*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillahir Rahmaanir Rahiim
Assalaamu`alaikum wa Rahmatullahi wa Barakaatuh
   
Satu kajian yang telah dilakukan oleh Watson ialah Pelaziman Emosi yang
juga menggunakan prinsip pelaziman klasik. kajian telah dilakukan terhadap
anak kecil. Seorang anak kecil yang memang suka kepada binatang ynag
berbulu lembut seperti tikus, arnab, kucing, telah dimanupulasikan tingkah
laku oleh watson.


(Pelaziman = sesuatu perbutan yang dibuat berulang-ulang kali sehingga jadi
biasa atau sebati ddengan seseorang. Pelaziman klasik = teori Pavlov
berkaitan anjing dengan air liur. Pada pandangan anda adakah releven kajian
yang dilakukan oleh ahli-ahli behaviulisme terhadap haiwan atau kanak-kanak
yang tak tahu apa-apa, lalu diaplikasikan kepada orang lain ? Ada yang akan
kata tak releven (releven hanya untuk Hakim Agustein Paul sahaja) sebab tak
sama tahap memikiran antara kanak-kanak/haiwan dengan orang dewasa. itu
kita kata...tapi pendokong behaviurlisme akan kata  releven sebaab, kaajian
ini adalah asas untuk menjelaskan peringkat yang lebih tinggi, ada
hubungannya...saya no komen)

Tetapi aapabila kanak-kanak itu mendekati kucing putih, watsong akan
mengeluarkan bunyi kuat dan memeranjatkan kanak-kanak tersebut.

(tentulah budak kecil itu terkejut...nasib baik tak sawan(gangguan
mental/emosi) budak itu)

Tindakan ini diulang-ulang beberapa kali (dilazimkan) pada situasi yang
sama. Lama-kelaman, kanak-kanak tadi yang sebelum ini sayang pada kucing
tersebut menjadi takut padanya.

(Amaran : Jangan buat experimen/kajian ini padaa anak anda ! saya tak
bertanggungjawab ...kalau terjadi apa-apa...dan bukan senang nak ubat/rawat
semula)

Tindakan ini juga telah menyebabkan, kanak-kanak tadi aakan jadi takut pada
benda yang berbulu dan putih...seperti janggut orang tua.

watsonmengendalikan satu lagi kajiaan. Kali ini, apabila kanak-kanak itu
terserempak dengan binatang berbulu lembut, kemudian timbul takut (akibat
pelaziman tadi), watson akanmemberi kasih sayang, beberapa ganjarandan
kesedapan. Perbuatan ini dilakukan berulang-ulang juga sehingga rasa takut
tadi hilang, dan perasaan sayang pada binatang tadi wujud semula.

(pelaziman akan dibicarakan secara lanjut dalam bab pembelajaraan nati )

(Satu persoalan timbul, wajarkah tindakan Watsonmelakukan experimen pada
kaanak-kanak / dari sudut etika macam mana )

Seorang lagi pakar behaviurlisme iaitu BF Skinner, memperkenalkan pelaziman
Operan. Satu konsep yang popular dalam pembelajaran. Beliau menyatakan
bahawa sebat akibat tingkah laku manusia semuanya teletak di luar jiwa
mereka

 ( dalam jiwa manusia ada apa ?) 

Oleh itu tingkah laku manusia boleh ditukar bentukserta dipengaruhi melalui
pemberian ganjaran.


E.L. Thorndike , pula dianggap tokoh Behaviurisme pertama yang melakukan
penyelidikan bersistematik tentang konsep pelaziman instrumental sehinggala
lahirnya konsep rangsangan - dan gerak balas (stimulas-respon (S-R)

(melalui aliran ini kta telah kenal beberapa item penting :
1. Pelaziman Klasik
2. Pelaziman Emosi
3. Pelaziman operan
4. Pelaziman Instrumental )

Perspektif ini telah telah memperluaskan konsep-konsepnya ke arah bidang
pendidikan. Contoh nya pemberian "Bintang Mas" (ganjaran) kepada pelajar
sekolah rendah berasaskan pelaziman operan sranan Siknner. Sealin itu
perspektif ini juga berjaya menawarkan kaedah pemulihan penyakit mental
yang ringkah dan praktikal

(kaalau tak ada teori pelaziman operan, adakah guru tidak akan terfikir
soal "Bintang Mas" ?....tak tahulah...saya tak cukup masa untuk fikirkannya
)

( MAAF, jika ada kesilapan ejaan kali ini ..saya tak boleh semak sebab
monitor komputer saya rosak teruk )

Bersambung..

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke