*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Cili Api 93

Pedas-Pedas Cili Api
(20hb Mei 2000)

Kes HIV: Kecuaian Berulang

Baru-baru ini media masa heboh menceritakan tentang seorang ibu di Jitra

yang dijangkiti  HIV akibat kecuaian dalam pemindahan darah yang
dilakukan
ke atasnya. Diberitakan bahawa satu pasukan tiga orang doktor telah
melakukan penyiasatan berkaitan peristiwa ini. Akan tetapi setahu Cili
Api
laporan mereka belum diumumkan. Sama ada akan diumumkan kelak tidak
tahulah.
Tunggu sajalah. Asal jangan disembunyikan, sudah.

Tetapi pihak Kementerian Kesihatan, berasaskan keputusan yang diambil
oleh
kabinet,  telah meminta maaf kepada keluarga yang berkenaan dan berjanji

akan memberikan sepenuh bantuan kepada mangsa. Nampaknya tindakan
meminta
maaf ini dilakukan hanya selepas keluarga mangsa mengumumkan akan
mengambil
tindakan undang-undang. Suami dan anak mangsa telah membuat tuntutan
sebanyak RM100 juta daripada pihak berkuasa.

Belum sempatpun cerita tragedi ini reda, seorang suami di Raub
mendedahkan
bahawa isterinya telah meninggal pada 18hb September 1999, setelah
dijangkiti  HIV berikutan pemindahan darah pada 1994 di sana. Mangsa
menderita sebelum menghembus nafas terakhirnya. Selain itu, anaknya yang

baru berumur enam tahun, dan sedang  belajar di tadika, disahkan positif
HIV
oleh pihak berkuasa hospital. Anak ini  mendapat jangkitan  daripada
menyusu
ibu. Masa depan kanak-kanak ini  gelap.

Dalam kes Jitra kita diberitahu bahawa mangsa telah mengalami pendarahan

haid. Untuk menyelamatkannya, Hospital Jitra  memindahkan darah
kepadanya.
Malangnya kakitangan yang melakukannya tidak menunggu dulu hasil kajian
darah itu, yang telah dihantar ke Hospital Alor Star. Pihak Alor Star
lambat
memberitahu Jitra bahawa setelah diperiksa darah itu  didapati
mengandungi
HIV. Pihak Jitra pula, sebelum mendapat laporan dan tanpa pemeriksaan
memberi darah itu kepada mangsa. Kecuaian  berlaku.

Dalam kes Raub, pemindahan darah dilakukan ke  atas mangsa apabila
beliau
mengalami masalah waktu melahirkan anak. Ujian pertama menunjukkan
bahawa
darah yang dipindahkan kepadanya tidak mengandungi HIV. Tetapi ujian
kedua
membuktikan sebaliknya. Akan tetapi, malangnya darah sudah dipindahkan
selepas ujian pertama, tanpa menunggu ujian kedua. Sekarang pihak
berkuasa
kesihatan di Pahang mengakui kecuaian telah berlaku.

Cili Api percaya cerita kes Raub ini tidak akan timbul sekiranya tidak
timbul kes Jitra. Ada dua perkara yang ingin Cili Api tahu. Pertama,
sekiranya telah berlaku kecuaian di Raub, tidak adakah langkah-langkah
diambil untuk memastikan tidak berlaku apa-apa kecuaian selepasnya?
Kedua,
adakah kes kecuaian di Raub itu dilaporkan kepada pihak atas? Adakah ia
pernah diumumkan? Mengapa ia seolah-olah disembunyikan saja?   Cili Api
harap tidak ada kes lain yang disembunyikan begini.

Kita sentiasa diberitahu bahawa mutu perkhidmatan hospital di negeri ini

sangat tinggi dan baik. Cili Api harap mudah-mudahan begitulah. Sewaktu
meminta maaf bagi pihak kabinet, Pemangku Menteri Kesihatan berjanji
kecuaian seperti di Jitra itu tidak akan berlaku lagi. Sekiranya
terbongkar
satu lagi kes selepas Jitra dan Raub, Cili Api rasa patutlah Menteri
Kesihatan meletakkan jawatan.



Liong Sik Cuba Sembunyi Kecuaian

Cili Api membaca berita bahawa pada 17hb Mac, sebuah syarikat di Beijing

telah menghantar cargo tangki mengandungi bahan kimia berbahaya bernama
“hidroxil quinolene” melalui pesawat A330 MAS penerbangan MH85. Ini
sejenis
toksik berbentuk serbuk yang menjadi gas apabila terdedah kepada udara.
Cili
Api hendak tahu: bagaimanakah bahan ini boleh dikrim melalui MAS?

Gas beracun ini dikesan apabila kakitangan MAS memindahkan bagasi
setelah
pesawat itu mendarat di KLIA. Empat orang daripada mereka terhidu gas
bahaya
itu dan mengalami sakit mata serta muntah-muntah. Mereka dimasukkan ke
Hospital Banting. Mungkin kebocoran tangki toksik ini berlaku hanya
ketika
mendarat. Jikalau ia berlaku lebih awal, gas tersebut mungkin boleh
masuk ke
kabin dan mengancam keselamatan 252 penompang ketika  itu.

Akibat kebocoran ini pesawat MAS itu telah mengalami kerosakan yang
teruk.
Selepas dua bulan pesawat ini masih belum boleh beroperasi lagi. Ada
khabar
bahawa pihak pengurusan MAS hendak menjualnya untuk mengurangkan
kerugian.
Khabarnya laporan mengenai bahan kimia itu telah disiapkan oleh Jabatan
Kimia dan diserahkan kepada Bahagian Keselamatan. Akan tetapi sehingga
kini
tidak ada apa tindakan yang diambil.

Menteri Pengangkutan Ling Liong Sik apabila ditanya mengenai hal ini
cuma
berkata “Ini cerita lama”. Pada pendapat Cili Api ini adalah jawapan
yang
sangat tidak bertanggungjawab. Apakah yang hendak disembunyikan oleh
menteri
ini? Adakah memang sudah menjadi budaya di kalangan menteri-menteri BN
menyembunyikan kecuaian  serius seperti ini? Bermacam-macam malapetaka
telah
berlaku di bawah batang hidung menteri ini. Cili Api berpendapat beliau
sepatutnya sudah lama berhenti atau diberhentikan.  Memalukan saja.

Cili Api


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke