*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,


----------------------------------------------------------------------------
Petikan drpd buku "Hidup Mati Bangsa Melayu Patani" untuk renungan bersama.
----------------------------------------------------------------------------

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

KAMI para pemimpin dan pejuang Barisan Bersatu Kemerdekaan Patani (BERSATU) dan Komiti 
Perundingan Rakyat Melayu Patani (KPRMP) mengambil kesempatan sempena pembentukan 
Majlis Permesyuaratan Rakyat Melayu Patani (MPRMP) pada 8 dan 9 Safar 1418 (14 dan 15 
Jun 1997) untuk menyampaikan seruan JIHAD kepada seluruh umat Islam dan semua 
pendukung kebebasan dan penentang penjajahan.

Naskhah ini menyentuh tentang kemunculan bangsa Melayu Islam Patani, sejarah, 
kegemilangan dan kejatuhan kerajaannya, dan perjuangan pembebasan menentang penjajahan 
dan proses asimilasi rejim Thai.

Bagi kami, BERJIHAD menentang penjajah kafir merupakan kewajipan setiap orang Islam. 
Ia tidak dapat dikompromi oleh mana-mana pihak. Kejayaan atau kegagalan perjuangan 
yang sedang digerakkan oleh bangsa Melayu Islam Patani kini juga akan memberi kesan 
kepada umat Islam umumnya dan bangsa Melayu khususnya.

Percayalah, tidak ada keadaan yang lebih menyedihkan daripada negara yang dijajah, 
bangsa yang dihina dan agama yang diancam. Dalam keadaan sedemikian, kami merayu 
pertolongan dan kerjasama daripada semua pihak . Mudah-mudahan pengorbanan dan jasa 
baik yang disumbangkan kepada kami akan diberi balasan yang setimpal  di dunia dan di 
akhirat.

Sesungguhnya tidak ada daya yang lebih kuat daripada semangat JIHAD menentang penjajah 
asing. JIHAD untuk agama, bangsa dan negara merupakan perjuangan yang tidak pernah 
mengenal erti kekalahan dalam sejarah tamadun manusia.

Semoga Allah terus mempertingkatkan semangat aktiviti JIHAD kami.


Wassalam


Dr Mahdi Daud
(Presiden BERSATU dan Presiden MPRMP)

Patani,
10 Safar 1418



Free email from http://www.yourmail.cc with choice of domain
and multiple personalities

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Yahya Ayyash" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke