*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TANAH MERAH, 15 Mei (Hrkh) - Pemimpin-pemimpin
bekas Semangat 46 perlu mengakui hakikat kehadiran
mereka bersama Umno sekarang kurang disenangi
ahli-ahli Umno, berdasarkan pemimpin utama mereka
tewas dalam pemilihan pada perhimpunan agung Umno,
baru-baru ini.
Bekas Timbalan Presiden Semangat 46, Dato' Dr Rais
Yatim tewas bagi jawatan Naib Presiden Umno. Begitu
juga Dato' Zainal Abdin Zin, Dato' Mazlan Harun dan
Tengku Azlan Sultan Abu Bakar tewas pada pemilihan
anggota jawatankuasa Majlis Tertinggi Umno kecuali
Dato'
Shahrir Samad yang menang pada kedudukan ke-14.
Anggota Exco, Dewan Pemuda PAS Kelantan,
Nasaruddin Haji Daud berkata, perkembangan yang
berlaku pada perhimpunan agung Umno itu sudah cukup
untuk menggambarkan bekas-bekas pemimpin Semangat
46 kurang diterima di kalangan Umno.
Katanya, Rais Yatim yang pernah memegang jawatan
Timbalan Presiden Semangat 46 sepatutnya berasa malu
kerana usahanya untuk mendapat tempat pada jawatan
Naib Presiden tidak diterima majoriti ahli Umno.
"Malah sebahagian besar ahli-ahli yang hadir pada
perhimpunan agung itu memilih rakan-rakan rapat
bekas
Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim
bagi
jawatan naib presiden," katanya pada ceramah di
Bukit
Bunga di sini, malam semalam.
Beliau juga berkata, Umno juga sudah ketandusan
pemimpin apabila memilih calon jawatan Naib Presiden
adalah dari pemimpin yang bermasalahan.
Tan Sri Muhamad Mohd Taib yang dipilih pada
perhimpunan agung parti itu sebagai Naib Presiden,
sebelum ini terlibat dengan skandal gagal
mengisytiharkan duit tunai berjuta-juta ringgit di
Austalia.
Malah dia juga pernah dihadap ke mahkamah atas
tuduhan rasuah apabila menukar nama pemilik tanah
kepada isterinya.
"Umno sebenarnya sudah terlalu ketandusan pemimpin
untuk dipilih ke jawatan tertinggi parti itu
berdasarkan
kepada perkembangan yang berlaku sekarang," kata
Nasaruddin yang juga Adun Meranti.
Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan,
Takiyuddin Hassan juga berkata, Umno terlalu
ketandusan
pemimpin berwibawa sehingga sanggup memilih
pemimpin-pemimpin yang pernah bermasalah untuk
memegang jawatan tinggi dalam parti itu.
Menurutnya, Umno memilih pemimpin yang dibersihkan
oleh mahkamah untuk dipilih sebagai Naib Presiden
parti
itu.
Beliau juga menasihatkan penduduk Jeli tidak
terpengaruh
dengan politik kain pelikat sehingga boleh dicucuk
hidung
oleh parti yang berkepentingan.
"Rakyat jangan jadi seperti peminta sedekah yang
menagih sesuatu daripada pemimpin parti tertentu.
Mereka hanya datang menemui rakyat menjelang pilihan
raya sahaja," katanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>