*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KUALA TERENGGANU, 29 Mei (Bernama) -- Badan Perhubungan
                                Umno Terengganu tidak pernah mengedarkan
akhbar keluarannya,
                                Al-Haq kepada pelajar tadika Kemas, kata
Ketua Penerangannya
                                Awang Jabar.

                                Beliau berkata Al-Haq dijual kepada
orang ramai dengan harga RM0.80
                                senaskah dan tidak timbul soal ia
diedarkan kepada pelajar sekolah
                                termasuk murid Tadika Kemas.

                                "Kita nafikan perkara itu (edar Al-Haq
kepada murid Tadika) dan ini
                                adalah satu fitnah PAS untuk memburukkan
Umno di Terengganu,"
                                katanya ketika dihubungi Bernama di
sini, hari ini.

                                Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua
Dewan Pemuda PAS
                                Terengganu melalui akhbar rasmi PAS
Harakah keluaran terbaru yang
                                mendakwa akhbar Al-Haq telah diedar
kepada pelajar tadika Kemas
                                dan PAS menyifatkan tindakan Umno itu
sebagai percubaan meracuni
                                pemikiran kanak-kanak berkenaan dengan
politik.

                                Awang Jabar berkata akhbar Al-Haq
mempunyai permit penerbitannya
                                sendiri dan penjualannya tidak melanggar
syarat yang ditetap kerajaan.

                                Katanya jika PAS boleh menjual Harakah
di tempat terbuka yang jelas
                                melanggar peraturan, mengapa mereka mahu
mempertikaikan penjualan
                                Al-Haq yang mempunyai permit dan tidak
melanggar syarat yang
                                ditetapkan. -- BERNAMA


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: kliner <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke