*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ PAS akan bantu calon Teluk Kemang KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) - PAS akan membantu sepenuhnya calon dari Barisan Alternatif (BA) dalam pilihanraya kecil Teluk Kemang yang akan diadakan pada 10 Jun depan berikutan kematian . Presidennya, Dato Fadzil Noor berkata, meskipun PAS tidak akan bertanding di kawasan itu tetapi parti itu akan membantu calon BA seolah-olah PAS yang bertanding di kawasan itu. Dalam pilihanraya umum lepas, calon KeAdilan, P Gobalakrishnan menjadi calon BA di atas tiket DAP di kawasan itu meskipun ia kawasan tradisi DAP. Akhbar internet, malaysiakini.com hari ini melaporkan calon KeAdilan akan bertanding dalam pilihanraya kecil itu walaupun spekulasi awal menyatakan DAP yang akan mewakili BA. Akhbar itu yang memetik sumber KeAdilan berkata, Ketua Penerangan KeAdilan dijangka akan menjadi calon dalam pilihanraya kecil itu. Walaubagaimanapun, Ketua Publisiti DAP Kebangsaan menafikan sebarang keputusan dibuat mengenai calon BA dalam pilihanraya kecil itu. Menurutnya, DAP akan mengadakan mesyuarat kecemasan esok untuk menentukan calon DAP dan juga permintaan daripada KeAdilan. __________________________________________________ Do You Yahoo!? Send instant messages & get email alerts with Yahoo! Messenger. http://im.yahoo.com/ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Pak Ng Ku <[EMAIL PROTECTED]>