*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Ronda-ronda lagi kat tepi PWTC. Kat mana pulak kita
nak pekena sekeping
roti dan secawan nescafe kali ini? Tak kan kat Chow
Kit lagi.............
Pasang telinga sikit............dan hirup nescafe
anda.........
Khabarnya Zaharah tidak menduga yang dia akan tewas
dengan 12 undi
sahaja di tangan Rafidah. Semasa membentangkan ucapan
kepada perwakilan
Wanita pada 10 Mei 2000, dia tetap yakin akan menang.
Penampilan dirinya
akhir-akhir ini dengan memakai tudung dan bukan lagi
selendang dengan
sejemput rambut di kepala, mungkin merupakan isyarat
awal bahawa dia
mahu mengemudikan wanita ke arah perjuangan yang lebih
Islamik. Namun apa
kan daya. Perwakilan telah membuat pilihan. Maka
terbanglah Zaharah
kembali ke Paya Besar ............ tanpa jawatan dalam
parti. Bolehlah dia
kerap memancing kat paya........ dapat ikan patin,
boleh masak gulai
asam tempoyak!
Pun begitu, ada juga khabar angin yang bertiup bahawa
beberapa
perwakilan wanita juga terlibat dengan politik wang.
Ini juga turut dimuatkan
dalam akhbar Utusan Malaysia, 11 Mei 2000 dan
petikannya berbunyi: " Ada
perwakilan yang mengadakan pertemuan pada jam 2 atau 3
pagi di dalam
tandas.".
Itu dia......hebatnya kempen pemilihan kali ini.
Sampai dalam tandas
pun dia boleh buat buat kerja................. (
tandas hotel tak berbau,
cuba kalau jumpa dalam tandas kat Puduraya)
Yang pentingnya kali ini, barisan pelapis Pemuda dan
Wanita, satu
kapal dengan Tuan Mamak Bendahara. Semuanya bukan
Melayu jati 100%.
Bercakap mengenai Aziz Sheikh Fadzir yang baru menang
tu, teringat saya
akan pertemuan saya dengan beliau lebih 18 tahun yang
lalu. Mungkin
beliau sendiri tidak mengingati akan diri saya. Kami
pernah makan di
apartmen yang sama. Ketika itu beliau menghantar dua
orang rakannya
berpindah universiti. Saya pula baru tiba dari sebuah
bandar yang lain dan
baru nak memulakan pengajian di universiti yang sama.
Saya masih ingat
lagi akan soalan saya kepada beliau:
" Hang ni dari mana?"
" Indianapolis, " jawabnya.
" Baru pindah ke?" tanya saya lagi.
" Tak....... hantar kawan yang dua orang tu, " jawab
Aziz.
" Hang biasiswa MARA ke? " tanya saya lagi. Ini kerana
dua orang kawan
beliau ditaja oleh Mara.
" Biasiswa FAMA, " jawab Aziz sambil tersenyum.
" Father and mother lah........, " sampuk kawan yang
seorang lagi. " By
the way, dia ni adik Timbalan Menteri, Datuk Kadir
Sheikh Fadzir," kata
kawan saya.
Begitulah beruntungnya Aziz berbanding saya. Belajar
pakai duit
keluarga. Bila berjaya menabur bakti kepada UMNO.
Dalam usia yang muda, dapat
pulak jadi Timbalan Ketua Pemuda. Cerah masa depan
dia. Barangkali
inilah yang dikatakan " orang yang mengenang budi" dan
"tidak menggigit
tangan orang yang memberi" mengikut kamus Mahathir
(dan UMNO?).
Wassalam
Engku Hamid
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send instant messages & get email alerts with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Pak Ng Ku <[EMAIL PROTECTED]>