*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum;
Ini nak cerita dari mulut orang awam ajelah. Yang
lebih tepat ialah perkataan tuan2 doktor.
Apa yang pernah teman dengar, tyroid ada beberapa jenis:
Kalau tak silap berpunya dari kekurangan/berlebihan
sesuatu dalam badan (iodine rasanya). Jadinya, badan
bertindakbalas - yang bengkak di leher tu pasal
kelenjar terlebih kerja lah tu.
Jenis2nya; ish nak sebut pun terbelit2 lidah, kalau
silap maaflah ajelah - thyrotoxicosis, hyperthyroidism,
graves disease, hormon thyroxine. Ada yang boleh sembuh
dengan makan ubat selama 2 tahun saja. Ada yang kena
makan sepanjang hayat. Ada yang kena potong leher.
Pasal kesan pada physical, yang pernah teman lihat,
bola mata tertekan keluar oleh kelenjar yang membengkak,
tangan mengigil, berat badan menurun, berpeluh walaupun
dimalam yang sejuk, cepat letih, dll.
Khabarnya penyakit ini common juga bagi pompuan. Lelaki
pun ada yang kena juga. Yang mungkin merisaukan ialah
kemungkinan tak boleh mengandung semasa tempoh makan
ubat kerana khabarnya ada ubatan2 yang boleh menjejas
pembesaran janin. Setakat itu sajalah sekadar berkongsi
maklumat. Kalau silap fakta maaflah tuan2 doktor -
sebab ini berdasarkan pada pemerhatian orang awam saja.
Jadi mak sdri perlu dibawah jumpa doktor seawal mungkin.
Wassalam
----- Original Message -----
From: siti rodziah mastor <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Monday, May 15, 2000 8:09 AM
Subject: H-Net* Tyroid
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Aslmkm;
> Kpd sesiapa yg mengetahui lebih lanjut tentang
> penyakit tyroid diharap dapat berkongsi pengetahuan.
> Saya ingin mengetahui punca penyakit, kesan, rawatan
> yg ada masakini dan peluang untuk baik serta
> penjagaan yg perlu saya buat kerana emak saya ada
> penyakit tersebut dan doktor tidak ingin memberitahu
> lebih lanjut tentang penyakit tersebut. Ada terdapat
> bengkak di leher emak saya spt ketulan daging dan
> beliau seringmengadu sukar untuk bernafas.
> Diharap ada para sahabat yg sudi utk berkongsi
> pengalaman dengan saya.
> Kerjasama tuan/puan diucapkan ribuan terimakasih.
> Wasalam.
-----------------------------------------------------
Get free email from CMP at http://www.cmpnetmail.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: [EMAIL PROTECTED]