*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>-----Original Message-----
>From: Ummu Itqaan [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
>Sent: 16 May 2000 14:29
>
>
>
>Kuala Lumpur, 12 Mei (Hrkh) - Dewan Muslimat PAS Pusat mengingatkan Ketua
>Pergerakan Wanita Umno yang baru dipilih, Datuk Seri Rafidah Aziz supaya
>tidak mempermainkan hukum Allah dalam perkara menutup aurat. Dalam
>kenyataan muslimat Pusat itu, mereka menegaskan, menutup aurat merupakan
>kewajipan bagi semua wanita Islam ketika berhadapan dengan lelaki yang
>bukan mahram dalam apa jua keadaan sama ada rasmi atau tidak. "Oleh
>demikian tidak timbul arahan supaya memakai tudung kepala itu hanya sebagai
>simbolik disiplin ketika menghadiri apa jua acara rasmi," kata mereka
>sebagai mengulas kenyataan Rafidah dalam laporan sebuah akhbar berbahasa
>Inggeris, hari ini (7 Mei) yang meminta setiap anggota pergerakan wanita
>Umno mengenakan selendang atau tudung kepala sebagai satu uniform ketika
>menghadiri upacara rasmi parti itu.
>
>Menurut kenyataan itu lagi, kita hendaklah faham pengertian displin dalam
>konsep yang sebenar. "Jika kita mengaku diri kita muslim, ambillah
Islam secara keseluruhan. Janganlah kita ambil separuh dan tinggalkan
separuh yang lain semata-mata inginkan populariti dan glamour sahaja,"
menurut kenyataan tersebut.
>
Dalam kenyataan lain, ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Lo' Lo'
Datuk Ghazali kesal dengan kejahilan Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk
Seri Rafidah Aziz berhubung hukum menutup aurat. "Kita sedih kerana Ketua
Wanita Umno mempunyai pandangan yang cetek dengan menyamakan memakai tudung
dengan songkok.
>
"Ulamak Umno sepatutnya menerangkan kepada wanita Umno bahawa memakai
tudung itu merupakan kewajipan bagi wanita muslim," katanya kepada
Harakahdaily. Tegas Dr Lo' Lo', "wanita Islam memakai tudung kepala juga
bukan kerana PAS kerana beliau (Rafidah) kena faham bahawa bukan wanita
Muslim di negara ini sahaja pakai tudung, malah seluruh dunia. Allah
mewajibkan menutup kepala bagi wanita Islam".
>
________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Ui Dann" <[EMAIL PROTECTED]>