*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cili Api 96

Pedas-Pedas Cili Api
(24hb Mei 2000)

Adakah Liong Sik Ubah Fikiran?

Cili Api tidak hairan sekiranya Menteri Ling Liong Sik mengubah fikiran
tentang perletakan jawatanya. Dia kelihaan berlembut sedikit. Tidak lagi

tegas dan keras menyatakan beliau akan meletakkan jawatan. Bahkan
sekarang
ini beliau mengaku  memberikan perhatian kepada desakan para pemimpin
dan
anggota MCA yang telah menemui atau menelefon beliau. Lagi pula,
Timbalan
Presiden MCA Lim Ah Lek, yang dianggap sebagai pemimpin golongan
penentang
Ling, besama-sama dengan tiga orang penyokong Ling telah pergi menemui
PM
Cek Det. Mereka meminta jasa baik Cek Det memujuk Ling supaya jangan
berhenti.

Memandangkan semua perkara ini, tidaklah jatuh sangat air muka Ling
sekiranya mengubah fikiran dan tidak jadi meletak jawatan. Ini lebih
mudah
dilakukan kerana sehingga petang semalam Ling mengakui bahawa beliau
belum
lagi menyerahkan surat rasmi perletakan jawatannya kepada Perdana
Menteri.
Kita mesti ingat juga bahawa pengumuman yang mula-mula dibuat mengenai
perletakan jawatan ini bukannya dilakukan oleh Ling sendiri, akan tetapi

oleh Ah Lek bagi pihak Majlis Presiden MCA. Entah-entah Ling sengaja
mengugut hendak letak jawatan ini untuk menguji sejauh mana sokongan
terhadapnya daripada semua golongan dalam MCA. Sudah terbukti sokongan
itu
agak kuat juga.

Akan tetapi, Cili Api tidak berani hendak membuat spekulasi tegas
samaada
Ling akan akhirnya berhenti atau tidak. Ling masih mengulangi bahawa
beliau
merasa gembira dengan keputusan yang diambilnya dan tidak akan berubah.
Kita
tunggulah selepas beliau menemui Cek Det.. Cek Det berkata Ling boleh
menghadiri mesyuarat kabinet pagi ini jikalau mahu, kerana beliau masih
belum mengemukakan surat perletakan jawatan dan perletakan jawatannya
masih
belum diterima lagi.

Ada satu dua perkara yang ditimbulkan oleh Cek Det dan Ling yang menarik

perhatian Cili Api. Sedikit sebanyak ia memberikan bayangan tentang
hubungan
di antara mereka berdua. Pertama, Ling berkata beliau sudah lama, iaitu
14
tahun, menjadi menteri dan masanya sudah sampai untuk beliau berhenti
dan
diganti oleh orang lebih muda. Sebaliknya, Cek Det pula berkata Ling
telah
menunjukkan kebolehan serta pengalaman selama 14 tahun berkhidmat
sebagai
menteri, dan kebolehan serta pengalaman itu berguna untuk kerajaan.
Walaupun
Ling mungkin tidak bermaksud demikian, namun kenyataannya kelihatan
seolah-olah menyindir Cek Det.

Kedua, Cek Det apabila ditanya oleh wartawan telah menyatakan bahawa
pertimbangan telah dibuat dan beliau berpendapat kerusi MCA dalam
kabinet
tidak boleh ditambah. Katanya, semasa MCA kalah teruk dulu bilangan
kerusinya dalam kabinet tidak dikurangkan, jadi mengapa ia harus
ditambah
sekarang apabila MCA menang banyak. Sebaliknya pula, Ling menyatakan
bahawa
soal tambahan kerusi dalam kabinet ini tidak pernah ditimbulkan, sama
ada
secara rasmi atau tidak rasmi. Tetapi ramai orang tahu memang ada rasa
tidak
puas hati di kalangan MCA bukan saja tentang bilangan kerusi dalam
kabinet
ini saja, bahkan juga soal Ketua Menteri atau Timbalannya dari MCA di
Pulau
Pinang, dan juga pengagihan kerusi menteri MCA mengikut golongan dalam
MCA
ataupun negeri-negeri. Adakah Cek Det sengaja membuat keterangan ini
untuk
membantu Ling menepis segala desakan dalaman yang dihadapinya daripada
kalangan anggota MCA?

Jadi, jikalau dihalusi betul-betul, Cili Api lihat banyak hal yang
tersembunyi atau tersirat dalam peristiwa perletakan jawatan Ling ini.
Cili
Api mahu tunggu apa kesudahannya dalam satu dua hari lagi. Buat
sementara
ini, biarlah Ling terjun dengan labu-labunya.

Cili Api




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke