*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cili Api

Pedas-Pedas Cili Api
12hb Mei 2000

Team Wawasan Memang?

Khabarnya keputusan pertandingan Naib Presiden UMNO tidak begitu
menyenangkan Dr M @ Cek Det dan Dollah Badawi. Kemenangan Najib, Mat
Taib
dan Muhyiddin seolah-olah seperti ulangan kemenangan Team Wawasan pada
tahun
1993 dulu. Ketika itu pasukan ini dianggap mempunyai hubungan rapat
dengan
Anwar Ibrahim. Tetapi mungkin dulu lain dan sekarang lain. Cek Det
berkata
beliau menerima keputusan yang dibuat oleh para perwakilan. Dollah
memberi
jaminan dia boleh bekerja dengan mereka. Namun begitu, Cili Api lihat
dari
kaca TV mereka tidak dapat menyembunyikan  air  muka  kecewa mereka.

Nampaknya pakatan di antara menteri-menteri besar gagal. Kedua-dua bekas
MB
Selangor dan Johor mengalahkan MB yang ada. Yang pelik sekali ialah
Ghani
Othman, yang mendapat pencalonan kedua terbanyak, jatuh ke tempat
ketujuh
dengan memperolehi 469 undi saja. Bahkan Ghani mendapat undi kurang
daripada
Syed Hamid Albar. Nampak-nampak gaya orang Johor pun tidak menyokong
Ghani.
Ini bahaya. Barangkali mereka sudah naik meluat atau getek terhadap
fitnah-fitnah Cek Det yang selalu dipanjangkan dengan setia oleh Ghani.
Kalau tidak salah Cili Api, Ghani terlalu mencuba sangat hendak
membuktikan
dia orang Cek Det.

Untuk pertandingan Ketua Wanita UMNO pula, seperti diduga Rafidah
menang.
Yang tidak diduga ialah majoriti yang diperolehinya cuma 12 undi saja,
walaupun beliau meninggalkan Siti Zaharah agak jauh juga dalam penamaan
calon. Yang lebih tidak boleh diduga lagi ialah kononnya ada percubaan
hendak mencolek kereta Mercedes Siti Zaharah. Dalam percubaan itu,
pemandunya mendapat cedera. Nasib baik (bagi Siti) waktu itu dia baru
masuk
kedai.   Cili Api tertarik bahawa selepas pengundian dan sebelum
keputusan
diumumkan, Pengerusi Aishah Ghani terima panggilan telefon (tak tahu
kepada
siapa? Takkanlah daripada Cek Det atau Rafidah). Waktu menelefon, Makcik

Esah tak sedar mikrofon depannya tidak tertutup. Jadi ramailah yang
dengar
bila dia melaporkan, “Rafidah dah menang, tapi tak pasti berapa undi”.

Cek Det tentu gembira dengan kejayaan Rafidah ini. Tetapi boleh jadi
beliau
tidak begitu senang dengan sesetengah keputusan dalam pemilihan anggota
Majlis Tertinggi. Anak emas beliau, Shahidan Kassim dan Megat Junid
kalah
teruk. Sebaliknya, agak memeranjatkan bahawa Zahid Hamidi menang besar
dengan menduduki tempat keempat. Tapi Cili Api kesian juga sebab Dr
Afffifudin kalah. Tentang Dr Ibrahim Saad, siapa pedulikan orang macam
itu?
Biaq pi dia terjun dengan labu-labunya!

Apabila melihat senarai nama orang yang menang dalam pemilihan UMNO ini,

Cili Api merasa sedih. Bukan sedih semata-mata kerana melihat kebanyakan

yang menang itu orang yang boleh dipersoalkan dari segi rasuah dan
moral.
Tetapi sedih kerana melihatkan sikap sebahagian besar para perwakilan
sendiri. Nampaknya cara mereka masih belum banyak berubah lagi. Boleh
jadi
ini menggambarkan sikap pemimpin besar mereka sendiri.

Cek Det masih menunjukkan lidah bercabangnya. Tak tahulah cabang dua
atau
tiga, ataupun empat.  Dia tidak habis-habis menghentam Anwar. Tetapi
beberapa kali sebelum perhimpunan inipun, beliau berkata kes Anwar ini
sudah
selesai sebab tiada sokongan lagi. Dollah sendiripun berkata semalam
bahawa
bagi dirinya kes Anwar ini sudah tutup. Tetapi, nampaknya bayang-bayang
Anwar terus menakutkan sesetengah orang, terutama Cek Det. Manakan
tidak?
Cek Det sendiri tahu bahawa kezaliman ke atas Anwar memang sebenarnya
akibat
dari fitnah dan konspirasi. Itu sebab dia takut pergi mahkamah. Cili Api

sudah lama tahu tentang hal ini.

Cek Det juga menghentam PAS. Ini memang amalan beliau tiap-tiap
tahunlah.
Beliau seolah-olah iri hati kerana sesetengah pihak di Barat tidak
mengecam
PAS sebagaimana mereka mengecam gerakan Islam di tempat lain. Macam mana

mereka hendak kecam? PAS tidak bersikap ekstremis atau pelampau. Mereka
mengikut jalan pilihanraya untuk berkuasa. Mereka tidak mengangkat
senjata.
Mereka tidak mengganas. Tetapi, jikalau Cek Det terlalu menjalankan
pemerintahan kuku besi dan menutup segala pintu kebebasan serta
demokrasi,
mungkin keadaan boleh berubah. Cili Api berharap ini tidak akan berlaku.

Pasti ia tidak boleh berlaku jikalau Cek Det dan UMNO berani
bermuzakarah.
Malangnya, Cek Det tidak berani. Sebab? Dia sebenarnya pengecut.

Akhir sekali, Cek Det bercakap tentang bahaya korupsi. Baguslah. Tetapi
cakap saja tidak cukup. Mesti bertindak. Apa tindakan yang telah diambil

oleh Cek Det terhadap laporan-laporan  korupsi yang dilakukan oleh
penyokong-penyokong besarnya? Cili Api nampak, ramai orang UMNO nampak,
dan
sebahagian besar rakyat nampak, Cek Det ini sentiasa mengamalkan pilih
kasih. Pilih kasih untuk beri kontrak. Pilih kasih untuk menyelamatkan
perasuah daripada didakwa. Memang Cek Det sentiasa cakap tak serupa
bikin.
Itulah tabiat orang lidah bercabang.

Cili Api





 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke