*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Cadangan untuk collect RM10 sebulan ni memang cukup
baik. Kalau boleh dinamakan "tabung diskriminasi
pelajaran" pun elok juga. 

Bila baca kenyataan menteri tu, terlupa sekejap yang
kita ni sudah masuk tahun 2000 - macam baca berita
akhbar tahun 70an pula. Ada lagi rupanya peninggalan
kolot fikiran di alaf baru ini.  Masa bayar cukai tak
kira latar belakang politik. Masa keluar biasiswa 
berkira pulak. Tak patut tak patut.

Yang hebatnya; sekilas ikan diair sudah dikenal
jantinanya. Ilmu ni patut dimanafaatkan di jabatan
yang memajukan industri perikanan, bukan di MARA. 
Ini menyalahgunaan nikmat yang diberi oleh Allah
namanya.  Kalau benar2 dibuat; mangsa "penjantinaan"
bolehlah buat solat hajat, adukan pada Allah tentang
konspirasi menteri dan MARA yang berbuat zalim pada
hamba Allah yang ingin menuntut Ilmu - duit rakyat
pulak tu. 

Wassalam

> From: PAS Tg. Aru <[EMAIL PROTECTED]>
> > Misal kata kekawan dalam hizbi-net ..kalau hulur
> > seorang RM 10 sebulan kalau ada 5,000 ahli dah dapat
> > RM 50,000.
> >
> > Katalah kita sumbang 3 kali setahun - dah dapat RM
> > 150,000.
> > wallahu aklam.
> > Dari Tanjung
(deleted)

> > Pinjaman MARA: Penyokong kerajaan akan diutamakan
> >
> > Kuala Lumpur, Mei 17 - Penyokong kerajaan akan
> > mendapat keutamaan berbanding penyokong pembangkang
> > bagi mendapatkan pinjaman daripada sebuah agensi
> > kerajaan, kata seorang Menteri.
> >
> > Majlis Amanah Rakyat (MARA) hanya akan menimbangkan
> > permohonan para penyokong pembangkang sekiranya
> > terdapat lebihan peruntukan, Menteri Pembangunan
> > Usahawan, Mohd Nazri Abdul Aziz, dipetik sebagai
> > berkata oleh beberapa akhbar. penyokong kerajaan
> > dari penyokong pembangkang, Nazri menjelaskan,
> > "sekilas ikan di air, sudah dapat kita
> > tentukan jantan-betinanya."
(deleted)

> > "Kita tahu siapa yang menyokong kita dan siapa yang
> > tidak." tambahnya.-AFP


-----------------------------------------------------
Get free email from CMP at http://www.cmpnetmail.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke