*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> >ASSALAMUALAIKUM yang dikasihi.......
> >
> >
> >Berkenaan ayat yang berbunyi :
> >
> >"Wahuwa ma'akum ainama kuntum".
> >
> >Maksudnya :    "Allah berserta kamu, di mana kamu berada."
> >
> >[Al-Hadid : 4]
> >
> >
> >Allah bersama dengan manusia di dalam khafi atau sirri, bukan pada bentuk
> >seseorang manusia dan tubuh badan yang kasar ini. Ramai ahli-ahli Tariqat
> >telah mengambil tafsiran yang salah. Kerana mereka menyatakan Allah bersama
> >kamu itu (mumkin), jadi mumkim itu mengambil tempat menggantikan (musyuf).
> >Musyuf di dalam persembunyian dan mumkin tidak ada apa-apa peranan, jadi
> >bersama dengan kamu tidak diketahui dan tidak dapat dilihat dengan
> >pancaindera. Bermakna yang bersama-sama kamu itu ialah kekuasaan Allah SWT,
> >bukan kamu. Kerana kamu mengenal pada ilmunya saja bukan pada 'ain-Nya.
> >

Sikap yang terbaik dalam hal ini adalah dengan kita bersikap seperti Imam Malik
yakni:

" al Istiwa lil ma'lum, wa kaifa majhul, wa imanubihi wajib, wa sualuanhu
bidaah".

Ertinya, " Al Istiwa itu ma'lum, bagaimana tidak diketahuim beriman denganya
adalah wajib menyoal tentangnya adalah bidaah".

Ertinya dalam ayat2 di atas kita harus bersikap seperti SALAF yang TIDAK
MENTA"WEEL serta tidak MENAFIKAN sifat ALLAH SWT itu.

Kita hanya BERiMAN tanpa kita meyoal apa2.


> >Berkenaan ayat yang berbunyi :
> >
> >"Al-Insanu sirri wa Ana sirruhu."
> >
> >Maksudnya :    "Insan itu rahsia Aku, Aku adalah rahsianya."
> >
> >[Hadis Qudsi]
> >

Hadeeth ini bunyi nya seperti hadeeth palsu.


> >Berkenaan ayat yang berbunyi :
> >
> >"Allazinahum 'ala shalatihim da-imun."
> >
> >Maksudnya : "Yang mana mereka berkekalan mengerjakan sembahyang (solat)."
> >
> >[Al-Mi'arij : 23]
> >
> >
> >Berkekalan mengerjakan sembahyang adakah dengan menyebut : Allah-Allah,
> >Allah-Hu, Ya-Hu dan Hu-Hu itu dikatakan sembahyang (solat) yang tidak
> >berkeputusan? Istilah ahli-ahli Tasauf atau Sufi sembahyang (solat) yang
> >tidak berkeputusan ialah apa yang diisyaratkan oleh Rasulullah SAW kepada
> >Sahabat-sahabat-Nya, Tabi'in al-Tabi'in, Khawas al-Khawas dan Aulia'-aulia'
> >Allah.

Allah SWT tidak pernah MEINGISYARATKAN kaedah solat kepada AULIA2 ALLAH
terutamanya aulia lantikan SUFI.

>
> >
> >
> >Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
> >
> >"Bermula tafakkur sesaat yang hasil dalamnya itu musyahadah dan dzauq
> >terlebih baik dan terlebih afdhal daripada ibadah yang sunnat tujuh puluh
> >tahun yang tiada hasil di dalamnya yang demikian itu."
> >
> >
> >Adakah pada kita sembahyang (solat) atau bertafakkur yang disabdakan oleh
> >Rasulullah SAW itu? Kalau tidak ada apa yang disabdakan oleh baginda itu,
> >janganlah hendak mengaku dan berkata "Aku sentiasa sembahyang (solat) yang
> >tidak berkeputusan." Sedangkan sembahyang (solat) fardhu yang wajib susah
> >hendak ditunaikan inikan pula sembahyang (solat) yang tidak berkeputusan.
> >Dengan syarat semua amal-ibadat mesti atau wajib dilakukan seperti :
> >Sembahyang (solat) fardhu, tahajjud, dhuha, witir dan rawatib. Barulah
> >dapat
> >diketahui apakah itu "Ala shalatihim da-imun."
> >
> >
> >Dan berkenaan ayat yang berbunyi :
> >
> >"Man 'arafa nafsahu, faqad arafa Rabbahu, waman 'arafa Rabbahu fasadal
> >jasad."
> >
> >Maksudnya :    "Sesiapa mengenal ia akan dirinya, maka sesungguh mengenal ia
> >akan Tuhannya, dan sesiapa mengenal ia akan Tuhannya nescaya hancur
> >jasadnya."
> >
> >[Hadis Qudsi]
> >
> >
> >Jadi sesiapa mengenal diri, dialah Tuhan? Itu betul, Tuhan banyak mungkin
> >berpuluh ribu. Tetapi Allah SWT tetap satu (tunggal). Allah yang Maha
> >Berkuasa di langit dan juga di bumi. Tidak ada yang serupa dengan-Nya. Maha
> >suci Allah daripada sesuatu dan tidak mempunyai sesuatu yang hendak
> >dibandingkan. Tidak juga berbentuk dan hendak dibahagi-bahagikan. Tiada
> >berupa kalau hendak digambarkan dan tidak ada warna hendak disamakan.
> >
> >Mana satu Tuhan atau diri yang hendak dikenal, adakah jasad dan batang
> >tubuh
> >yang kasar ini sebagai bukti? Ataupun Tuhan itu berada di dalam badan? Dan
> >juga adakah Tuhan itu berada di dalam jantung yang jaraknya dua atau tiga
> >jari di bawah susu kiri? Allah SWT berkata : "Aku tidak ada di dalam, tidak
> >di luar, tidak di atas, tidak ada di bawah, tidak ada di kanan dan tidak
> >juga di kiri." "Tiada manusia yang dapat mengenal Aku, terkecuali binasakan
> >diri kamu seterusnya hingga tiada tertinggal sebesar zarrah."
> >
> >Bagaimana pula hendak hancurkan diri atau binasakan jasad. Adakah dengan
> >percakapan atau menafikan jasad dan batang tubuh yang nyata ini? Tiada ada
> >sesiapa yang berhak menafikannya walaupun sehelai rambut. Kerana semua
> >kejadian di dalam alam ini diciptakan oleh Allah SWT.
> >
> >Ahli-ahli Tasauf atau Sufi menyatakan :
> >
> >"Bahawa sesungguhnya seorang hamba menjadi jauh dari Tuhannya, kerana dia
> >tidak baik adabnya."
> >
> >
> >Berkata Abdul Karim al-Jili :
> >
> >"Bahawa Tauhid itu diwajibkan oleh Iman. Barangsiapa yang tidak berIman,
> >maka ia tidak bertauhid. Iman itu wajib, kerana diwajibkan oleh syariat.
> >Barangsiapa yang tidak bersyariat, maka ia tidak berIman dan tidak
> >bertauhid. Syariat itu wajib, kerana diwajibkan oleh adab. Barangsiapa yang
> >tidak beradab, maka ia tidak bersyariah, tidak berIman dan tidak
> >bertauhid."
> >
> >
> >Dan berkata Abu Qasim :
> >
> >"Barangsiapa yang mengenal Allah dengan jalan pertolongan Allah maka orang
> >itu adalah "Arif" tentang Allah secara Hakikat (Ahli Tasauf). Orang yang
> >"Arif" tentang Allah dengan cara dalil saja maka itu, adalah orang
> >Mutakallimin (Ahli Usuluddin). Orang yang "Arif" tentang Allah dengan cara
> >taklid (menurut perkataan orang tidak ada dengan dalil) maka orang itu
> >adalah orang awam/orang bodoh."
> >
> >
> >Ayat-ayat yang di atas itulah yang memberi keterangan dengan
> >sejelas-jelasnya berkenaan mengenal diri mengenal Tuhan. Bukan dengan
> >percakapan di mulut saja dan menafikan Kekuasaan Allah yang tidak kena pada
> >tempatnya. Jangan pakai hentam saja dengan tidak mahu berpegang kepada
> >aqidah-aqidah Tasauf Islam yang hak.
> >
> >Firman Allah Ta'ala, bermaksud :
> >
> >"Telah sempurna Tuhanmu, dengan benar dan adil, tidak ada yang boleh
> >mengubah kalimah-kalimah-Nya dan Ialah yang Maha Mendengar lagi
> >Mengetahui."
> >
> >[Al-An'am : 115]
> >
> >
> >Dan Firman-Nya lagi, bermaksud :
> >
> >"Sesungguhnya Tuhanmu, Ialah yang lebih mengetahui sesiapa yang sesat dari
> >jalan-Nya, dan Ia-lah yang lebih mengetahui orang-orang yang terpimpin."
> >
> >[Al-An'am : 117]
> >
> >
> >Jika kita periksa apa yang membisikkan kepada diri kita dan apa yang
> >ditangkap oleh qalbu kita dengan menafikan adanya sekutu bagi Allah, maka
> >kita akan dapati bahawa tidak ada yang lain dalam diri kita itu terkecuali
> >Keesaan yang wujud. Inilah yang dikatakan oleh fikiran kita. Sewaktu
> >(dengan
> >Allah) itu kita ketahui sebagai sesuatu yang wujud di kalangan mahad-Nya.
> >Katalah berkenaan hal Zahid, nisbah yang kamu dirikan antara sekutu-sekutu
> >dan Zahid itu ada wujud, ia wujud dan bukan disifatkan kepada Allah.
> >Pengetahuan (ilmu) kamu tentang yang tidak mungkin bergantung kepada
> >pengetahuan kamu tentang perkara-perkara yang ada, tetapi untuk ini kamu
> >tidak dapat menafikannya, yang berkenaan dengan Allah SWT apabila tanggapan
> >yang maqdum terfikir (terkhayal) oleh kamu, maka tidak ada apa-apa pada
> >kamu
> >kecuali pengetahuan tentang adanya pasangan lawannya atau wujud-Nya satu
> >keadaan yang membuktikan kenafian ataupun ada pada kamu ilmu tentang
> >bahagian-bahagian yang wujud yang ada nafi kepada sesuatu maujud, penafian
> >ini berdasarkan pada pengetahuan (ilmu) kamu tentang benda-benda yang
> >diketahui itu, kamu nafikan apa yang tidak diterima oleh hakikat itu.
> >
> >Orang-orang yang tahu tentang Allah SWT tidak mengetahui Allah itu, kecuali
> >fakta-fakta seperti Dia wujud. Keadaan-Nya yang Maha berkuasa, keadaan-Nya
> >yang Maha Mengetahui, keadaan-Nya Berkehendak Maha Hidup, Berdiri Sendiri,
> >Maha Mendengar dan Melihat. Mereka tidak tahu apa-apa kecuali wujud-Nya,
> >tidak boleh dikatakan bahawa Allah itu mempunyai sifat-sifat tertentu
> >pada-Nya seperti yang ada mahad-Nya. Pada mahad-Nya, sifat-sifat ini hanya
> >diletak atau dilimpahkan dan bukan dianggap atau disifatkan, oleh kerana
> >kita tidak dapat mengatakan tentang (Sifat) Allah, begitu jugalah kita
> >tidak
> >dapat mengatakan tentang apakah Dia dan bagaimana Dia, kerana Allah itu
> >tidak ada rupa, tambahan lagi, orang-orang yang tahu Allah itu, tidak tahu
> >apa-apa pun tentang Dia kecuali tahu tentang Dia itu wujud. Jika kita
> >selidiki dalam-dalam, melalui ma'rifat dan kasyaf, berkenaan Allah setakat
> >yang diredhoi-Nya, maka kita katakan bahawa kita tahu Dia dan tidak ada
> >Tuhan kecuali Dia. Berkenaan pengetahuan tentang
> >
> >Allah sebagai jauhar yang halus tidak berjasad yang boleh menerima sifat,
> >maka kita katakan iaitu kita tidak tahu Dia, oleh itu tidak dibenarkan
> >memikir tentang Allah SWT kerana tidak tahu hakikat Dia, kita khuatir orang
> >yang memikirkan tentang Zat Allah itu akan membuat perbandingan atau
> >merupakan Allah itu dengan sesuatu yang lain.
> >
> >Memang benar untuk mengetahui sesuatu itu maka perlulah tahu dahulu apa-apa
> >yang berkaitan dengannya supaya pengetahuan yang baru itu dapat diletakkan
> >di tempatnya yang sesuai. Telah diketahui bahawa kita tidak tahu adanya
> >perhubungan atau perkaitan antara Khaliq dengan makhluk-Nya seperti adanya
> >perkaiatan antara satu benda dengan benda yang lain, iaitu perkaitan jenis,
> >perseorangan daripada sesuatu jenis dan lain-lain kita tidak tahu
> >pengetahuan sesuatu yang terdahulu dengan meletakkan perkaitan antara
> >makhluk dengan Allah. Yang mana membolehkan Allah diketahui dan tidak boleh
> >diketahui melalui pengetahuan yang terdahulu seperti dikatakan oleh
> >setengah-setengah orang. Mereka mengatakan bahawa ilmu Iradat dan Qalam
> >Allah dan lain-lain itu tidak boleh dibuktikan melalui anggapan yang tidak
> >ada daripada yang ada dan melalui anggapan iaitu Allah seperti diri mereka
> >sendiri, meskipun mereka boleh mensucikan selepas itu.
> >
> >Manusia tidak boleh mengetahui sesuatu kecuali ada padanya ilmu tentang
> >sesuatu itu serupa dengan apa yang hendak diketahui itu selain dari itu,
> >dia
> >tidak dapat mengetahuinya. Apabila seseorang itu tidak mengetahui sesuatu
> >kecuali ada padanya pengetahuan sesuatu yang serupa dengannya, maka ini
> >bererti seseorang itu boleh mengetahui sesuatu perkara yang serupa yang ia
> >telah tahu. Allah tidak serupa dengan sesuatu dan tidak ada sesuatu pun
> >yang
> >serupa dengan-Nya (Allah).
> >
> >
> >Firman Allah Ta'ala : "Laisa kamitslihi syai'un."
> >
> >Bermaksud : "Tiada ada sesuatu pun sama dengan-Nya."
> >
> >[Al-Syura : 11]
> >
> >
> >Allah tidak akan dapat diketahui, tidak akan ada orang yang mengenal Allah
> >melalui dalil fikiran atau cara langsung. Selanjutnya apa yang menyebabkan
> >kita menyokong pendapat tentang Allah itu tidak dapat diketahui ialah
> >demikian, ilmu tersusun menurut perkara yang diketahui dan diperjeniskan
> >menurut perbezaan perkara yang diketahui itu dari perkara-perkara yang
> >menjadi dasar perjenisan itu ialah jauhar seperti akal dan jiwa (Nafs) atau
> >(Sifat) seperti panas dan membakar. Dalil akal diperbezakan dari jiwa
> >(Nafs)
> >kerana jauharnya dan api diperbezakan dari benda lain kerana panas dan
> >pembakarnya, kadang-kadang sesuatu perkara itu diperbezakan dengan dirinya
> >sendiri berdasarkan perbezaan keadaan (Kedudukan) seperti perbezaan duduk
> >dengan orang yang duduk atau tulisan dengan penulis atau rupa hitamnya
> >benda-benda yang hitam dan putihnya benda-benda yang putih.
> >
> >Cukuplah penjelasan yang dapat diterangkan berkenaan ilmu hakikat yang haq.
> >Tidak semudah itu apa yang kita sangkakan. Ilmu saja tidak dapat mengenal
> >Allah, ilmu adalah satu cerita iaitu (Kulit). Ilmu ma'rifat hanya
> >menerangkan berkenaan (Afa'al Allah) dan (Asma' Allah). Ma'rifat-tu-marifat
> >ialah menerangkan berkenaan (Sifatullah) dan (Zatullah). Perkara yang mesti
> >ditempuh pada awalnya dengan tidak boleh tidak ialah fana' al-fana' dan
> >fana' billa baqa' billa, barulah sempurna ilmu ma'rifatnya. Kalau kenal
> >setakat ilmu saja bererti mereka belum mengenal hakikat. Hakikat bukan satu
> >khayalan atau angan-angan yang boleh membawa seseorang itu mengenal Allah
> >Azzawajalla. Maha Suci Allah daripada sesuatu yang dapat dikenal oleh
> >manusia.
> >
> >Wallahu ta'ala a'lam.......
> >
> >Wassalamu.......
> >
> >Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri
> >
> >________________________________________________________________________
> >Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
> >
> >
> >~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> >( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> >( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> >( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> >( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> >~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> >Pengirim: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>
>
> ________________________________________________________________________
> Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "tua dah kubur" <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Abdul Rahman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke