*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Dulu sebelum kerja……memberontak punya le….nak kerja. Tapi kini bila dah kerja, ada hari seronok…ada hari gembira….ada hari boring….ada hari yang menyakitkan hati, ingat sekali-sekali rasa nak hantuk kapla boss dekat bucu tiang. Tapi kalau kapla dia pecah nanti….kita juga yang susah, kena masuk lokap.Mujur le…sekarang ni kita ada banyak cuti.Banyak cuti…duit ada sikit pun tak apa, sikit buat cara sikit.Payah le nak ikut macam orang-orang kaya, dia orang kalau cuti…mesti ke luar negara. Tapi bagi kita yang tak berduit ni…..dalam negara cukup la.Kelmarin dulu mencelah sari suntuk melancung dalam kelantan…….malam nak tidurpun kena telan panadol 4 butir sekali,sampai urat tengkokpun sakit. Pagi hari mencelah gi pasar wakaf che Yeh. Di pasar wakaf che yeh ni, yang menariknya orang meniaga punya le ramai….sampai nak parking kereta pun susah. Yang mencelah suka, bayangkan lah …kau orang boleh beli kuih dengan harga 10 sen! karipap dengan cucur karia. Mencelah ingat kalau dekat negeri lain gerenti tak ada dengan harga macam tu. Kalau dekat terengganu, mencelah ingat ..kalau kuih 10 sen depan bukit putri ade jugak, di gerai yang jual kuih sekaya. Tapi kuih-kuih lain semuanya 20 sen belaka. Itupun kira murah le tu. Sebab, mencelah beli kuih karipap dekat gerai Marekan di belakang Sek. Penang Free di Penang, lalu kut jalan flat free school…sebiji 40 sen! mahal yang bukan main. Tapi bila sebut makan, mencelah suka makan dekat gerai stesyen keretapi ipoh,perak. Fullamak…dia punya masakan…..dengan sedap…dengan cepat…stylepun pro la…orang kata. (sebab satu lagi…kawan belanja). Bila ingat tentang makan, makan dekat gerai depan istana kuantan, pahang …paling leceh. Masak tak sedap tera mana, dia punya harga…masyaAllah, mahal sungguh. Berbalik kita tentang kelantan tadi, pada tengaharinya…mencelah gi sembahyang di masjid mustaqqin , lundang. Yang sukanya masa baca doa, mencelah tenggok orang ni ada macam-macam gelagat. Ada yang angkat tangan tinggi…ada yang jari rapat-rapat….ada yang jari-jari terbuka luas…..yang menyedihkan pun ada juga. Ade ke kita nak mohon sesuatu pada Allah Taala, ini nak berdoa pun tak bersungguh-sungguh, ada ke sambil berdoa……siku dia orang pacak atas lutut aje, bayangkan kalau tak ada lutut? Rasa dia orang pacak siku atas lantai aje. (Dari Anas bin Malik r.a., katanya : “Nabi s.a.w, tidak pernah mengangkat tangan tinggi-tinggi ketika mendoa, melainkan ketika mendoa minta hujan, sehingga kelihatan putih ketiaknya.”) Lepas doa , mencelahpun salam dengan orang kiri dan orang kanan. Tapi, mencelah terpaku sekejap…sebab, orang di sebelah kanan rasa macam biasa tenggok aje. Rupa-rupanya…..Mamat(Exist), tapi sebab apa dia mari kelantan? Diakan orang Johor? Atau dia dah kembali ke pangkal jalan dan join pondok dikelantan? Mencelah pun tak tahu. Petang pulak mencelah gi tempat pendaratan ikan di Tok Bali. Menghala ke Tok Bali dari bachuk …..sebiji stesyen minyak pun mencelah tak jumpa, masa hala balik lagi le tak jumpa.Kalau dalam pekan Bachuk ada sebiji stesen minyak shell, tapi orang kelantan panggil stesen minyak `kepah`. Jalan nak pergi, betul-betul punya jalan kampung……kalau tak isi minyak siap-siap…susah nanti. Bila dah sampai…yang sukanya, ada London Bridge ….cantik jugak. Ingat nak beli Udang…tapi tak ada pada hari tu. Jadi beli sotong aje……sikit punya murah ke. Sotong punya besar…..ada telor pulak tu, baru sekilo RM7.00. Mencelah beli sekilo saje, masa balik nampak restoran siam, mencelah suruh dia masak. Dia masak sontong tersebut……cukup sedap. Dalam perut sotong tu, dia taruh pulut…..lapas tu kuah dia manis-manis pedas, untuk makan begitu saja…tak payah makan dengan nasi……sikit punya kenyang ke, sebab ada pulut…..sampai belahak, uggghhhh. Lepas tu, terus menghala singgah di pantai irama. Panatai irama ni…popular dengan dia punya keretapi, kalau kau orang naik…memang tak sampai kemana. Kebetulan ada pesta yang baru di rasmi oleh Al-Sultan…jadi, ada le gerai macam-macam.Pertunjukan silat pulut pun ada….kalau gewe…fullamak! Comel-comel. Bye…jumpa lagi. [EMAIL PROTECTED] (Hak Cipta Terpelihara) p/s: My kampong-mate Haslina Osman, engko gi mane lama tanpa berita?Esok mencelah nak balik kampung...cuti lima hari, lepas tu nak gi rumah tok dekat batu cave, tapi bukan dalam gua...tapi di taman batu muda. ________________________________________________________________________ Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>