*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cili Api 91

Pedas-pedas Cili Api
(17hb Mei 2000)

Semuanya Untuk  Dr M Saja

Cili Api lihat sekarang ini semua sambutan sudah menjadi upacara  untuk
menyambut dan mendengar Dr M @ Cek Det saja. Semalam telah diadakan
sambutan
Hari Guru di Kuala Lumpur. Tetapi ia bukan merupakan sambutan oleh dan
untuk
guru-guru sendiri. Tidak ada ruang untuk pemimpin guru berucap dan tiada

peluang untuk para guru menyuarakan hasrat.   Mereka hanya dikehendaki
berkumpul, mendengar ucapan, tepuk tangan, tengok tokoh guru dikalung,
minum-minum sedikit dan lepas itu balik.

Begitu jugalah yang lebih kurang berlaku beberapa hari sebelum ini
apabila
sambutan belia diadakan di Pahang.  Dalam kedua-dua sambutan, yang
menjadi
bintangnya tidak lain tidak bukan ialah pelakon besar bernama Cek Det.
Lakonannya mendapat liputan luas melalui televisyen dan akhbar. Orang
ramai
lupa sama sekali tentang pentas yang digunakan untuk lakonan itu. Jelas
sudah, mulai sekarang dan lebih daripada masa-masa yang lalu, segala
media
akan digunakan  untuk memulihkan dan, kalau boleh, menaikkan nama Cek
Det.

Kita telah melihat bagaimana pengarang akhbar dan penerbit program TV
telah
disingkir kerana mereka dianggap penyokong Anwar. Bahkan seorang
pengarang
akhbar Inggeris yang terkenal menyokong Cek Det 100 peratus pun telah
disingkir kerana terbuat silap. Akhbar atau majalah yang selalu
mengkritik
Cek Det sudah dihadkan pengeluarannya ataupun tibatalkan permitnya.
Bahkan
yang cuba bersikap neutral pun telah diberhentikan. Tak usah cakaplah
tentang parti-parti alternatif yang  memohon permit. Mereka menunggu
berbulan-bulan tanpa apa-apa jawapan.  Sebaliknya, beberapa akhbar baru
yang
menyokong Cek Det mudah saja mendapat permit. Seolah-olah Cek Det masih
tidak puas dengan media sedia ada,  yang tidak habis-habis menjadi
penjilat.

Sudahlah saluran media disekat, sekarang ini pihak polis, yang tentu
sekali
mendapat arahan daripada Cek Det ataupun Dollah Badawi, sering saja
menolak
permohonan parti-parti alternatif yang hendak mengadakan ceramah. Tetapi

para pemimpin BN boleh berceramah bila-bila masa dan  di mana tempat
saja
dengan menggunakan kedudukan rasmi mereka selaku menteri. Itulah yang
selalu
dilakukan oleh Cek Det sekarang. Dialah yang menjadi belia, yang menjadi

guru dan yang menjadi segala-galanya.

Untuk demokrasi hidup segar, maka perlulah ada penyibaran maklumat yang
adil
dan bebas, supaya rakyat boleh memilih dengan baik, misalnya semasa
pilihanraya. Bagaimanakah ini boleh berlaku sekiranya Cek Det memonopoli

segala jenis media dan menyekat atau menafikan hak media yang berbeza
pendapat dengannya? Cili Api selalu membaca ucapan  Cek Det di luar
negeri,
mengecam kuasa-kuasa besar yang  menggunakan  kekuatan mereka untuk
menguasai media atau agensi berita antarabangsa untuk memburukkan
negara-negara yang lemah serta pemimpin mereka. Malangnya apa yang
dikecam
oleh Cek Det, itulah yang dilakukannya dalam negeri ini. Itu sebab Cili
Api
selalu katakan Cek Det ini lidah bercabang.

Kini, tindakan memonopoli media untuk kepentingan pemimpin BN sudah
menjangkit ke bidang-bidang lain pula. Akhbar hari ini melaporkan
Menteri
Nazri sebagai menyatakan bahawa pinjaman MARA akan diberi dengan
mengutamakan penyokong-penyokong  BN dulu. Kalau ada lebih baru boleh
beri
kepada orang lain. Kenyataan ini sangat bodoh lagi memalukan. Bukankah
sebahagian daripada wang MARA itu ialah wang rakyat, yang dikutip
sebagai
cukai daripada rakyat? Sama jugalah dengan wang yang digunakan untuk
perbelanjaan meneruskan khidmat TV dan radio.

Segala wang hasil negara, sama ada dari cukai ataupun dari sumber
kekayaan
semula jadi, adalah kepunyaan rakyat. Bukan milik kerajaan, dan bukan
milik
parti pemerintah. Lebih-lebih lagi ia bukannya milik beberapa kerat
pemimpin
pemerintah BN. Oleh kerana itu janganlah menteri-menteri menganggap
membelanjakan wang itu sebagai membelanja wang sendiri. Cili Api hendak
ingatkan Cek Det dan kroni-kroninya, mereka bukannya menteri kerajaan
untuk
penyokong-penyokong UMNO-BN saja. Mereka adalah menteri yang harus
bertanggungjawab kepada  seluruh negara, seluruh rakyat.

Cili Api


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke