*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam~

Pendapat yg lebih rajih dan lebih dekat kepada kebenaran ialah pendapat yg dinukilkan 
oleh Alamah Ibnu Qayyim di dalam Madarijus-Salikin Jilid 2 dibawah tajuk "mana yg 
lebih baik - beramal krn mengharapkan syurga dan takut siksa neraka atau beramal dgn 
tidak mengharap apa2" antaranya,

ALQuran dan sunnah penuh dgn pujian kpd hamba2 dan kekasih2Nya yg meminta syurga dan 
mengharapkannya, dan berlindung dari neraka dan takut kpdnya.

"Beramal utk mendapatkan syurga dan selamat dr neraka menjadi maksud Pembuat Syariat 
terhadap umatnya agar syurga dan neraka sentiasa mrk ingat dan tidak mrk lupakan. 
Disamping krn iman kpd syurga dan neraka merupakan syarat keselamatan, sedang beramal 
utk mendapatkan syurga dan selamat dr neraka merupakan substansi iman."

"Allah suka kalau hamba2Nya meminta syurga kpdnya, dan meminta perlindungan kpdnya dr 
neraka....."

"Beramal utk mencari syurga adalah dicintai dan diredhai Allah, sedangkan mencarinya 
termasuk ubudiyah kpd Allah..." 

Kerana itu hal yg menjadi tuntutan para nabi, rasul, sidiqin, syuhada', solehin adalah 
jannah (syurga) sedangkan nar (neraka) merupakan hal yg paling mrk takuti.

Antara nas2: Asy-Syuraa 82-89, Ali Imran 16,152,  AlFurqan 65-66, aTaubah 72, alAhzab 
29, etc, etc,dan hadith2 shohih...(sila lihat Madarijus-Salikin Jilid 2 -Mengagongkan 
apa2 yg dihormati disisi Allah)

Ibnu Qayim membawa nas2 keterangan Quran hadith dan mengolah masalah ini hampir 13 
muka surat.

Pandangan: Dr HAmka adalah ahli sastera. MAna2 pandangannya yg selari dgn AlQuran 
Sunnah kita ikut, mana yg tak selari (berbau tasauf & muktazilah), kita tinggalkan. 
Terlebih selamat kita merujuk kpd ulama yg benar2 berlatar belakangkan agama.

Allahu a'lam, wslm


------Original Message------
From: "kuchkuch mamat" <[EMAIL PROTECTED]>

Kisah Nabi Isa Berjumpa dengan Ahli Ibadah.

Pada suatu hari Nabi Isa(as) telah berjumpa dengan se golongan orang Abid 
lalu bertanya : Untuk apa kamu beribadah ? Kami diancam Tuhan dengan neraka! 
Itu sebabnya kami beribadat. Kerana takut masuk neraka. Beliau berkata 
:Adalah hak Allah akan memelihara kamu dari yang kamu takuti.

Beliaupun meneruskan perjalanan sehingga berjumpa dengan orang-orang yang 
lebih lagi(beribadah) dari orang yang pertama lalu beliau bertanya:Untuk apa 
kamu beribadah ? Tuhan menimbulkan keredhaan dalam hati kami akan masuk 
syurga dan beberapa janjinya terhadap orang-orang yang menjadi walinya. Kami 
mengharap janji-janji itu. Beliau berkata : Adalah hak Allah akan memberikan 
apa yang kamu harapkan.

Beliaupun meneruskan perjalanan sehingga berjumpa dengan orang-orang yang 
sedang beribadat dan beliau bertanya pula:Untuk apa kamu beribadah?  Kami 
cinta kepada Allah. Kami beribadat kepadaNya bukanlah kerana takut akan 
neraka dan bukan kerana ingin masuk syurga. Melainkan kerana cinta kepadaNya 
sendiri dan memuliakan kebesarannya. Beliau berkata : Kamulah Wali Allah 
yang sebenarnya. Bersama kamulah saya diperintahkan tinggal. Maka hiduplah 
Nabi Isa bersama-sama mereka.

Semoga bermanafaat.
Wallahua'lam.
Kitab: Tasauf Dari Abad ke Abad Dr. Hamka.

Pengirim: "kuchkuch mamat" <[EMAIL PROTECTED]>
______________________________________________
FREE Personalized Email at Mail.com
Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke