*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
--- ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Salam~
>
> 1) Mengingatkan para mujahidin agar meningkatkan
> taqwa (U wrote).
>
> Yg sebenarnya para mujahidinlah yg paling bertaqwa
> berbanding dgn kita krn ibadah jihad meliputi segala
> jenis ibadah. Sekiranya sang mujahidin berjihad
> selama 4 bulan, bandingannya ialah kita terpaksa
> sembahyang, berpuasa, beribadah tanpa henti tanpa
> berbuka sampai sang mujahidin kembali. (sila lihat
> hadith Abu Zhar, Abu Hurairah di dalam Bukhari &
> Muslim, juga lihat kitab Jihad Sabiluna)
>
> Menasihat itu bagus, tetapi siapakah kita hendak
> menasehatkan tokoh2 spt Syahid Abu Bakr Aqidah,
> Syahid Abd Rajak Jinjilani, Ibnu Khatab, etc,etc.
> Nasehat mrk kpd kitalah yg lebih munasabah.
Demi masa, sesungguhnya manusia berada di dlm
kerugian. Kecuali org-org yg beriman dan beramal
soleh, dan org yg berpesan-pesan kpd kebenaran, dan
berpesan-pesan kpd kesabaran.
Jadi apakah Muhajir mengamalkan sikap 'lu sapa nak
nasihatkan gua?'
>
> 2)Keempat, patut juga kiranya perjuangan Mujahidin
> di
> Afghanistan menjadi sempadan. Jgnlah diulang
> perbalahan dan perebutan kuasa sehingga kemenangan
> yg
> telah ditangan jatuh terlerai (U wrote)
>
> Kita hanya menyebut yg baik2 kpd mereka2 yg
> mendahului kita dlm beramal. Para mujahidin telah
> lepas tanggungjawabnya dgn Allah. Mereka telah
> menunaikan kewajiban mrk dan berhasil menyingkir
> kuffar Rusia. Itulah hasil Jihad Afghan. Dan
> sekarang Alhamdulillah hasil pengorbanan ribuan
> syuhada, Daulah Islam tertegak di bumi Afghanistan.
> Sedangkan kita orang2 yg lemah yg tidak mampu
> menyingkirkan puak sekuler yg menginjak-nginjak
> agama Allah dibumi kita sendiri tetapi tersangat
> kedepan dlm mengkritik mujahidin.
Yg baik jadi pedoman, yg buruk jadikanlah sempadan.
Tidak sama-sekali saya mengkritik perjuangan Mujahidin
menentang tentera soviet. Sekadar saling
ingat-mengingati sesama kita.
Sama halnya jika kita membaca kisah Perang Uhud, kita
akan mengambil iktibar punca kekalahan tentera Islam.
Ini bukan bermakna kita mengkritik para sahabat
tersebut.
Bagaimanapun saya masih teringat ketika diperingkat
awal kemaraan tentera Toliban dulu, siapakah yg banyak
menuduh dan berburuk sangka kpd mereka? Sehingga ada
yg sanggup menulis buku yg tajuknya lebih kurang
'Taliban : Antara Jihad dan Jahat'?.
[Teringat akan jawapan guru saya ketika ditanya,
"Agak-agak apa penyelesaian dgn perbalahan tentera
mujahidin di Afghanistan ni?"
Jawabnya, "Mungkin akan ada satu golongan/kelompok
baru yg lebih baik yg akan mengalahkan semua kumpulan
Mujahidin yg bergeseran itu".
Tak lama kemudian, muncullah jemaah Toliban. Mungkin
ini yg dikatakan oleh guruku.]
>
> 3)Kelima, perlu merenung perjuangan diri dan jamaah
> secara mendalam. Jgn sampai kita tergolong dlm
> golongan yg dimaksudkan oleh Nabi saw dlm hadisnya:
> "Islam akan diperkuatkan oleh org-org yg jahat"
> [rujuk hadis-hadis yg mengisahkan tentang seorg
> tentera Islam yg mati membunuh diri dlm Sahih
> Bukhari
> dan Muslim].(U wrote).
>
> Sebenarnya cek keliru. KAlau dibuka kitab aqidah
> (lihat Syarah Aqidah atThahawiyah), jihad itu akan
> terus berlangsung sehingga hari kiamat samada amir
> yg memimpinnya fajir atau soleh. Inilah aqidah
> jihad namanya. Kita wajib berjihad bersama mrk
> w/pun amir/komandan kita seorang yg maksiat. Tetapi
> alhamdulillah pimpinan2 jihad hari ini adalah org2
> yg jauh lebih soleh dari kita. Contohnya Syahid Abu
> Bakr Aqidah dari Jamaah Islamiyah Mesir (lihat
> http://www.azzam.com)
Mungkin benar apa yg Muhajir katakan. Tetapi saya
melihat dari sudut berbeza. Apa guna saya berjihad
sekiranya saya tetap akan masuk neraka kerana mazmumah
dan maksiat yg masih menyelubungi diri? Sebab itu
sekiranya saya ingin memasuki kumpulan jihad, saya
akan berusaha membuang segala maksiat dan mazmumah
diri sendiri agar usaha jihad saya akan diterima oleh
Allah Taala. Tidaklah bila diakhirat kelak, saya akan
menjadi org rugi, hampa dan menyesal ... "dimana usaha
jihadku ... dulu aku berperang bersungguh-sungguh
sehingga terkorban ... sekarang dimana dia". Lantas yg
kulihat hanyalah 'debu-debu' shj. Allah telah menolak
ibadah jihadku lantaran hatiku dipenuhi mazmumah
hitam, tak ikhlas, inginkan pangkat dan pujian sbgi
sang wira dll.
>
> 4) Kekuatan lahir.
>
> Ini memang perlu dan dituntut (lihat alanfal ayat
> 60). Tapi sekiranya hanya menjurus kpd bisness spt
> Rufaqa tanpa jihad, maka itulah sehina-hina
> pekerjaan.
Bagaimana anda menghukum usaha org lain sehingga
menjadi sedemikian hina?
Hisham Kabbani berdakwah kpd rakyat Amerika dari
dalam.
Setelah di'haram'kan tanpa pembelaan oleh jemaah Islam
lainnya, mereka bangkit meneruskan usaha dakwah di
atas platform 'business'. Apakah ini yg dikatakan
sehina-hina pekerjaan?
>
> 5) Islam di US
>
> Sebenarnya bukan KAbbani shj yg berusaha. Ramai lagi
> spt Syekh Siraj Wahaj, pertubuhan2 Muslim Student
> Assoc. dll.
Jadi mengapa Hisham Kabbani menjadi target tuduhan dan
fitnah anda dan Rahman selama ini?
>
> 6) K'jaan Saudi.
>
> Sebenarnya cek confuse. K'jaan Saudi 1 hal yg lain.
> Usama 1 hal yg lain. Gerakan salafi 1 hal yg
> lain.Wahabi lain. Samalah dgn halnya di M'sia.
> Arqam, Pas, Abim, Umno, jim, ikhwan, keadilan. dll.
> Tak bolehlah pakat borong. Melulu namanya.
Bagaimana ingin dipisahkan antara Saudi dan Wahabi
kerana tertubuhnya kerajaan Saudi sekarang ini adalah
hasil gandingan King Saud dgn Muhammad bin Abdul
Wahab.
Hanya ada dua negara 'Islam' shj yg mana
pemerintahannya berkait-rapat dgn mazhab yg dianuti
iaitu Saudi-Wahabi dan Iran-Syiah di mana kedua-dua
negara tersebut bukan berusaha utk mengembangkan
Islam, tetapi hanya berusaha utk mengembangkan fahaman
mazhabnya sahaja, serta tidak memberi ruang kpd
mazhab-mazhab lain.
>
> Allahua'lam, wslm
>
> ------Original Message------
> From: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>
>
> Assalamualaikum wbt,
>
> Pertama-tamanya, sekiranya benar semua kumpulan
> pejuang yg dinyatakan oleh kedua-dua muhajir dan
> rahman adalah beraliran salaf dan/atau wahabi, maka
> tanpa rasa malu saya mengucapkan TAHNIAH, TAHNIAH
> DAN
> TAHNIAH! Sekiranya hakikat sebenar tidak sedemikian,
> biarkanlah mereka dgn dakwa-dakwinya sahaja.
>
> Keduanya, dalam menjalankan usaha jihad dgn
> serba-serbi kurang dari segi material, maka saya
> sekadar mampu menasihatkan agar semua pimpinan dan
> pengikut kumpulan pejuang tersebut agar meningkatkan
> TAQWA kpd Allah. Hanya itulah faktor kemenangan dan
> kejayaan pejuang kebenaran.
>
> Firman Allah (bermaksud) "Wahai orang berIman,
> berTakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar
> Takwa.."
>
>
> Firman.Allah (bermaksud) "BerTakwalah kamu kepada
> Allah dimana jua kamu berada".
>
> Allah SWT menegaskan bahawa Hati yang suci spt
> berikut
> : "Beroleh kejayaanlah mereka yang berjaya
> mensucikan
> hatinya, dan dengan mengingati Rabbnya dia
> mendirikan
> solat". Al 'Ala ; 14 & 15.
>
> "Barangsiapa yang berTawakal kepada Allah, nescaya
> Allah akan mencukupkan segala keperluan, keinginan,
> pengharapan dan pergantungan".
>
> Firman Allah (bermaksud) : "Siapa melupakan Allah,
> Allah akan melupakan mereka akan dirinya sendiri".
>
> Ketiga, saya juga ingin berpesan-pesan agar dapatlah
> mereka sentiasa mengkaji faktor-faktor kemenangan
> dan
> kekalahan umat-umat terdahulu. Sejarah telah
> memaparkan bahawa kemenangan akan tertangguh
> dan/atau
> kekalahan akan menimpa umat Islam sekiranya mereka
> mengabaikan sunnah-sunnah Nabi walaupun ianya
> kelihatan terlalu kecil spt saf solat yg tidak
> lurus.
>
> Keempat, patut juga kiranya perjuangan Mujahidin di
> Afghanistan menjadi sempadan. Jgnlah diulang
> perbalahan dan perebutan kuasa sehingga kemenangan
> yg
> telah ditangan jatuh terlerai.
>
> Kelima, perlu merenung perjuangan diri dan jamaah
> secara mendalam. Jgn sampai kita tergolong dlm
> golongan yg dimaksudkan oleh Nabi saw dlm hadisnya:
>
> "Islam akan diperkuatkan oleh org-org yg jahat"
> [rujuk hadis-hadis yg mengisahkan tentang seorg
> tentera Islam yg mati membunuh diri dlm Sahih
> Bukhari
> dan Muslim].
>
> Keenam, saya juga berpendapat bahawa walaupun TAQWA
> menjadi faktor utama, namun persiapan zahir dan
> material patut juga diutamakan. Kekuatan lahir patut
> ditingkatkan. Bagaimana caranya? Ini terpulang. Tapi
> salah satu caranya ialah dgn mengharapkan agar musuh
> berpaling kpd perjuangan kita. Nabi saw juga pernah
> berdoa agar Islam diperkuatkan dgn Saidina Umar.
>
> Justeru itu, gerakan dakwah sufi dan tareqat [dan
> jemaah tabligh] terus bergerak diseluruh dunia bagi
> menyeru umat manusia kpd cara hidup Islam dgn kaedah
> aman dan damai. Cthnya ialah spt yg dilakukan oleh
> jemaah Syeikh Hisham Kabbani di USA. Bayangkan
> sekiranya majoriti rakyat USA dapat diislamkan,
> pasti
> ia memberikan impak besar kpd keseluruhan umat Islam
> didunia. Sekarang pun, USA telah mengiktiraf
> wujudnya
> tentera US yg beragama Islam.
>
> Ketujuh, dalam kita mengharapkan kemenangan kpd
> kumpulan pejuang yg didakwa dari kalangan wahabi/
> salafi, namun saya juga turut sedih terkejut dgn
> peranan yg dilakukan oleh Penaung Wahabi/Salafi
> Sedunia. Arab Saudi bukan shj tidak kelihatan dlm
> usaha jihad antarabangsa spt yg diperkatakan, malah
> dialah negara pembodek US no. 1. Penaung
> Wahabi/Salafi
> inilah yg membenarkan kedatangan tentera kafir
> laknatullah menjejak kaki ke Semenanjung Arab dlm
> operasi Desert Storm dulu bagi membunuh rakyat Iraq.
> Mereka juga terang-terang mengikut telunjuk bapa
> angkatnya dlm segala tindakan w/pun amat merugikan
> perjuangan umat Islam ie. tindakan kpd Osama Ben
> Laden.
> Mengapa boleh terjadi begini? Walaupun anak-anak
> buahnya sedang sibuk berjihad diseluruh dunia,
> mengapa
> pulak sang penaung cuba pula meruntuhkan perjuangan
> suci ini?
> ______________________________________________
> FREE Personalized Email at Mail.com
> Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup
>
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send instant messages & get email alerts with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>