*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ASSALAMUALAIKUM yang dikasihi.......


  - Wujud Mutlak Dan Perhubungannya Dengan Pengetahuan Kita -


Wujud Mutlak itu adalah satu dan tidak boleh dibahagi-bahagikan atau 
dipecah-pecahkan. Wujud Mutlak ini dianggap dari tiga sudut pandangan 
dikaitkan dengan ilmu atau pengetahuan kita :

1. Wujud yang kita tahu, iaitu wujud yang terzahir dalam alam nyata ini. Ini 
tertakluk kepada perbatasan pancaindera dan akal kita. Kita nampak wujud ini 
mempunyai banyak maujud dan kita adakan nisbah seperti jenis, sebab, dan 
sebagainya. Ini digelar alam nyata, atau alam dunia, atau "penzahiran", 
makhluk, dan sebagainya. Meskipun nampaknya banyak, namun pada segi wujudnya 
atau hakikatnya satu jua.

2. Wujud yang kita tidak secara langsung ketahui atau nampak kecuali dengan 
cara intuisi mistik (pandangan keruhanian), tetapi wujudnya kita anggap 
secara logika menurut akal kita.


Berkenaan perkara ini kita beri sifat kepada wajibul-wujud, dalam istilah 
agama disebut Allah, iaitu Tuhan yang terbit dari kepercayaan kita (al-haqq 
al-makhluq fil-I'tiqad). Ini hanya konsep kita sendiri tentang Tuhan. 
Masing-masing orang dan umat ada konsep mereka sendiri. Tetapi sebarang 
konsep yang mengurang atau mencacatkan kemutlakan dan kesemestaan Tuhan 
(Allah) itu atau membuatkan keesaan-Nya tidak sempurna dengan membenarkan 
kewujudan sebarang Tuhan yang lain, bahkan alam ini, adalah Syirik. Konsep 
"Allah" yang sempurna ialah konsep yang mengandungi dua sifat atau aspek 
Allah itu, iaitu Tanzih dan Tasybih, iaitu Allah sebagai Maujud dalam Alam 
Raya dan juga melampaui Alam Raya ini.

Kita sendiri, termasuk juga alam ini, adalah Sifat yang dengan Sifat itu 
kita perihalkan Allah itu. Setiap Nama dan Sifat Allah itu ada pasangannya 
yang berupa penzahirannya dalam alam nyata ini. Tiap-tiap sesuatu dalam alam 
nyata ini membayangkan atau menzahirkan Nama dan Sifat Allah itu. Alam ini 
memiliki ciri-ciri yang unik (tersendiri) yang menjelaskan sifat Tasybih 
Wujud Mutlak tersebut dan melalui ciri-ciri ini kita berikan sifat kepada 
Wujud itu yang menjelaskan sifat Tanzih-Nya. Tetapi sebaliknya jika kita 
anggap Wujud Mutlak itu sebagai Zat Segala dan Semua, maka semua sifat 
Tanzih dan Tasybih boleh disifatkan kepada Wujud Mutlak itu. Bahkan nama dan 
sifat alam nyata ini pada segi Wujudnya (Hakikatnya) adalah nama dan sifat 
bagi Wujud atau zat Yang Maha Esa.

3. Wujud yang kita tidak tahu atau nampak secara langsung tetapi menurut 
logika akal kita, kita anggap adanya seperti kita anggap adanya jauhar (zat) 
apabila kita nampak atau tahu 'aradh atau kesan-kesannya.

Termasuk dalam kategori ini ialah Zat Ketuhanan yang kita tidak dapat 
sifatkan melainkan kita katakan Ianya ada. Ia ada. Itu saja yang kita 
ketahui. Ianya tidak dapat diketahui lebih lanjut dari itu. Tidak dapat 
dikatakan "apa", "bagaimana", macam mana". Ia tidak ada bandingan, tidak ada 
serupa atau berlawanan, tidak ada bilangan dan sifat, bahkan Ia itulah 
sumber atau asal semua yang tersebut itu. Zat semata-mata itu digelar Cahaya 
semata-mata atau Kebaikan semata-mata atau Kegelapan (al'ama).

Ini adalah peringkat Ahadiyyah. Di sini tidak ada berbilang-bilang. 
Semata-mata Esa. Adalah dinasihatkan supaya jangan memikirkan Ahadiyyah ini 
kerana hijab yang menutup Ahadiyyah itu tidak akan terbuka. Kita hanya dapat 
mencapai peringkat di bawah Ahadiyyah itu iaitu peringkat Wahidiyyah iaitu 
kesatuan nama-nama Allah (iaitu Wujud yang diterangkan dalam no. (2) di atas 
tadi.).

Kata Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi :

"Tidak ada sesiapa pun yang mengetahui Allah pada hakikat-Nya (iaitu Zat-Nya 
semata-mata) kecuali Allah itu sendiri. Bahkan orang yang paling tinggi 
sekali peringkat keruhaniannya pun tidak dapat mengenal zat Semata itu 
kerana orang itu sendiri termasuk dalam golongan yang "banyak" (makhluk)".

Kata-kata tersebut di atas, bersesuaian pula dengan sabda Rasulullah SAW, 
yang bermaksud :

"Maha Suci Engkau Ya Allah! Tiada kami mengenal akan Dikau dengan 
sebenar-benarnya melainkan dengan Ma'rifat Engkau."


Wallahu ta'ala a'lam…….

TO BE CONTINUED

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke