*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Untuk Menang Di Parlimen Teluk Kemang Pada 10 Jun 2000 ini Rakan Pejuang BA Semua, Majoriti lebih 9000 undi yang diperolehi oleh BN pada pilihanraya lalu tidak sedikit mengentarkan kita. Malahan kita akan terus bertekad untuk menawan kerusi Parlimen sekali gus mencipta rekod satu-satunya di Negeri Sembilan. Perjuangan 'all-out' mesti dilakukan biarpun BN menggunakan pelbagai taktik kotor. Kita akan jadikan medan Teluk kemang sebagai satu lagi ukuran kekuatan kita berbanding dengan lawan dan yang lebih penting sebagai satu 'latihan' sebenar menghadapi 'peperangan' politik di kawasan peratusan pengundi 50-50 Melayu dan Bukan Melayu. Kita sebenarnya menang besar di Sanggang. Malah seluruh penduduk Sanggang berterima kasih kepada BA kerana dengan wujudnya BAlah maka BN telah memberikan 'kemewahan' kepada penduduk Sanggang. Cuba bayangkan BA tak kuat...tak mungkin penduduk Sanggang akan mendapat apa pun yang diminta secara 'instant' sepanjang tempuh berkempen. Kalau begitulah gayanya Parti UMNO patut ditukar kepada nama yang lebih tepat dan betul iaitu Parti Pilihanraya yang berkhidmat hanya waktu pilihanraya sahaja. Saya katakan hanya dengan 998 undi sahaja setelah dibahagikan kepada 5 Adun di bawah Parlimen Teluk Kemang. Dahulu BN menang dengan majoriti 9971 undi maka untuk mendapat majoriti kali ini kita perlukan lebih separuh dari 9971 menyokong kita. Kemudian kita pecahkan kepada 5 Adun maka setiap adun hanya memerlukan tak sampai 1000 pengundi memihak kepada BA. Maka kita tak nampak ianya sesuatu yang terlalu sukar. Ditambah dengan pengundi baru yang sudah pasti memihak kepada kita rasanya peluang untuk menang adalah sangat cerah. Sahabat-sahabat sekelian, Pilihanraya kecil seperti di Teluk Kemang 10 Jun akan datang dan Sanggang yang lalu seharusnya mengajar kita supaya sentiasa bersedia menghadapi pilihanraya setiap masa. Kita yakin banyak lagi kawasan akan berlaku pilihanraya kecil. Oleh itu amat perlu kita tanya diri kita Sejauh Manakah Kita Bersedia Menghadapi Pilihanraya Di Kawasan Kita pada bila-bila masa??. Oleh itu Langkah Kelima Yang Penting kita buat adalah LAKUKAN 'CULA-UNDI' (Mengenal Semua Pengundi) Secara Terperinci Dan Tepat Di Kawasan Unit Pembuangan Undi Masing-Masing. Pastikan Daftar Pengundi Terkini berada ditangan 'Polling/Counting Agent'. Selamat Berjuang ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>