*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bismillahir Rahmaanir Rahiim
Assalaamu`alaikum wa Rahmatullahi wa Barakaatuh
   
Ucapan terima kasih tidak terhingga pada M. Syah atas ulasan yang diberi,
menarik dan  saya amat setuju sekali. Cuma ada beberapa ayat yang saya guna
tidak boleh diterima oleh sesetengah orang, saya mohon maaf. Sebenarnya
ayat tersebut hanya untuk penyegar (tarik perhatian saja) dan dalam konteks
budaya dan masyarakat setempat saya masih boleh diterima...kalau ada yang
keberatan abaikan saja ayat huraian saya dalam kurungan itu.

kalau saya tulis 100% ilmiah, mungkin berat untuk diterima oleh orang awam.

satu lagi ,,,,ilmu ini bukan milik saya, saya diajar oleh guru saya..dan
saya tak ada hakcipta terhadapnya....ilmu itu anugerah Allah pada hamba-Nya

walau apa pun saya tetap mohon maaf dan ucapan terima kasih
----------
> From: M.Syah <[EMAIL PROTECTED]>
> To: [EMAIL PROTECTED]
> Subject: [is-lam] Psikologi Sosial1 (Pandangan Saya)
> Date: Thursday, May 18, 2000 12:19 AM
> 
> Assalammualaikum wr wb,
> 
> Di sini saya ingin memberi pendapat saya tehadap  
> PSIKOLOGI SOSIAL. Yang bertanda M.S. ialah pandangan
> saya. 
> 
> (pada kesempatan ini izinkan saya (kalu tak izinpun
> saya nak tulis juga)
> 
> M.S:(walaupun ada kebebasan, tetapi anda, tulisan dan
> lisan �wajib� tertakluk kepada Quran dan Hadis selagi
> �syahadat anda masih valid) Saya rela jika sesiapa
> ingin berdebat kerana Allah swt bab ini.

TAPI SAYA TAK MINAT BERDEBAT (KIRA M SYAH MENANG SAJA LAH...)
> 
> berceloteh atau berbual-bual berkaitan dengan ilmu
> psikologi sosial adalah satu bidang yang saya minati
> semasa belajar di universiti (UKM), saya ingin
> merakamkan terima kasih pada guru (pensyarah) saya
> yang telah memperkenalkan psikologi sosial pada saya.
> juga ucapan terima kasih kepada En. Mohd Makzan Musa
> yang banyak menulis berkaitan psikologi sosial,
> tulisan beliau saya jadikan asas perbincangan ini)
> 
> M.S: Cara begini mengenangi budi sesuai dengan Agama
> islam.
> 
> PENGENALAN
> 
> Psikologi sosial adalah sebahagian daripada ilmu
> psikologi yang Menumpukan perhatian kepada tingkah
> laku sosial manusia. Ruang linkup psikologi sosial
> amat luas, sebagaimana luasnya maksud sosial
> (masyarakat) itu sendiri.Oleh itu sukar untuk
> mendapatkan definisi (amksud) yang tepat untuk
> psikologi sosial.
> 
> M.S:Sebagai pelajaran nampaknya ok
> 
> (tawaran terbuka untuk sahabat-sahabat yang 'gatal'
> fikiran untuk cipta definisi sendiri)

BILA KITA TANDA '    '  MAKNANYA ADA MAKSUD YANG TERSIRAT, KALAU KITA TAK
TAHU KITA KENA TANYA ORANG TAHU, RASANYA ADA AYAT TENTANG HAL TERSUT TAPI
SAYA TAK TULIS TAKUT M SYAH KATA SAYA MACAM-MACAM PULA

> 
> M.S:Disini ada �keceluparan� sudi tunduk kepada
> psikologi-islam tatacara Quran dan Hadis


KALAU RASA PEDAS...MOHON MAAF
> 
> Dua faktor yang menyebabkan definisi menjadi sukar
> dibuat ialah :
> 1.Bidang ini penuh dengan pelbagaian (banyak perkara) 
> 2. Berkembang pesat
> 
> Tapi definisi umum psikologi sosial ialah ilmu untuk
> menjelaskan: 
> Mengapa dan bagaimana manusia bertingkah laku,
> berfikir dan merasa di dalam keadaan yang melibatkan
> kehadiran orang lain secara langsung atau tidak
> langsung.
> 
> M.S: Dalam Quran ada menjelaskan 'kenal-mengenali' di
> antara manusia.

BAWALAH DALIL BOLEH KITA KONGSI SAMA....JANGAN 'KEDEKUT' PULA
(KEDEKUT DALAM AYAT DI ATAS SEKADAR GURAUAN PERSAHABATAN SAJA..BUKA
TUDUHAN)
> 
> Ringkasnya, psikologi sosial ialah bidang yang
> saintifik yang cuba memahami sifat dan sebab manusia
> bertingkah laku dalam situasi sosial.
> 
> (kalau kita membibicarakan diri kita sendiri kita
> sebut psikologi personaliti, bercakap tentang masalah
> manusia kita sebut klinikal auat kaunseling...kalau
> kita berbicara tentang fikiran manusia kita sebut
> kognitif...dan kalu kita bicara tentang hubungan kita
> dengan orang lain kita akan sebut psikologi sosial)
> 
> Tiga unsur yang ada dalam definisi akan dijelaskan
> iaitu 
> 1.tingkah laku
> 2. saitifik
> 3. situasi sosial
> 
> Tingkah laku dalam definisi merujuk pada perasaan,
> pemikiran dan tindakan yang kelihatan
> (betapa kuat dan besarnya pengaruh Behaviurisme
> (mazhab tingkah laku) 
> dalam psikologi ...hinggakan tingkah laku ditafsikan
> sebagai perasaan dan pemikiran)
> 
> M.S: Label atau tafsir yang tak melanggar tatasusila
> agama islam dianggap ok..
> 
> Konsep saintifik pula merujuk kepada kaedah (cara)
> atau teknik Penyelidikan yang di dalamnya terdapat
> ciri-ciri sains (ada pengiraan) untuk memahami tingkah
> laku manusia. ciri-ciri tersebut seperti kesahan,
> keboleh percayaan dan emperikal.
> (biasanya kaedah yang digunakan untuk mengukur tingkah
> laku dan 
> ciri-ciri manusia ialah soal selidik dan kaedah-kaedah
> experimen yang lain)
> 
> situasi sosial pula dipengaruhi oleh faktor
> sosiobudaya seperti nilai, norma dan standard. Faktor
> yang mempengaruhi tingkah laku juga dilihat.
> 
> Oleh sebab , psikologi sosial berperanan memahami
> segala tingkah laku manusia dalam latar sosial yang
> pelbagai, maka maklumat yang diperolehi ini
> membolehkan kita meramal tingkah laku sosial dan
> mungkin dapat mengubah tinglah laku dengan cara yang
> tertentu.
> 
> (bila saya duduk berseorangan..maka tak ada kaitan lah
> dengan psikologi sosial. tapi bila sahabat/anda jumpa
> dengan saya, maka terlibatlah saya dengan psikologi
> sosial :
> 1. Persepsi/tanggapan :sapa nih macam cam (kenal)
> aja...(rasa macam cam ..jangan merokok)
> 2. Sikap : saya suka atau tidak dengan anda
> 3. pemujukan : saya pujuk anda supaya baca karangan
> saya.
> 4. prangsaka : saya kan prjudis atau buat tanggapan
> biasanya tak baik, anda tentu nak kacau saya
> 
> M.S: Allah 'haramkan' prasangka buruk sesama insan.
> Keseluruhan zahir/batin anda serahkan kepada Allah
> swt.
> 
TERLUPA NAK CAKAP SAYA DI ATAS IALAH DALAM KONTEKS ILMU BARAT...TERIMA
KASIH TOLONG BAGI NASIHAT.

> 5. cinta : saya mungkin jatuh cinta pada anda
> ...pandangan pertama, itupun kalau anda wanita..kalau
> tidak...haram (namun psikologi sosial Barat turut
> membincangakan soal homoseksual )
> 
> M.S: Cinta dengan aturan Allah adalah ok....
> 
> 6. Agresif/langsangan :Saya marah bila anda ganggu
> saya...nah ambil satu penumbuk 

(INI PUN CELOTEH JUGA)
> 
> M.S:sila rujuk contoh Nabi dan ulamak-ulamak muktabar
> cara mereka menhadapi pelbagai manusia..mereka
> menghindari sifat�ujub�
> 
> 7. kepimpinan : saya akan lanti anda sebagai ketua
> (lepas tu saya pecat balik seperti yang dilakukan oleh
> PM pada TPM)
> 
> M.S: Biarkan kedua-dua itu diadili dari segi dramatik
> mereka oleh Maha Pecipta dan Maha.....seterusnya.
> 
> 7. Prososial : Saya akan bantu anda bila anda
> memerlukan bantuan.)
> 
> M.S:Sila rujuk firman Allah dan sabda Nabi saw yang
> saya tampilkan di penghujung..
> 
> (Kenapa kita perlu belajar psikologi sosial ? tak
> kisah kalu tak belajar pun ..tak ada yang suruh...tak
> paksa pun,...tak ada dalam akta pun(cuma mungkin ada
> dalam ISA)
> 
> M.S:Persetankan undang-undang yang digubalkan oleh
> manusia...
> 
> Laa..sekurang-kurangnya ingat sikit hadis nabi yang
> suruh kita menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang
> lahad. 
> 
> M.S:Ini penjelasan yang baik bagi ummah.
> 
> Sebab kena belajar ialah kita makhluk sosial. hidup
> bermasyarakat. Tak boleh hidup berseorangan
> (sendiri-sendiri) kalau tidak kita akan jadi tak
> berapa betul...kalau jadi doktul (doktor) ada faedah
> juga.
> 
> M.S: Setiap individu sekedar bergaul saja dengan di
> luar diri mereka secara ditakluk hukum islam. Banyak
> ayat-ayat Quran menjelaskan..
> 
> Namun sebab yang paling utama ialh rujuk maksud ayat
> ini : Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu
> dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan
> menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku
> supaya kamu saling kenal mengenal.Sesungguhnya orang
> yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah
> orang yang paling bertaqwa di antara kamu.Sesungguhnya
> Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal (QS. 49:13)
> 
> M.S:Firman itu maksudnya 'BENAR", tapi apakah �tulisan
> dan keterangan� anda sesuai dengan �bertakwa��atau
> sengaja mencabul dengan perasaan saja dengan tercetus
> 'celupar'..
>
CELUPAR DAN CELOTEH TAK SAMA...TANYA LAH ORANG MALAYSIA KALAU DIA DITUDUH
CELUPAR....APAKAH DIA AKAN TERSENYUM ????
 
> Hidup kita nih...kalau nak tahu...bukan sekadar
> memenuhi makan, pakai, tempat tinggal atau pangkat,
> saham, kronie, harta , mahligai ??(itu fikiran
> Barat...dan seangkatan dengannya...saya tak kata UMNO)
> ..tapi yang lebih utama ialah kerana manusia adalah
> khalifah Allah di bumi ini...oleh itu ikutilah panduan
> al-Qur an dan as Sunnah.
> 
> M.S: Ingat anda juga khalifah memimpin lisan dan
> tulisan anda, adakah ianya sesuai dengan Quran dan
> Sunnah?? Anda kerap mengambil Firman dan Sabda sebagai
> �pedoman� kepada para pembaca�Tetapi tulisan anda
> adakah �tunduk� kepada kedua sumber tersebut.

ITU SEBAB DALAM ISLAM ADA KONSEP NASIHAT MENASIHATI, ANDA NASIHAT LAH
SAYA(NASIHAT KERANA ALLAH..BUKANNYA TUDUH BUKAN-BUKAN) 
SAYA AKAN TERIMA TANPA SYARAT...WALAUPUN HATI KECIL SAYA TAK SUKA.
 Anda
> juga menamakan �psikolgi-islam� dan mengaku bahawa
> Nabi saw adalah telah mendahului ilmu-jiwa dari
> pakar-pakar yang lain. Tetapi Nabi bersabda ��jika
> padanya terdapat apa yang KAMU BICARAKAN itu, maka
> bererti kamu MENGUMPAT dia, dan jika tidak seperti apa
> yang KAMU BICARAKAN, maka bererti kamu MENUDUH dia�
> (Riwayat Muslim)

CUBA SEMAK BALIK ADA TAK SAYA SEBUT NAMA SEKIAN SEKIAN DALAM TULISAN
SAYA...KALAU ADA TOLONG NYATAKAN SAYA NAK MINTA MAAF DENGAN DIA.

PSIKOLOGI NIH ILMU JIWA DAN SIAPA KAH YANG PANDAI BAIKI JIWA MANUSIA KALAU
TIDAK NABI SAW.

.Anda telah mempelajari
> ilmu-psikologi, tetapi malangnya terdapat cara seperti
> para psikologist agama lain dan tak beragama dengan
> �celupar lisan dan tulisan�.Saya yakin anda juga yakin
> 100% bahawasanya kita akan didakwa di Mahkamah Allah
> atas segala tingkah-laku kita di alam ini. Setiap
> malaikat senantiasa mencatit kesemua perbuatan kita.
> Dan firman Allah �Dan jangan sebahagian kamu mengumpat
> sebahagiannya�(Quran al-Hujurat: 12)

SAYA SANGAT SUKA MENGGUNAKAN DUA PERKTAAN IAITU

"TERIMA KASIH' DAN 'MAAF'

WASSALAM
CIKGUNIK

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke