*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ASSALAMUALAIKUM yang dikasihi.......


                   MENCARI ASAL USUL PENCIPTAAN

SETAKAT ini tidak ada satu teori pun yang dianggap dapat menjelaskan dengan 
tepat tentang asal usul penciptaan alam.

Sains moden yang menganggap alam semesta terbentuk secara kebetulan dan 
bukan dicipta oleh Tuhan memang dalam keadaan meraba-raba untuk mengemukakan 
teori yang dapat menguatkan anggapan tersebut.

Sejak beratus tahun mereka berhempas pulas membuat penyelidikan dan merangka 
teori-teori berkaitan dengan asal usul kejadian alam dan manusia. Tetapi 
teori itu kemudiannya lenyap diganti dengan teori lain yang dianggap lebih 
tepat.

Bagaimanapun teori yang dianggap tepat itu pun tidak dapat dipertahankan 
juga apabila teori baru yang lain dikemukakan.

Oleh kerana jawapan yang mereka cari tidak ditemui di dalam ruang dan alam 
benda atau jirim, maka mereka mula mengalihkan tumpuan untuk mengkaji lubuk 
kesedaran diri atau roh manusia, kerana mereka percaya di situlah 
tersembunyi jawapan yang mereka cari.

Mereka beranggapan bahawa kesedaran terdalam yang menyimpan rahsia kewujudan 
manusia itu mungkin dapat diselidiki apabila dua teori utama fizik moden, 
iaitu teori mekanik kuantum dan teori realiviti am Einstein dapat 
digabungkan menjadi satu.

Bagaimanapun percubaan menggabungkan kedua-dua teori itu bukanlah mudah. 
Ramai ahli fizik sebelumnya, termasuk Albert Einstein sendiri  telah gagal 
untuk menggabungkannya, menyebabkan harapan untuk mengetahui apa yang kita 
kenali sebagai "hakikat segala sesuatu itu" berkecai.

Mereka juga beranggapan bahawa jawapan yang dicari itu terletak terlalu jauh 
daripada jangkauan. Oleh itu sains perlu ditingkatkan ke tahap lebih maju 
untuk mengetahui sepenuhnya rahsia penciptaan alam ini.

Oleh kerana sains itu terbatas, bukanlah sesuatu yang mustahil pula jika 
pada suatu ketika nanti ia akan berakhir begitu sahaja, tanpa memberikan 
jawapan muktamad tentang "rahsia" yang dicari itu.



- KESIMPULAN -


MASYARAKAT Islam perlu menyuburkan ilmu Tauhid dan menjadikan ilmu itu 
sebagai titik-tolak pengajian sains. Dengan berbuat demikian kita akan 
meletakkan sains di atas landasan pemikiran yang kukuh. Tauhid juga akan 
menjadi sumber inspirasi utama bagi generasi muda untuk belajar sains dan 
mengkaji alam yang luas ini.

Masyarakat Islam perlu mempunyai kesedaran mendalam bahawa sains 
memperkukuhkan ajaran agama Islam itu sendiri. Kajian saintifik perlu 
digalakkan sebagai salah satu cara utama yang membolehkan kita memajukan 
ilmu Tauhid.

DAN,  hayatilah pengertian Al-Qur'an dengan lebih jelas lagi dan tahqiq 
kepada ajarannya yang sebenar.


Wallahu ta'ala a'lam.......

Wassalamu.......

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri



________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke