*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
God knows...................you people guess..........

'Mahafiraun' sertai bantah KeADILan
Fathi Aris Omar 

11am, JUM: Sebuah lagi tapak web reformasi yang
popular, Mahafiraun, menyertai rakan-rakan mereka
membantah Parti KeADILan Nasional. Bantahan yang
bermula Rabu lalu digerakkan oleh Laman Reformasi,
Komentar, Pemantau dan Black 14. 

Tapak web yang agak lama tidak aktif itu menutup
capaian (access) dengan halaman hitam dan melaungkan
slogan kempen "KeADILan adalah parti yang terhasil
dari cetusan hati rakyat, pulangkan KeADILan kepada
rakyat." 

Mahafiraun pernah dikategorikan antara beberapa laman
"antikerajaan", bersama Laman Reformasi dan
FreeMalaysia, yang aktif menyebarkan berita dan
maklumat menentang pemimpin Umno. 

Jawatankuasa Petugas Menangani Fitnah Majlis Tertinggi
parti itu mengkategorikan sedemikian selepas
memerhatikan 48 tapak web tahun lalu. 

Dalam bantahannya, laman yang menggunakan lambang
kepala Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir
Mohamad, itu menyiarkan kutipan daripada bekas
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim:
"Mari kita bersama membersihkan negara kita yang
tercinta daripada kotoran dan sampah yang ditinggalkan
oleh mereka." 

"Dan jika kita menyayangi Malaysia maka perjuangan
menentang ketidak-adilan, untuk menegakkan keadilan
dan kebebasan, mesti diberi nafas baru," kutipan yang
dikatakan daripada Anwar itu dipetik. 

Empat laman web yang diketuai Laman Reformasi mendesak
Timbalan Presiden KeADILan, Dr. Chandra Muzaffar, dan
Setiausaha Agungnya, Mohd Anuar Tahir, meletakkan
jawatan atas alasan "engkar arahan Anwar" dan
"mengkhianati perjuangan reformasi." 

Dalam surat kepada dua pemimpin itu, pengendali web
menyalahkan Anuar berikutan apa yang didakwa
perpecahan dalam KeADILan di Pahang, Terengganu,
Sarawak, Selangor, Johor dan khususnya di Wilayah
Persekutuan. 

Mereka menutup capaian ke laman mereka dengan warna
hitam dan melaungkan slogan yang sesuai dengan nama
masing-masing. Pada Februari lalu, Komentar pernah
menyiarkan beberapa kritikan terhadap dua tokoh parti
tersebut. 

Bagaimanapun, KeADILan tidak mengalu-alukan kritikan
atau desakan daripada "pihak luar." Malaysiakini
semalam melaporkan Anuar sebagai berkata, "kami tidak
menerima arahan daripada mereka yang berada di luar
parti." 

"Orang luar tidak wajar campur tangan dalam urusan
pentadbiran parti," katanya. Bagaimanapun Dr Chandra
tidak bersedia memberikan sebarang ulasan. 

Sehingga hari ini, semua laman masih lagi "bertafakur"
meneruskan bantahan dan penyertaan Mahafiraun
dijangkakan menambahkan kesan kempen tersebut terhadap
KeADILan menjelang persidangan tahunan parti itu pada
16 Jun depan. 

Laman ini dianggap sama popular seperti Laman
Reformasi. Perdana Menteri pernah digelar �mahafiraun'
sempena nama laman web ini. Bagaimanapun, ia
menghentikan operasi beberapa bulan selepas pilihan
raya umum November lalu. 

Beberapa web reformasi yang masih aktif, FreeMalaysia
dan Al-Islah, bagaimanapun tidak menyertai protes ini. 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Kick off your party with Yahoo! Invites.
http://invites.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: si tora jebat <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke