*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sdra/sdri bijak-pandai,
Sila toleh semula kepada email yang pernah saya
hantar ke laman HIZBI ini pada 10 Ogos 1999
sebelum pilihanraya yang lalu dan cuba kaitkan
kandungannya dengan kerenah ADUN Trengganu
yang telah menjadikan nasib ibu tunggal
di negeri tersebut sebagai bahan lawak
jenaka mereka di DUN. Mereka rasa seronok
dan terhibur diatas kesenggsaraan yang
dideritaan oleh kaum ibu yang tidak berdaya.
Apa pandangan cik-cik abang PAS yang
garang-garang sekelian?
Delila Ali Uda Omar
masih di CyberJaya
+++++++++++++++++++
---------------------------------------------
Sekirang PAS berkuasa,
apakah falsafah PAS terhadap wanita....?
----------------------------------------
Saudara dan saudari yang baik-baik,
Saya bukannya anggota atau ahli maupun
simpatisan PAS, tetapi saya sering mengikuti
perkembangan terkini pertubuhan ini, terutama
sekali dalam isu-isu yang menyentuh bab wanita
dengan penuh minat. Banyak yang telah kita dengar
mengenai perkara ini dibincangkan oleh anggota
pimpinan PAS dan kebanyakkannya adalah bersifat
kontroversial, samar-samar serta mengelirukan.
Untuk tidak menyinggung hati mana-mana pihak
terutama sekali kalangan ahli PAS yang garang-garang,
saya rasa tidak perlu untuk menyenaraikan apakah
isu-isu yang menyentuh tentang wanita dan kewanitaan
saperti yang pernah diperdebatkan dengan panjang lebar
oleh harian tanah air dan juga media radio-tv
sedikit masa dulu.
Sekarang saya ingin menyoal, apakah falsafah kerajaan
PAS terhadap wanita sekiranya ditakdirkan mereka berjaya
membentuk kerajaan yang sekaligus berupaya untuk menggubal
undang-undang nanti?
Saya rasa punya hak untuk menyuarakan ini kerana
sebagai seorang wanita Islam saya `harus' mendapat
penjelasan sebaiknya dalam perkara ini.
Saya harap akan ada kalangan sdr dan sdri yang boleh
merencanakan falsafah tersebut dengan gaya yang
tertib dan janganlah dengan perasaan berburuk
sangka sesama Islam.
Delila bt Ali Uda Omar
CyberJaya
----------------------
____________________________________________________________________
Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at
http://webmail.netscape.com.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Delila Ali Uda Omar <[EMAIL PROTECTED]>