*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum warahmatullah,


Pertama,
Saya tidaklah menyokong mana-mana pihak dlm soal ini. Buku yg disebut oleh
Saudara Sani bukanlah karangan asal Ibn Hajar Al-Asqalani. Kalau tak percaya
saudara Sani boleh beli buku tersebut berharga RM5.00. Ini kerana saya
sudahpun memiliki buku tersebut. Buku tersebut adalah buku yg ditahqiq
(dinilai kebenarannya) oleh Majdi Sayed Ibrahim dan diterjemahkan oleh Drs.
Syahrin Nasution. Ia juga adalah hasil campuran dinukilkan dari  Abu Jakfar
b. Munadiy, Ibn Hajar Al-Asqalani dan Ibn Jauzi (rujuk mukaddimah buku
tersebut).

Kedua,
Buku tersebut menyenaraikan 2 pendapat iaitu Nabi Khidir telah wafat dan
Nabi Khidir belum wafat. Walaubagaimanapun, Pentahqiq buku itu cenderung kpd
pendapat Nabi Khidir telah wafat (Rujuk muka surat 94).

Ketiga,
(i). As-syahid Sayyid Qutb dlm tafsirnya (Fi Zilalil Quran) menyatakan
Khidir bukannya nabi tetapi seorang hamba Allah yg salih spt Luqman
Al-Hakim.

(ii). Yusuf Al-Qardhawi dlm fatwa al-mua'sirah (Jilid 1 & 2: Muka surat 310
hingga 315) mengatakan bahawa Khidir telah wafat.

(iii). Imam Bukhari rh. dan Imam Ahmad rh. juga berpendapat Khidir telah
wafat.

(iv). Imam Bukhari rh. diriwayatkan telah ditanya mengenai Khidir, adakah
Khidir masih hidup? Beliau (Imam Bukhari) menjawab: "Bagaimana ini boleh
berlaku sedangkan Rasulullah S.A.W bersabda: "Tidak akan kekal manusia(slps
Umat Muhammad) di muka bumi sehingga seratus tahun."

(v). Ibn Hajar Al-Asqalani, Ibnul Manawi, Ibrahim Al-Harabiy, Abu Tahir
Al-Ubaddi, Abul Ya'la Al-Hanbali, Abu Fadhal Ibn Nasir, Al-Qadi Abu Bakar
Al-Arabiy, Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn Qayyim dll adalah senarai ulamak
yg berpendapat Khidir telah wafat.

Dalil-dalil yg dijadikan sandaran:
Firman Allah S.W.T:
"Dan (ingatlah) ketika ALlah mengambil perjanjian dgn para Nabi: "Sungguh
apa shj yg aku berikan kpd kamu berupa kitab dan hikmah, kmdn datang kpd
kamu seorang rasul yg membenarkan apa yg ada pada kamu, nescaya kamu akan
beriman kpdnya dan menolongnya. Allah berfirman: "Apakah kamu mengakui dan
menerima perjanjian-Ku terhadap yg demikian itu?" Mereka menjawab: "Kami
mengakui." Allah berfirman: "Kalau begitu saksikanlah (wahai para Nabi) dan
Aku menjadi saksi pula bersama kamu." (Surah Al-Imran: ayat 81)

Tarjih: Maksudnya para Nabi berjanji kpd ALlah S.W.T bahawa sekiranya datang
seorang rasul bernama Muhammad S.A.W, mereka akan beriman kpdnya dan
menolongnya. Ibnu Abbas R.A berkata mengenai ayat ini: "Tidaklah ALlah
mengutus seorang Nabi melainkan membuat perjanjian dgnnya iaitu jika
diutuskan Muhammad sedangkan dia (para Nabi), maka akan beriman kpdnya dan
berjanji akan menolongnya."
-Sekiranya Khidir masih hidup di zaman Nabi Muhammad S.A.W sudah tentu, dia
akan membantu dan menolong Nabi Muhammad. Nabi Muhammad S.A.W diriwayatkan
pernah berdoa ketika perang badar Al-Kubra:
"Ya Allah! Sekiranya Engkau tidak menghancurkan mereka, nescaya Engkau tidak
disembah lagi."
Pada ketika itu tentera Islam bilangan yg sedikit 313. Setiap ahli badar
Al-Kubra diketahui nama, nama bapa mereka dan dari kabilah mana. Di mana
Nabi Khidir? Jawapannya, Nabi Khidir telah wafat pada ketika itu.

FirmanNya lagi:
"Dan Kami (Allah) tidak menjadikan hidup kekal bagi seseorang manusia pun
sebelum engkau (Muhammad)." (Surah Al-Anbiya': ayat 34)

Diriwayatkan dari Imam Ahmad ibn Hanbal, dari Mujahid r.a , dari As-Syi'biy
r.a, dari Jabir r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Demi diriku berada
dlm kekuasaanNya, seandainya Musa A.S masih hidup, sudah pasti dia (Musa
A.S) akan mengikut ajaranku."

Di dlm Kitabul Fitan, Jami'us Sahih Bukhari dan Muslim, diriwayatkan bahawa
Nabi Isa akan solat di belakang imam dari umat ini (Umat Muhammad S.A.W).

Penutup,
Website darul Nukman hanya menyiarkan separuh cerita sahaja. Oleh itu,
rujukan drpd internet ada keburukan tersendiri dan pastinya kenalah kita
berhati-hati. Oleh itu, wajar kita rujuk kpd buku asli agar fitnah dapat
dijauhi. Jumhur Ulamak mengatakan Khidir telah wafat. Hanya minoriti ulamak
(sedikit bilangan) mengatakan yg dia masih hidup.

Semoga ini akan menjernihkan yg keruh.

Wallahua'lam.

---------------------------------
Sani Norku Wrote:
>> Dipetik dari laman Darul Nuqman
>> http://www.darulnuman.com/coretan/coretan24.htm




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Abu Az-Zuhri" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke