*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum.
Ni.. kira-kiranya seminggu le mencelah tak bukak hizbi, masyaAllah��dekat
300 mail dok ada. Jadi hari ni betul-betul punya gian nak menaip, macam
manapun �.Mat lagi gian, sebab tu orang panggil Mat gian. Balik kampung
sekali sekala ni, memang ada keseronokannya�..bagi orang yang kerja di luar
dan ada kampong! Kalau dah dari kecil sampai ke besar dan bekerja pun di
kampung��.mana nak rasa nik mat balik kampung. Tapi, untungnya ada juga,
kena rajin-rajin turun gi mesyuarat jkkk �.silap haribulan orang lantik jadi
ketua kampong. Bila balik kampung, kena musim cuti sekolah pulak tu�.adik
beradik yang sana�yang sini�..pakat dok buat kenduri. Jadi kita yang balik
sekali-sekala ni boleh le tolong jadi `John kaka`, angkat idang�.basuh
pinggan�.lap meja�.bagi bunga teloq. Kalau sampai kenduripun kita tak ingat
nak balik kampong, nanti depa kata si Tanggang pulak! Hidup senang di tempat
orang sampai tak ingat sedara-mara.
Bila mencelah sebut Mat Gian, teringat akan kerajaan kita ni punya
membazir�.setahun sampai berjuta-juta ringgit untuk dia orang ni. Selagi
pendekatannya tak kena�sampai tu la, matlamat untuk menginsafkan mat-mat
gian terberhasil. Kalau setakat nak bagi kesedaran, dia ni dari dulu memang
dah sedar akan keburukan penyalahgunaan drug ini. Cuma yang perlu sekarang
ialah keinsafan�.dengan erti sebenar, takut akan Allah. Kalau sewaktu dalam
pusat tahanan, mereka memang la nampak dah berhenti�.sebab `barang` payah
nak dapat. Tapi, bila dah di bebaskan�..buat pulak!
(Drug di takrifkan sebagai: Bahan kimia yang memberi kesan ke atas sesuatu
sistem hidup yang memberikan implikasi farmakologi dan toksikologi, kesan
tentang bahan kimia samaada yang berguna ataupun yang berbahaya)
Bila mereka ni dibebaskan, kerajaan kata masyarakat lah yang menjadi punca
mereka ini kembali kepada amalan yang buruk kembali! Sebenarnya pendapat
mencelah, sebagai masyarakat�.kita bukan tak mahu menerima dia orang ni
100%. Sebenarnya kita terima 50% sahaja�.dan 50% lagi ada kewaspadaan kita
sahaja. Nak cakap betul-betul, mencelah pun memang ada banyak kawan diwaktu
lampau�..sekarang jadi mat gian, keluar masuk pusat serenti�dah jadi macam
rumah kedua. Jadi kita kenal dari kecil macam mana dia orang punya
karektor��dan kerjaya di masa depan pun dah boleh bayang. Cuma mencelah ni
tak terjerumus macam dia orang aje���Alhamdulillah. Bukannya apa��mencelah
boleh di katakan, kaki pijak tangga mesjid jugak la.
(Penggunaan yang sah di takrifkan sebagai: Drug yang di preskripsikan oleh
pakar perubatan untuk di ambil atas sebab yang berkaitan dengan kesihatan.
Penggunaannya di terima oleh masyarakat dan ternyata sah di sisi
undang-undang. )
Bila kita ingat akan pembaziran sebegini, mencelah rasa ada baik nya
kerajaan menyalurkan wang yang berjuta-juta ini kepada badan-badan yang
lain. Contohnya, kepada Jab. Kebajikan Masyarakat. Kita tengok sendiri
berapa ramai kah ibu-ibu tunggal yang hidup menderita dalam negara kita yang
di gebangkan dengan rakyatnya hidup mewah dan senang lenang kononnya! Ramai
para ibu tunggal yang terpaksa menyara keluarga dengan bergantung harap
�belas�dan sinpati daripada jiran tetangga. Anak yang kecil-kecil ada�.yang
bersekolah pun ada, kalau setakat bantuan sebanyak RM 30, RM 50, RM
80�..dari Jab. Kebajikan masyarakat sebulan sekali, apalah sangat yang boleh
di buatkan dengan wang sebanyak itu?!! Nak meringankan beban la
konon-kononnya.(Ini semuanya cakap orang politik�..aje)
(Penyalahgunaan drug di takrifkan sebagai: pengambilan sendiri yang tidak
bermaksud untuk memperbaiki kesihatan diri. Membawa konotasi merosakan
masyarakat)
Ada sekolah nama saja sekolah bantuan penuh kerajaan. Kalau sekolah di
bandar tak apa lagi, ini sekolah luar bandar�..nak buat sukan tahunan
setahun sekali pun tak mampu. Bila nak buat dua tahun sekali�dah dok mintak
derma kat ibu bapa pulak! Faham-faham la saja�kebanyakan dari ibu bapa
adalah terdiri dari perkerja kampong, menoreh�berkebun�nelayan�..Ada eloknya
duit untuk pusat serenti di salurkan kepada anak-anak orang susah hingga ke
uni versiti,lagi bagus.
(Jenis drugs yang di salahguna di dunia antaranya: Nikotina dari Tembakau,
Kafetina dari Kopi, Meskalina dari Peyot, Harmina dari Kaapi, Katina dari
Khat, Morfina dari Opiem dan ll.)
Rupanya drugs ada na na na na pulak hujung dia, tapi kalau Roslina dengan
Haslina�bukan dia , itu kebetulan saje. Okay le, mencelah dah
merapu�.banyak, jadi berhenti le�..bye�jumpa lagi.
Mencelah_sikit @ hotmail.com
(Hak cipta terpelihara)
________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>