*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 Mungkin idea/tindakan shahril samad dalam program Wawancara TV1 itu adalah percaturan 
politik Mahadhir - KUNUNNYA masih ada ahli MT yang sanggup/berani menegur pemimpin 
mereka, KUNUNYA untuk mengembalikan sokongan melayu kepada UMNO berkarat. Mahathir - 
semua boleh !
--

On Sat, 20 May 2000 09:09:19   Fawzi Bin Kassim wrote:
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>
>Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Shahrir Samad dengan beraninya mengingatkan Umno 
>agar tidak memaksa orang Melayu
>berterima kasih kepada parti itu. Syabas untuk Shahrir kerana berani menyuarakan 
>pendapat secara terus terang. 
>
>Kata-kata yang mewakili sentimen akar umbi ini tidak mungkin dapat didengar daripada 
>pemimpin Umno yang lain.
>Nampaknya hanya beliau yang boleh menjadi harapan ahli-ahli Umno di peringkat akar 
>umbi. 
>
>Para pemimpin Umno yang lain - terutamanya yang terpilih menganggotai Majlis 
>Tertinggi dalam perhimpunan baru-baru ini -
>tidak boleh begitu diharapkan kerana sebahagian besar mereka memegang jawatan 
>menteri, menteri besar, timbalan menteri,
>ahli perniagaan dan tokoh korporat yang bergantung kepada belas ehsan kerajaan untuk 
>hidup.' 
>
>Shahrir seorang yang bebas'. Beliau tidak mengharapkan bantuan sesiapa untuk terus 
>hidup dan bernafas dalam negara dan
>partinya. Suara dan sikap tegasnya sudah cukup untuk meraih undi daripada perwakilan 
>Umno. 
>
>Berdasarkan kedudukannya yang tidak mempunyai apa-apa pangkat dalam parti dan 
>kerajaan, dipercayai kemenangannya
>sebagai anggota MT baru-baru ini berdasarkan merit semata-mata dan bukannya politik 
>wang. 
>
>Pemilihan itu nampaknya tidak mengubah pendirian tegas dan kritis beliau. Dalam satu 
>program wawancara di RTM pada
>malam Rabu lalu, beliau menegaskan Umno sebagai badan politik yang bertanggungjawab 
>tidaklah perlu berharap terima kasih
>daripada rakyat apabila berbuat sesuatu.
>
>Menurutnya, apa yang perlu dilakukan oleh parti itu ialah kembali kepada idealisme 
>yang tinggi kerana ia akan membantu parti
>itu untuk memenangani semula hati orang Melayu, termasuk generasi muda.
>
>"Percayalah sokongan orang Melayu akan kembali dengan syarat kita pamerkan watak dan 
>ciri-ciri yang dikehendaki oleh
>orang Melayu," tegasnya.
>
>Kata-kata Shahrir itu ada kebenarannya. Para pemimpin Umno termasuk presidennya mesti 
>ingat bahawa kuasa yang ada
>pada mereka datang daripada rakyat. Undi rakyat yang membuatkan mereka berkuasa. 
>
>Dengan kuasa, mereka merangka pelbagai pembangunan untuk rakyat. Jadi rakyat memang 
>berhak mendapat pelbagai
>bantuan daripada kerajaan yang mereka dipilih.
>
>Memandangkan undi rakyat yang menjadikan Presiden dan Timbalan Presiden parti Melayu 
>itu sebagai Perdana Menteri dan
>Timbalan Perdana Menteri, maka orang politiklah sepatutnya berterima kasih kepada 
>rakyat, dan bukan sebaliknya. 
>
>Cara orang politik berterima kasih kepada rakyat ialah dengan menunaikan semua 
>tanggungjawab yang diberikan kepada
>mereka - bekerja dengan gigih, bersih dan amanah. Bukannya mengungkit-ungkit apa yang 
>dilaksanakan atau diberikan
>kepada rakyat.
>
>Umno mesti sedar sikap semula jadi orang Melayu. Pantang bagi orang Melayu jika bakti 
>atau jasa diungkit-ungkit. Perbuatan
>mengungkit-ungkit kebaikan diri sendiri akan hanya mendatangkan rasa benci rakyat 
>kepada kerajaan. Buruk siku! 
>
>Yang penting bagi orang Melayu ialah keikhlasan. Kalau sesuatu kerja itu dijalankan 
>dengan harapan mendapatkan balasan
>dan diungkit-ungkit selalu, amalan itu dianggap tidak ikhlas.
>
>Apabila seseorang itu dianggap tidak ikhlas atau mempunyai "udang di sebalik batu" 
>dalam segala tindak-tanduknya, lambat
>laun ia akan dibenci dan diketepikan. Begitulah juga dengan nasib Umno. 
>
>Kalau tidak henti-henti memaksa orang Melayu berterima kasih, lama- kelamaan Umno 
>bukan sahaja akan dipandang serong,
>malah akan dipinggirkan sama sekali.
>
>Presiden parti itu Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad mesti belajar daripada Umno pada 
>zaman Tengku Abdul Rahman dan
>Tun Abdul Razak. Mengapa Umno di bawah dua presiden ini kuat dan mendapat sokongan 
>orang Melayu? 
>
>Jawapannya mudah - Umno pada masa itu ikhlas berjuang, tidak mengungkit-ungkitkan 
>jasa-jasanya. Apabila perjuangan
>Umno ikhlas, orang Melayu menyayanginya.
>
>Oleh itu, pandangan Shahrir itu perlu dipandang serius. 
>
>Orang berbudi kita berbahasa, itulah pegangan orang Melayu. Tetapi jika Umno terus 
>mengungkit-ungkitkan segala jasanya,
>falsafah itu akan diketepikan.
>
>Diharapkan selepas ini tiada mana-mana ahli atau pemimpin Umno menganggap seorang 
>Datuk ini tidak mengenang budi atau
>tidak pandai berterima kasih. 
>
>Kalau parti itu mahu selamat, dengarlah nasihat Shahrir!
>
>
>
>
>
>
>Angelfire for your free web-based e-mail. http://www.angelfire.com
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>
>


Get your FREE Email at http://mailcity.lycos.com
Get your PERSONALIZED START PAGE at http://my.lycos.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Red Arowana" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke