*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ASSALAMUALAIKUM yang dikasihi.......

Diharap saudara/i dapat mengahayatinya dengan sepenuh kefahaman!


                   TANZIH DAN TASYBIH


Tanzih membawa pengertian bahawa Wujud Mutlak (iaitu Allah) itu tidak boleh 
dibandingkan atau disifatkan dengan makhluk. Wujud Mutlak itu tidak boleh 
disifat atau dikatakan bersifat seperti makhluk; misalnya tidak boleh 
dikatakan Allah itu bertangan, mendengar, berkata-kata dan sebagainya. Allah 
itu melampaui segala ibarat dan sifat. Ia Maha Tinggi dan tidak tercapai 
oleh fikiran kita untuk mengetahui-Nya. Inilah pandangan orang munazzih 
(iaitu orang yang memegang fahaman "Tanzih").

Tasybih membawa pengertian yang berlawanan dengan pengertian Tanzih; iaitu 
Wujud Mutlak itu disifatkan seperti sifat manusia atau makhluk. Dikatakan Ia 
bertangan, berkaki, mendengar, melihat, berkata-kata dan sebagainya. Orang 
yang percaya Allah itu bersifat demikian dikatakan musyabbih (iaitu orang 
yang memegang fahaman "Tasybih") atau mujassim (orang yang menganggap Wujud 
Mutlak itu mempunyai sifat-sifat seolah-olah Ia berjisim atau berbadan).

Dalam theori Sufi, Tanzih saja atau Tasybih saja tidak boleh dipakai. Untuk 
menunjukkan kesempurnaan-Nya kedua-dua aspek itu hendaklah dipakai bagi 
Wujud Mutlak (Allah) tersebut, tetapi berbeza dengan pendapat Munazzih dan 
Musyabbih.

Yang dikatakan Wujud Mutlak atau Wujud Hakiki atau Allah itu mendengar, 
melihat, bertangan, dan lain-lain seperti yang disangka oleh Musyabbih dan 
Mujassim adalah bererti sifat Wujud Mutlak itu terpendam dan berada dalam 
semua yang mendengar, melihat, bertangan. Ia melihat dan mendengar dalam 
setiap sesuatu yang melihat dan mendengar. Inilah yang dikatakan aspek atau 
sifat Tasybih bagi Wujud Mutlak itu.

Sebaliknya Zat-Nya tidak terhad kepada satu makhluk atau sekumpulan makhluk 
yang mendengar dan melihat, tetapi terzahir dalam semua dan segala makhluk. 
Dalam pengertian ini Allah itu bersifat Tanzih kerana Ia melampaui semua 
batas (had) dan pengindividuan (pecah-pecahan). Sebagai zat atau Wujud yang 
menyeluruh atau sejagat, Dialah Zat bagi segala aspek maujud semesta raya 
ini.

Jika Al-Qur'an menyatakan Allah itu berkaki dan bertangan maka itu bukan 
bererti Allah itu ada kaki dan ada tangan (seperti dikatakan oleh 
orang-orang Musyabbih dan Mujassim) tetapi bermaksud bahawa Dia, pada segi 
hakikat atau wujud, adalah tangan dan kaki bagi semua yang bertangan dan 
berkaki. Penzahiran-Nya dalam bentuk terhad itu sebagai kaki, tangan, dan 
lain-lain merupakan aspek Tasybih-Nya, tetapi wujud-Nya dalam Diri-Nya 
melampaui had dan batas merupakan aspek Tanzih-Nya.

Oleh yang demikian Wujud Mutlak atau Allah itu mempunyai 2 (dua) wajah atau 
aspek iaitu Tanzih dan Tasybih.

Wallahu ta'ala a'lam…….

TO BE CONTINUED

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke