*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillahir Rahmaanir Rahiim
Assalaamu`alaikum wa Rahmatullahi wa Barakaatuh
PEMIKIRAN
Rumah anda ada pintu ke...? tentulah ada ....tak kan lah masuk ikut tingkap
pula...kalau anda raja pintu istana anda ada penjaga.
Tahukah anda ? anda adalah penjaga. Tapi, penjaga pintu fikiran. Maknanya
kalau sesuatu nak masuk dalam fikiran kena minta izin daripada kita
terlebih dahulu.
Kata boleh izinkan akal fikiran kita dipenuhi dengan idea yang indah atau
membenarkan musuh-musuh kejayaan masuk dan buat penempatan di sini.
Kalau seorang pencuri berjaya memasuki rumah kita dan mengambil harta milik
kita....apa yang kita akan buat ? Tentu kita akan buat pelbagai cara,
seperti lapor kepada polisi atau buat sistem kawalan.
Dalam banyak-banyak pencuri...adalah seorang pencuri yang sangat merugikan
kita tapi ramai yang tidak sedar.
pencuri tersebut adalah PEMIKIRAN NEGATIF . Pencuri ini tak perlu
menghendap-hendap dalam gelap untuk mencuri harta kita. Dia dikatogerikan
sebagai pencuri yang berani dan masuk masuk ke rumah kita, di hapan mata
kita ( tak beradap langsung )
Untuk perhatian bersama....hidup kita akan porak pranda (rosak) kalau kita
izinkan pemikiran negatif masuk dalam fikiran kita, anta ahli-ahli fikiran
negatif ialh seperti, cembru,takut,bimbang, tak yakin, putus asa dan yang
seangkatan dengannya.
Ada seorang ahli Falsafah Barat ( kalau tak setuju Falsafah Barat , cuba
cari falsaafah Islam, lebih baik ) menyatakan bahawa :
" Jagalah fikiran anda sepaaya dipenuhi dengan hal-hal yang hebat dan
menyenangkan, di mana andaa senang melakukannya...dan kemudian bersama
dengan beredarnya hari, dengan tidak disedari anda telah menggenggam
kesempatan yang anda perlukan untuk memenuhi hasrat hati
(KITA PERLU BNTUK FIKIRAN YANG SEGAR)
Masa depan kita banyak bergantung pada jumlah dan bentuk fikiran yang kita
izinkan memasuki fikiran kita. Hal yang bertentangan (positif dengan
negatif) tak dapat mengisi fikiran kita dalam waktu yang sama. maka cara
nak buang fikiran negatif ialah dengan cara membenarkan idea positif masuk
dalam fikiran kita.
Di Di kesempatan ini...selagi masih sempat...dan diberi kesempatan oleh
Allah.
Berilah kesempatan pada fikiran positif memasuki benak (fikiran) kita,
antaranya cinta, keceriaan,pribadi yang baik, harapan, keteguhan dan
sebagainya.
Yang paling positif antaranya ialah mendekatkan diri kepada Allah.
_________________
Sila hayati ayat berikut :
Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari
kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir,
pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya
kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni nereka; mereka
kekal di dalamnya. (QS. 2:257)
(kemudian sila rujuk ulama tafsir atau kitab tafsir yang muktabar)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>