*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Tuan2, hayatilah kata2 keramat hang muddin:

  Luka Umno, Cederalah Melayu; Pecah Umno, Matilah
  Melayu; Matilah Umno, Berkuburlah Melayu.” 
  Begitulah kata-kata semangat Ketua Pergerakan Pemuda
  Umno, Datuk Hishammuddin Tun Hussein semalam, yang
  mahukan ahli Umno, terutama Pemuda supaya menjaga 
  parti dengan baik supaya ketuanan Melayu tidak hilang
  di dunia.

Jangan main2 tuan2. Buruk padahnya. Dia orang sanggup
kering darah asal saja sentuh bab melayu. Kita bukan
cakap pasal kering darah haid tuan2. Kita cakap pasal
darah pemuda umno!

  Orang Melayu jangan mudah menjual maruah hanya
  kerana wang dan pangkat, sebaliknya mereka perlu
  mempertahankan hingga titisan darah terakhir
  sekalipun papa dan terpaksa menjadi peminta sedekah.
  Ketua Penerangan Pemuda Umno, Mohamad Supardi 
  Md Noor, berkata maruah Melayu adalah harta yang
  tidak ternilai tinggi dan jika perkara itu runtuh, 
  maka musnahlah bangsa Melayu.

Agaknyalah mana lebih tinggi nilainya antara maruah
melayu dan maruah Islam. 
 
Kalau ada masa hayatilah sajak hang muddin ini. Senyap
sunyi dewan tuan2 (harap2 senyap bukan sebab orang
mamum macam piem cakap udah lah): 

   Beliau yang sebelum ini lantang membahaskan ucapan
   Ketua Pemuda berjaya membuat dewan senyap sunyi 
   apabila menyampaikan sajak bertajuk, Aku Adalah Aku.
                  Aku adalah aku
                  merajuk bangsaku
                  hari ini aku masih gagah
                  mencari esok yang terluka
                  tapi hatiku bukan begitu
                  biar hatiku ditusuk sembilu
                  biar berdarah di hutan batu
                  aku masih mampu mencipta harapan
                  untuk bangsa anakku
                  aku bukan Sultan yang bertakhta
                  aku juga bukan Tuah yang teraniaya
                  jauh sekali Jebat yang membela
                  aku adalah insan biasa
                  aku yang tidak mimpikan istana
                  aku yang tidak gilakan kuasa
                  aku yang tidak menjadi penderhaka
                  aku adalah harta milikku
                  biar berjuta janji padaku
                  aku adalah aku
                  jangan mudah tergoda mulut berbisa
                  kelak merana anak bangsa
                  aku akan terus menjadi aku
                  yang mahukan Melayu bertakhta di 
                     puncak jaya.

Yang ini sajak aku untuk pemuda umno (wakil dia tolong
sampaikan). Tajuk - aku bukan kamu:

kamu adalah kamu
hari2 cakap pasal melayu
macam orang kena candu 
tak salah bangga dengan melayu
asal agama kau letak ditempat nombor satu
tapi kamu tak kisah Islam disekeh dipalu
bila gadis2 islam dilarikan kristian dan hindu 
dimana kamu?
lena dibuai semangat melayu?
nak dibina gereja terbesar ditengah masyarakat melayu?
itupun kamu buat tak tahu?
kayu kayu
ada macam2 kayu
ada hati kayu
ada kuda kayu
aku tak mahu jadi kayu
sebab itu aku bukan kamu
walaupun kita sama2 melayu

Hak cipta tak terpelihara; boleh dibincang di PWTC.  











 



  







-----------------------------------------------------
Get free email from CMP at http://www.cmpnetmail.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke