*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillahir Rahmaanir Rahiim
Assalaamu`alaikum wa Rahmatullahi wa Barakaatuh
   
PERSPEKTIF KEMANUSIAN(HUMANISME) DAN KEWUJUDAN

aliran ini dikenali sebagai kuasa yang ketiga psikologi, kerana pada
dasarnya mereka melihat manusia sebagai entiti(kewujudan) yang baik,
bebasbertanggungjawabserta kreatif. manusia sentiasacuba untuk mencapai
kejayaan dalam hidup serta berusaha untuk sampai ke tahap kewujudan yang
tertinggi sekali.

___________
(kalau kita nak bincang tentang menangkat martabat manusia..maka hal ini
telah lama termaktub :

Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan
memperoleh beberapa derajat ketinggian di sisi Tuhannya dan ampunan serta
rejeki (nikmat) yang mulia. (QS. 8:4)

Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di
daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezki dari yang baik-baik dan Kami
lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang
telah Kami ciptakan. (QS. 17:70)

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang
sebaik-baiknya. (QS. 95:4)

malahan konsep manusia dalam Islam lebih baik dan lengkap berbanding teori
humanisme (ciptaan manusia..Barat pula tuh ) Manusia akan mencapai tahap
tertinggi melebihi tahap malaikat, itu sebabnya Allah minta malaikat sujud
pada Nabi Adam a.s. :

Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuhmu,
kemudian Kami katakan kepada para malaikat:"Bersujudlah kamu kepada Adam";
maka merekapun bersujud kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka yang
bersujud. (QS. 7:11)
cuma bezaanya Humanisme tak bicarakan soal manusia jaahut paada tahap yang
paaling rendah lebih hina daripada haiwan :
atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau
memahami.Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan
mereka lebih sesat jalannya dari binatang ternak itu). (QS. 25:44)

Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka),
(QS. 95:5)

_____________

Kebanyakan pengaruh perspektif ini datang daripada pengajaran Falsafah
Eropah seperti Falsafah kewujudan kiekergard, Husserl, Heideggar , Sarte
dan lain-lain

Falsafah ini memberi penekanan kepada kemulian, kebaikan dan kebebasan
manusia. Tokoh psikologi dalam aliran ini ialah May,Boss, Rogers, dan
Maslow.
(tokoh yang popular ialah Maslow dan Rogers)

Tokoh-tokoh ini menyarankan bahawa di dalam setiap diri manusia ada satu
kuasa aktif yang sentiasa menggerakan mereka ke arah kesmpurnaan sendiri
(kendiri). Apabila personaliti individu "membuka" drinya dalam keadaan
semulajadi yang baik, ini membolehkan kuasa-kuasa yang aktif dalam diri
individu tadi akan terlepas keluar lalu muncul aspek-aspek muliaa serta
positif.

____________

(Kesempurnaan kendiri dalam Islam dikenali sebagai insan kamil.cuma seperti
yang saya sebut awal-awal tadi konsep insan kamil lebih lengkap lagi.
Buktinya??? ...anda boleh buktikan sendiri kalau anda benar-benarseorang
muslim yang baik lagi bertaqwa)

(Keadaan semulajadi yang baik maknanya persekitaran yang baik. Jauh
daripada kemaksiatan,penuh dengan nasihat-menasiahati, kasih sayang,
mendampingi ulama (tentu PM kurang setuju.....kecuali ulama upahan),
sahabat yang baik dan keluaga yang baik. Saya rasa tentu Maslow kurang
setuju dengan takrif persekitaraan yang baik yang saya kemukakan....tak
kisah lah, saya bukan nak cari gaduh. saya juga kena hormat ilmu dia sebab
dia lebih banyak membuat penerokaan berbanding dengan saya...saya hanya
sekadar berpegang pada :
Kebenaran itu adalah dari Tuhan-mu, sebab itu jangan sekali-kali kamu
termasuk orang-orang yang ragu. (QS. 2:147)

____________

Pada pendapat pakar-pakar perspektif ini, tekanan -tekanan mental (fikiran)
disebabkan alam sekitar yang tidak menyenangkan. Tekanan ini akan
menghalang seseorang itu daripada bergerak ke arah kebaikan ,kemuliaan dan
kesempurnaan.
________

( Tuan Maslow,...saya setuju dengan pandangan ini. kalau saya mengahadapi
tekanan di tempat kerja, contohnya bergaduh dengan ketua, atau masalah
kewangan...tentulaah saya tak bahagia...serabut lah (perut saya) (tension)

(Tapi pada masa yang sama saya kena berfikiran seperti ini...kalau kena
cara tekanan ini lah yang dapat membawa saya kepada kesempurnaan dan
kemuliaan, cuba amati maksud ayat di bawah :
Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepada mereka, dengan sedikit
ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan
berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (QS. 2:155)
(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan:"Innaa
lillahi wa innaa ilaihi raaji'uun". (QS. 2:156)
Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan yang sempurna dan rahmat dari
Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (QS. 2:157)
Ketga-tiga unsur ini iaitu : keberkataan, rahmat dan hidayat  adalah betuk
kemuliaan dan syarat untuk kesempurnaan kendiri . cuba cakap apa ruginya
kita...sebab itulah nabi SAW mengatakan bahawa orang mukmin itu ajaib
(menghairankan...kena buat kajian nih)kalau ia mendapat sesuatu maka dia
bersyukur daan kalau ditimpa musibah(masalah) dia bersabar. rasa-rasa saya
inilah kesempurnaan kendiri yang hakiki)
__________

Pakar-pakar teori kewujudan (esistentialism) seperti Rollw, May, Agiorgi,
R.D Laing dan lain-lain menekankan bahawa manusia mempunyai pilihan untuk
membentuk diri sendiri. Kewujudan serta makna hidup seseorang terletak di
tangan masing-masing dan hanya kita yang dapat memutuskan rupa bentuk
perangai, tingkah laku dan sifat diri sendiri.

___________

(Perkara ini pun sudah disebut dalam al-Qur an :
Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di
muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah.Sesungguhnya
Allah tidak merubah keadaan suatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang
ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan
terhadap suatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali
tak ada pelindung bagi mereka selain Dia. (QS. 13:11)

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan,
(QS. 91:8)

Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu
menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena
sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik. (QS. 2:195)

perkara sama saja, yang berbeza ialah kenyataan ini ada roh iman yang tadi
tak ada itu saja)

Bersambung........

_____________

penerokaan :

Freud adalah tokoh psikologi yang banyak membicarakan soal alam tak sedar,
berikut adalah kata tak sedar dalam maksud al Qur an

1.Demikianlah Kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang
telah mereka kerjakan. Dan demikianlah Kami adakan pada tiap-tiap negeri
penjahat-penjahat yang terbesar agar mereka melakukan tipu daya dalam
negeri itu. Dan mereka tidak memperdayakan melainkan dirinya sendiri,
sedang mereka tidak menyadarinya. (QS. 6:123)

2.Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka
hanya menipu diri sendiri sedang mereka tidak sadar. (QS. 2:9)

3. Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan,
tetapi mereka tidak sadar. (QS. 2:12)

4. maka apakah orang-orang yang membuat makar yang jahat itu, merasa aman
(dari bencana) ditenggelamkannya bumi oleh Allah bersama mereka, atau
datangnya azab kepada mereka dari tempat yang tidak mereka sadari, (QS.
16:45)

5. Maka mereka telah kembali kepada kesadaran mereka dan lalu
berkata:"Sesungguhnya kamu sekalian adalah orang-orang yang menganiaya(diri
sendiri)", (QS. 21:64)

6. Kami bersegera memberikan kebaikan-kebaikan kepada mereka Tidak,
sebenarnya mereka tidak sadar. (QS. 23:56)

7.Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat (yaitu)
kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, karena sesungguhnya telah
datang tanda-tandanya.Maka apakah faedahnya bagi mereka kesadaran mereka
itu apabila hari kiamat sudah datang (QS. 47:18)

Jadi anda boleh banding bezakan antara konsep alam tak sedar Freud dan kata
tak sedar  yang ada dalam Maksud al-Qur an. 




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke