakan buktinya.[Ikut bahasa dia ... Rahman tidak
> > menunjukkan keSAHIHannya].
> >
> > Namun ingin saya bawakan sebuah hadis Nabi saw:
> > Dari Abu Said Al Khudri ra katanya:
> > "Rasulullah saw menceritakan kpd kami suatu cerita
> > yg panjang mengenai dajjal. Antara lain baginda
> > menceritakan: Dajjal itu datang, dia terlarang masuk
> > ke Madinah. Kerana itu dia berhenti di sebuah kebun
> > di pinggir kota. Pada hari itu datang kpdnya seorg
> > lelaki dari golongan manusia yg baik.
> > Kata lelaki itu, "Aku dapat pastikan bahawa engkau
> > adalah dajjal yg diceritakan oleh Rasulullah saw kpd
> > kami."
> > Kata dajjal kpd para pengikutnya, "Bagaimana
> > pendapat kalian, jika kubunuh org ini, aku mampu
> > menghidupkan kembali. Adakah kalian ragu akan hal
> > itu?"
> > Jawab pengikutnya, "Tidak!"
> > Maka dibunuhnya lelaki itu, kemudiannya
> > dihidupkannya kembali.Setelah hidup kembali, lelaki
> > itu berkata kpd dajjal, "Demi Allah! sekarang aku
> > lebih yakin bahawa engkau sesungguhnya dajjal"
> > Dajjal hendak membunuhnya kembali, tetapi dia tidak
> > berupaya melakukannya.
> > Kata Abu Ishaq, "Lelaki itu ialah NABI KHIDIR
> > ALAIHISSALAM". - Sahih Muslim
> >
> > NAH! SEKARANG RAHMAN 'MENJUAL' PULA IMAM BUKHARI DAN
> > IMAM MUSLIM DLM HUJAH DUSTANYA.
> >
> > Jadi netters sekelian,
> > Tidak salah jika ada pihak yg mengatakan bahawa Nabi
> > Khidir masih hidup. Dan tidak salah jika ada
> > wali-wali yg dapat berjumpa dgn Nabi Khidir a.s.
> > Malah bukan jin ataupun syaitan spt yg didakwa ole
> > Si Rahman.
> >
> > MALANGNYA RAHMAN DGN WAHABI-WAHABINYA, MUNGKIN
> > DISEBABKAN KECELUPARAN MULUTNYA, MAKA MEREKA PUN TAK
> > DAPATLAH ILHAM, KASYAF, MIMPI MUBASYIROH, YAQAZAH
> > DLL.ALLAH TAK BAGI ILHAM DAN KASYAF. NABI PULA TAK
> > DATANG DLM MIMPI MEREKA. NABI KHIDIR PUN TAK SUDI
> > MENGUNJUNGINYA. LANTAS ... SEBAB IRI HATI, MAKA
> > DIKATAKANLAH SEMUA ITU SEBAGAI BID'AH, SESAT DAN
> > TIADA DLM NAS. DIJUALLAH NAMA ULAMA' MUKTABAR ZAMAN
> > SALAFUSSOLEH TERMASUKLAH IMAM BUKHARI DAN MUSLIM.
> > NAK TONJOLKAN DIRILAH KONON SBGI PAKAR HADIS.
> > RUPANYA SAHIH BUKHARI DAN SAHIH MUSLIM PUN TAK
> > KHATAM LAGI.
> > TAK SEDAR BAHAWA ORG SELAMA INI CUMA MENYINDIRNYA
> > SAJA, RUPANYA DIA TERPERASAN BETUL-BETUL SBGI PAKAR
> > HADIS. KESIAN ...
> >
> > ---KeranaPulutSantanBinasa----
> >
> >
> >
> >
> > --- Abdul Rahman <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> > >    Assalamualaikum,
> > >
> > >     Ramai orang, terutamanya orang Sufi, sering
> > > mendakwa yang wali2 mereka BIASA berjumpa dan
> >
> > > bercerita dengan Nabi Khidir.  Adakah pendapat
> > > ini BENAR???
> > >
> > >     Mengikut Imam Bukhari dan Muslim, sekiranya
> > Nabi
> > > KHIDIR masih hidup sekarang ini, maka baginda
> >
> > > seharusnya telah KELUAR dan bersama2 dengan Nabi
> > SAW
> > > di PERANG BADAR untuk mempertahankan Islam kerana
> > di
> > > saat itu FARDHU AIN jihad.
> > >
> > >     Ertinya dengan tidak keluarnya Nabi Khidir
> > pada
> > > waktu itu menandakan KEWAFATAN Baginda.
> > >
> > >     Jadi, tak betullah pengalaman orang berjumpa
> > > dengan Nabi Khidir.
> > > Mungkin yang dijumpai itu adalah JIN atau SYAITAN.
>
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Send instant messages & get email alerts with Yahoo! Messenger.
> http://im.yahoo.com/


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Abdul Rahman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke