*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cili Api 97

Pedas-Pedas Cili Api
(25hb Mei 2000)

Dr M Nyanyok atau Berbohong?

Bolehkah sesiapa beritahu Cili Api samaada Dr M @ Cek Det sudah nynyok
atau
memang suka berbohong? Dua hari lalu (dan ini disiarkan dalam semua
media)
beliau berkata kerajaan tidak akan melayan desakan MCA supaya kerusinya
dalam kabinet ditambah. Kata Cek Det, semasa prestasi MCA dalam
pilihanraya
tidak begitu baik, kerusinya tidak dikurangkan. Jadi mengapakah ia mesti

ditambah apabila prestasi MCA lebih baik dalam pilihanraya lalu? MCA
mesti
berfikir tentang kepentingan keseluruhan.

Begitulah jawapan Cek Det apabila  ditanya oleh wartawan tentang perkara

ini. Cili Api percaya, sekiranya tidak ada desakan dari MCA, apa
perlunya
Cek Det melayannya panjang lebar. Tetapi semalam (dan ini disiarkan juga

dalam media) Cek Det berkata bahawa tidak ada tuntutan daripada MCA
supaya
kerusinya dalam kabinet ditambah. Sebelum itu Ling menafikan bahawa MCA
telah menimbulkan perkara ini, secara rasmi atau tidak rasmi. Apa ini
Cek
Det?  Mana satu cakap yang boleh dipegang?

Cek Det pernah menuduh Tunku Abdul Rahman sudah nyanyok, walaupun beliau

baru dalam lingkungan umur 60an saja, dan mendesaknya berundur pada
tahun
1969 dulu. Walaupun umur Cek Det kini sudah melebihi 74, namun Cili Api
tidak mahu menuduh beliau sudah nyanyok. Tetapi mengapakah Cek Det
selalu
suka benar bercakap berdolak- dalik?  Tengok saja bagaimana sebelum ini
beliau berdolak-dalik dalam kes Anwar. Sekejap mencabar beliau dibawa ke

mahkamah dan sekejap pula berkata tidak relevan beliau menghadirinya
sebagai
  saksi.

Hai Cek Det, sudah selalu sangat hangpa dok berdolak-dalik. Sudah bunyi
macam Azizan sekarang ini, yang berdolak-dalik tentang tarikh kononnya
beliau diliwat. Cili Api selalu diberitahu bahawa orang yang
berdolak-dalik
ini ialah orang yang suka berbohong. Betulkah Cek Det? Jadi, Azizan dan
siapa saja yang suka berdolak-dalik gamaknya pembohonglah.

Nampaknya tabiat Ling Liong Sik  lebih kurang serupa saja. Selama dua
tiga
hari lalu, beliau begitu tegas dan keras sekali mahu meletakkan jawatan.

Seolah-olah tidak ada kuasa dalam dunia ini yang akan mengubah
pendiriannya.
Sekarang beliau hendak ambil cuti 14 hari dulu. Cek Det dilaporkan
sebagai
berkata Ling mahu bercuti untuk berfikir dengan teliti sebelum
bertindak.
Mengikut laporan juga, Ling  berkata Cek Det suruh dia bercuti untuk
berfikir dengan halus dan teliti sebelum mengambil keputusan muktamad.

Cili Api hendak tanya, apakah sebelum ini Ling belum berfikir secara
teliti
dan halus? Sekiranya belum, mengapa hendak cakap berdegar-degar
kononnya
awak sudah ambil keputusan dan keputusan itu tidak akan berubah?
Janganlah
cuba main wayang. Lebih buruk lagi jikalau dalam wayang itu watak yang
dimainkan ialah sebagai budak kecil pula. Banyak orang sekarang ini
melihat
seperti ada watak seorang kanak-kanak kecil yang merajuk dalam diri
Ling.

Cili Api hendak beri nasihat sedikit. Tak kiralah sama ada ia diterima
atau
tidak. Begini bunyinya: Ling, jawatan menteri itu bukan jawatan
kanak-kanak.
Soal letak jawatan menteri itu tidak boleh dibuat sebagai tindakan budak

kecil saja.  Berfikirlah dengan halus dan teliti sebelum bertindak,
bukan
selepasnya. Selamat bercuti dan lepas itu selamat berhenti.

Cili Api




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke