*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nampaknya hasrat Dr Mahathir untuk melihat UMNO tidak berpecah selepas
pemilihan UMNO kali ini telahpun tercapai. Tetapi beliau gagal untuk
menarik minat orang ramai atau rakyat Malaysia untuk turut serta
memeriahkan pemilihan UMNO kali ini. Tidak ada pertarungan besar dalam
pemilihan UMNO kali ini yang boleh menjadi perhatian atau menjadi begitu
penting kepada orang ramai. Sekali gus pemilihan UMNO yang hambar ini
tidak dapat memikat orang ramai untuk terus tertarik kepada UMNO.

Pertandingan Naib Presiden dan pertandingan jawatan Majlis Tertinggi
UMNO dianggap oleh orang ramai sebagai pertandingan main-main sahaja,
tidak lebih dari membuang masa dan tenaga sahaja. Orang ramai sudah pun
pasti pemilihan bagi jawatan Naib Presiden dan Majlis Tertinggi UMNO itu
hanyalah bagi memilih siapakah yang paling kuat antara mereka yang
menyokong Presiden dan Timbalannya. Pemilihan UMNO kali ini bukanlah
untuk memilih pemimpin yang terbaik dalam UMNO tetapi hanya untuk
memperkuat kedudukan Presiden dalam UMNO. Seperti lazimnya beliau akan
memperkudakan Majlis Tertinggi UMNO dalam membuat apa saja keputusan,
dengan itu beliau sangat memerlukan barisan MT yang boleh patuh dan taat
kepada beliau.

Walaupun kita nampak di masa-masa yang lalu UMNO seperti berpecah
selepas pertandingan jawatan Presiden tetapi UMNO terus menjadi kuat
kerana dari pemilihan itu UMNO dapat pemimpin yang terbaik dan terus
didokong oleh rakyat. Tetapi dengan tiadanya pertandingan jawatan
Presiden, kepimpinan Dr Mahathir yang telah merosot di mata rakyat itu
tidak dapat ditukar. Sekali pun Dr Mahathir berjaya mengelak dirinya
dari ditentang dalam setiap pemilihan UMNO tetapi pastinya beliau tidak
akan dapat mengelak rakyat terus membencinya dan tidak menyokong UMNO
dalam pilihanraya nanti.




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: leyza abd ghani <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke