*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Terdengar seorang sahabat dari Patani bercerita...
"Pada 27hb Jun ini sidang OIC akan diadakan di Kuala Lumpur.Pemimpin2 politik Patani
sedang berusaha keras melobi negara2 anggota untuk negara Patani diberi
keahlian didalam organisasi OIC, paling tidak status Pemerhati di Persidangan di Kuala
Lumpur tersebut. Tidak kurang sibuk ialah orang yang bernama Surin,
menteri Thailand yang juga sedang sibuk melobi supaya negara pilihannya Thailand
diberi status Ahli atau Pemerhati di Sidang Kuala Lumpur."
" Kepada yang tidak mengenali Surin biar kami terangkan sedikit. Beliau ialah orang
Melayu Islam Patani yang tidak mengaku Melayu. Beliau mengaku dirinya ialah 'Thai
Muslim" bukan "Patani Muslim". Orang Patani semua tahu bahawa nama
sebenarnya ialah Abdul Halim tetapi beliau malu mengguna nama tersebut. Beliau lebih
suka mengguna nama Siamnya iaitu Surin. Orang Patani khuatir dengan pengaruhnya di
Asean dan juga tamak haloba orang2 tertentu terhadap hasil bumi Patani, yang pelik
lagi ajaib mungkin berlaku, iatu di Sidang OIC KL, Thailand
diterima sebagai Ahli atau Pemerhati dan Patani dipinggirkan."
Jika ini berlaku, maka kasihan benarlah rasanya kita kepada Pejuang-Pejuang Pattani
yang telah berhempas pulas sejak zaman berzaman berjuang untuk membebaskan bumi Islam
Pattani dari cengkaman kuffar, tapi tidak mendapat sokongan yang sewajarnya dari
saudara seagama dalam OIC!!
Apa-apa pun, kita berharap mereka akan terus berjuang untuk mendaulatkan Daulah Islam
di bumi Pattani kerana sesungguhnya sehingga ke hari ini Fatwa Ulamak Silam Patani yg
mengatakan bahawa "adalah satu fardu ain kpd setiap ummat Islam di Pattani untuk
berjuang membebaskan diri dari cengkaman Siam" sehingga ke hari ini fatwa tersebut
masih berjalan.
Kepada kita-kita yang tidak mampu memberi sokongan secara terbuka, doakanlah
perjuangan suci mereka ini akan mendapat bantuan dan ganjaran yang sewajarnya di sisi
Allah SWT......sesungguhnya tidak ada yang lebih mulia melainkan gugur syahid di
JalanNya!
Akhukum filjihad,
Yahya Ayyash
----------------------------------------------------------
Free email from http://www.yourmail.cc
========================== New domains ==========================
@crazy-life.com @crazy-guy.com @crazy-girl.net @yourhotdate.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Yahya Ayyash" <[EMAIL PROTECTED]>