*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cili Api 89

Pedas-pedas cili Api
(15hb Mei 2000)

Sudah Pastikah Dollah Badawi Jadi PM?

Ada banyak sebab Dollah Badawi berasa gembira sekarang ini. Antaranya,
beliau sudah naik menjadi Timbalan Presiden UMNO tanpa perlu berkempen
atau
bertanding, dan Dr M @ Cek Det telah mengisytiharkan beliau sebagai
pengganti PM. Cek Det kata beliau akan serah banyak tugas PM kepada
Dollah.
Dollah pula kata dia sanggup membahu segala tanggungjawab yang diberi
kepadanya.

Cili Api bukan boleh percaya sangat cakap Cek Det. Cuba kita lihat nanti

sama ada betul-betul beliau akan menyerahkan kebanyakan daripada
tugasnya
yang penting. Kita cuba lihat juga nanti jikalau Cek Det bersedia
mengangkat
Dollah sebagai Pemangku PM bila-bila masa beliau melancong keluar
negeri.
Selama ini Cek Det tidak pernah mempercayai sesiapa memangku jawatannya
apabila beliau makan angin ke sana ke mari.

Kalaupun Cek Det menyerahkan sebahagian daripada tugasnya, itu
semata-mata
untuk membolehkah beliau mencapai tujuannya. Sudah nyata kepada Cek Det
lebih ramai orang UMNO yang menyayangi UMNO daripada menyayangi Cek Det.

Jadi beliau mesti menumpu lebih banyak masa untuk melawat anggota dan
bahagian UMNO. Lagi pula masih ramai orang UMNO yang tidak begitu yakin
dengan berbagai-bagai pembohongan serta fitnah beliau terhadap Anwar dan

lain-lain perkara. Jadi beliau perlu lebih banyak menemui anggota serta
pemimpin kecil UMNO untuk menarik kepercayaan mereka.

Cek Det perlu buat ini semua kerana dua sebab. Pertama, beliau hendak
bersedia dari sekarang untuk menghadapi pilihanraya akan datang. Beliau
menyedari bahawa UMNO telah kalah dalam pilihanraya lalu. UMNO tidak
lagi
dianggap Melayu dan Melayu UMNO. Kedua, dan ini lebih penting, beliau
masih
bercita-cita untuk terus menjadi Presiden UMNO dan PM Malaysia lebih
lama
lagi. Belum puas lagi duduk dalam mahligai. Masih banyak kepentingan
anak-pinak yang perlu dijaga.

Dollah, janganlah percaya Cek Det akan segera bersara. Ibu-bapanya hidup

sampai lebih 90 tahun. Beliau berharap akan berumur lebih panjang lagi
untuk
lebih lama memerintah. Cili Api lihat bila Cek Det berkata dia hendak
bersara, cakapnya sentiasa berlapik. Tak tahu entah berapa puluh kali
dia
sudah berkata akan berundur. Cili Api ingin nasihatkan Dollah: janganlah

terlalu awal berangan-angan.

Dalam ucapan penutupnya di Perhimpunan UMNO, Dollah menyebut bahawa
selama
beberapa tahun  terkeluar daripada kabinet dan pimpinan UMNO dulu,
beliau
berasa seolah-olah berada di bawah zaman pemerintahan Jepun yang zalim.
Adakah waktu itu Dollah merasakan pemerintahan di bawah Cek Det
menyerupai
pemerintahan di bawah Jepun? Menderita sangatkah Dollah? Lebih menderita

daripada badwi di padang pasir?

Sekarang Dollah bergembira menjadi nombor dua dalam pemerintahan BN dan
dalam pentadbiran UMNO. Cili Api harap beliau tidak akan mengalami
apa-apa
yang pahit pula di bawah pemerintahan Mahazalim sekarang. Atau adakah
beliau
terselamat kerana sudah menjadi dan diterima sebagai sebahagian daripada

pemerintahan Mahazalim itu? Cili Api ingin tanya pengalaman anak Pak
Hitam
dan Kuli gurkha.

Cili Api





 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke